Wednesday, March 3, 2010

tudung botol bukannnya tudung saji


Koleksi tudung botol coca cola malaysia terdapat berbagai variasi dan alamat. Antara variasi yang ketara adalah silver cap (tudung berwarna perak ) dan tudung merah.

Bagi silver cap terdapat dua variasi ketara iaitu perkataan coca cola yang dicetak (untuk pasaran malaysia) dan ada yang dicetak coca cola coke (untuk pasaran singapura).

1. 95 jalan yew, off jln sg besi, kuala lumpur






2. coca cola coke - jalan foss, kuala lumpur - utk market s'pore 'jln ahmad ibrahim'.

Bagi tudung berwarna merah terdapat 3 perbezaan (setakat yg En Kamil ada) iaitu perbezaan pada bahagian atas tudung tersebut - 1) tudung merah biasa , yg berbeza cuma lamat kilang jalan yew & bukit belimbing, 2 & 3 ) tudung bola terdapat 2 jenis . Bagi tudung yang dicetak bagi special occasion atau commemorative series seperti tudung bola fifa 97 dimana tudungnya masih lagi mint condition iaitu tidak lagi dibuka , ianya dikategorikan sebagai barangan berharga (susah nak dapat-ayat RARE sensitip) dan nilainya agak tinggi di pasaran (tapi bukan yang punch balik ye- kurang bernilai).
ALAMAT
i) tudung merah - alamat 95 jalan yew, kuala lumpur

ii) tudung merah - alamat no 1, jalan bukit belimbing , shah alam.


perbezaan tudung
i) bola putih coca cola



ii) bola merah putih coca cola



iii) tudung merah biasa


apa!!! korang ada jumpa tudung botol malaysia design lain, variation lain, jom share ..

7 comments:

blurguyz79 said...

bro kamil,info yg menarik.silver cap...antara pujaan hatiku juga,hahaha.klu boleh kumpul bercrate-crate.

Spallan said...

patut masa kumpul liners dulu, aku kumpul sekali tudungnya...aduhai. macamana pun, thanks for the info bro kamil.

en mat said...

bro BG, kumpul jgn tak kumpul...silver cap.

bro spallan, aku boleh bayangkan hang kopek liner keluar dari tudung, pastu tudung tu buat main dam aji...aduhai... kalaulah...boleh putar balik masa...

Fitri Osman said...

bro...tudung saji coke kalau terpacul mcmane pulak..???haaa..haaaa...

Spallan said...

adussss bro kamil, tergerak-gerak jari aku hang cakap macam tu...

blurguyz79 said...

bro spallan,back to the future..hehehe

en mat said...

bro fitri, tudung saji coke belum pernah jumpa, tapi tudung saji dari kotak rokok tembak Rough Rider penah nampak , Lee amcop juai..

bro spallan, main dam best kalau naik haji, boleh pusing keliling kampung tojang basikal sambil makan busat...he he he

bro Bg , back to the future....hmmm aku nak kumpul tudung silver cap byk-byk, buat tampal kat bilik...mouth watering siapa nengok...