Monday, July 5, 2010

tisu tandas

1. adengan tisu zaman sekarang
en mat: kak !!! tisu ada

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah kaunter, kertas tisu berbucu empat "kertas serviette" dan menghulurkan kepada en mat.

en mat : memegang plastik serviette dalam keadaan selesa lalu menepuk "pommm", 'ohh mak engkau meletop, cashier kedai melatah', maka pecahlah plastik dan en mat pun mengambil sekeping kertas tisu atau serviette tersebut, tanpa rasa bersalah atau ada rasa nak meminta maaf dari cashier kedai disebabkan adengan meletupkan plastik tisu tadi..

moral kepada cashier kedai, kalau nak hulur plastik tisu pastikan telah dibuka plastik tersebut dahulu, untuk mengelakkan dari berlaku letupan kecil-kecilan.


2. adengan tisu tandas zaman dulu-dulu

en mat: kak !!!! tisu ada..

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah meja bekas tisu merah dan tersembul tisu tandas dari lubang di tengah kotak tisu merah tersebut.

en mat : membawa tisu dan kotak perlahan-lahan ke meja makan.... pangggg , bekas tisu terjatuh ke lantai, 'ohh mak engkau meletop', maka tergolek-goleklah tisu tandas sampai ke meja makan, habis setengan roll tisu tu rosak ... maka masam mencuka muka cashier kedai makan.. nasib baik masa bayar dia tak caj harga tisu..

dulu lain sekarang lain.. tapi ... masih ada ke lagi restoran hidang tisu tandas buat lap mulut...


tapi disesetengah tempat dimana urusniaga menggunakan cap jari , masih gunakan tisu tandas utk mengelap tangan...

No comments: