Monday, October 4, 2010

sesi hi tea a.k.a mabuk teh

sesi hi tea a.k.a mabuk teh bersama collector coca cola dan air soda

Lokasi : Ipoh Station Puchong

Tarikh :pertengahan bulan november 2010.

Hari : Sabtu

Masa : 03.00 petang hingga larat...

Menu : Dua jenis air minuman - teh tarik panas & air sejuk
Makanan - Mi Goreng dan tiga jenis kuih melayu

Bayaran : RM 10 seorang.

Situasi:

Memandangkan selepas trade fair coke & soda pada 08.08.2010 tempohari dunia collector coke dan soda seakan dilanda geroda, senyap dan sunyi, "bertambah sunyi dan sepi ketika banyaknya open house atau jamuan hari raya utk dihadiri", kalau adapun posting sendiri-sendiri shj kat facebook dan blog,

Bagi menyemarakkan lagi dunia pengumpulan botol dan tin air minuman coke dan soda , sebelum ianya tepu, dicadangkan diadakan pseudo event bagi mengghairahkan lagi dunia pengumpulan botol coke dan soda. (bukan kahwin saja boleh mendatangkan ghairah, kumpul botol pun boleh ghairah)...apa???tak percaya.... tanya otai..

Objektif :

Mengeratkan lagi ukhuwah sesama collector, dengan bertukar-tukar pandangan dan bertukar-tukar botol atau tin semasa event berlangsung serta berkenal-kenalan dan beramah mesra sesama collector yang baru dan lama .

Audiens:

Collector baru atau lama , yang collect tin, botol , air coke dan air soda dan jika ada yang collect duit lama, keris, setem , basikal dan pinggan mangkuk pun boleh join, jangan malu dan segan.

Strategi:

Kami bercadang untuk menjemput orang kuat dari jenama air minuman BRRRR yang belum PASTINYA hadir atau tidak untuk berkongsi pandangan/pendapat pada hari tersebut.

Taktik:

Jika ada collector yang ingin menjual, trade atau swap bolehlah membuka bonet kereta utk menjual barangan yang berlebih untuk di let go...

kami juga bercadang untuk mendapatkan souvenir/ole-ole dari syarikat air minuman tersohor bagi mengadakan cabutan bertuah .


posting dan cadangan diatas adalah pandangan en mat sahaja, jika tuan-tuan ada cadangan lain seperti ingin mengadakan di Hotel Hilton, Holiday Villa, TGI Friday atau sewaktu dengannya atau ingin sponsor keseluruhan event mabuk teh tersebut, sila tinggalkan pesanan pada ruangan comment atau pada shoutbox.

kaedah bayaran akan ditentukan kemudian berdasarkan penyertaan.

Jika anda ingin menyertai event tersebut juga sila tinggalkan mesej di ruangan komen dengan menyertakan nama dan berapa orang yang ingin turut serta.
PENGUMUMAN
ADALAH DIMAKLUMKAN SESI MABUK TEH TEH BERSAMA PARA COLLECTOR 1 MALAYSIA AKAN DITUNDA KE SATU TARIKH BARU YANG AKAN DI UMUMKAN KEMUDIAN. SORRY FOR THE INCONVENIENCE COZ.
EN MAT

12 comments:

frightrice said...

Good idea bro :)

Arsenal 4-3-3 said...

alam.Pertama kali masuk ke blog collector coke ni,Hebat..Saya sebenarnya bukan pemgumpul merchandise coke, lebih kepada batman tapi saya mempunyai satu merchandise yg mungkin menarik perhatian pengumpul barangan coke. Mcdonald contour glass siap dgn kotak hologram Dan cd.saya lebih berminat untuk barter-kan dari menjual. Ada sesiapa berminat?

Unknown said...

ok gak tu. pepehal leh contact sy. 0176802889 (juddhebat) judd gombak

MgtBobber said...

Aku kira jadi je la Che Mat!! hehehee..

Fitri Osman said...

ok..minggu tu aku masih di sini...tak balik kampung...

Fitri Osman said...

pertenghan nov pun ok..awal nov, hujung nov,awal dec banyak kenduri kawin.....

frightrice said...

En Mat, dah confirm ke date Sesi Hi Tea tu? Dari pihak saya insyaAllah ada 3 orang - frightrice, Kurt & Reza Swiss Made.

Freddie said...

Bro, dah confirm ka tarikh sesi mabuk teh?? Encik Paul Kulim nak tahu...

Azlan Huzairi said...
This comment has been removed by the author.
Azlan Huzairi said...

Kita himpun collectors 1 Malaya

Azlan Huzairi said...

Che Mat, apa response sesi mabuk teh...tak sabar ni nak tengok yg nak bukak bonet kereta ni...boleh bayangkan meriah ni... perlu bantuan kasi tau ler...

en mat said...

Adusss...en mat minta maaf banyak kerana telah berjanji utk menganjurkan sesi mabuk teh, tetapi kita mampu merancang. Sebenarnya en mat sibuk sangat sebab berpindah pejabat (kerja diutamakan dahulu baru hobi datang kemudian), insyaalah jika semuanya telah selesai kita on balik sesi mabuk teh kita tu.. or ada orang lain volunteer nak tolong buat ke.. en mat boleh FOLLOWWWW.... he he he