Friday, June 4, 2010

tin sardin

1. gambar tin sardin nie en mat cilok dari blog spallan.

tin sardin cap ayam ni popular dari dulu, kini dan selamanya "sedap kalau buat sandwich, ataupun pekena roti sardin kat mamak stall."

kalu dulu-dulu tahun 1987-88 naik bas mini no 33 pi kerja kilang Motorola kat sungai way, konduktor bas mini akan jerit... woi!!! masuk dalam lagi ...baris dua-dua..

pastu akan kedengaran la mamat atau brader mengomel...nak masuk macamana bro...dah padat/pack macam sardin... tak boleh selit dah.


2. ini tin sardin coca cola dari jalan FOSS, dah arwah dah kilang ni, la ni naik pejabat tapak tu.


coke
jalan FOSS, kuala lumpur.


3. ini pulak tin sardin coca cola dari factory di bukit semambu , pahang.

coke

kawasan perusahaan semambu, kuantan , pahang,


kenapa tin coke di gelar tin sardin...ianya adalah kerana tin dolu-dolu zaman 1980 an tin minuman kebanyakannya diperbuat dari steel can, keras macam tin sardin. sebab tu lah tin coke dolu-dolu di beri gelaran tin sardin.
La nie tin minuman telah berevolusi dan digantikan dengan tin alumunium tetapi tin sardin masih mengekalkan identitinya 'masih mengunakan steel can.'
Ini sahaja dua tin sardin coca cola yang dapat di simpan dan di katalog oleh en mat...akan timbulkah/keluarkah dari dalam tanah siri /keluaran tin sardin dari kilang mengetin di negeri Bujang Senang atau dari kilang mengetin di negeri Di Bawah Bayu.
Bro Fright rice wakil dari sarawak dan Bro BG79 wakil dari sabah.... teruskan menjember dari kilang -kilang di sana.

6 comments:

Fitri Osman said...

cantiknya tin sardin hang...tak berkarat pun...gigi aku yg berkarat nak dapat bukit semambu tu...heehheee....

MgtBobber said...

Tin sardin.. tin sardin.. leleeh!

en mat said...

bro f3, slow and steady, kat luar sana masih ada lagi tin sardin coke bkt semambu, cuma tunggu masa dan ketika...

bro mgt, nie tin sardin high class

Iaryylr said...

waktu dulu cerita barat asyik tunjuk aksi kemek tin minuman dengan sekali genggam. Saya cuba genggam tapi tidak boleh kemek pula, rupanya waktu itu tin almunium telah digunakan dibarat,tetapi tidak di Malaysia, patutlah...

frightrice said...

frightrice mengap sayotkan tin2 sadin di sana :)

blurguyz79 said...

bro kamil,"tin sardin" yang menikam jiwa.hehehe