Monday, September 28, 2009

AKHIRNYAAAA.......

Akhirnya....yeahhhhh

Perghh....tiada kata seindah bahasa, untuk kugambarkan.. setelah sekian tahun aku memburu Tin Coca Cola Olimpik Musim Panas 1988, hari ahad 27 september 09 ianya bertukar tangan ke galeri en kamil punya hobi, walaupun banyak juga RM yg dilaburkan, tetapi aku tetap puashati....

MINUMAN RINGAN RASMI SUKAN OLIMPIK 1988



Kisahnya...pada bulan puasa yg lepas aku terjumpa dgn seller Javerd , di amcorp mall yg menjual hotwheel, toys , t shirt coke, dsb. so dgn ringan mulut aku pun bertanya apa barang coke brader ada, dia kata ada satu barang dia sayang iaitu Tin Coca Cola Olimpik 88, so dgn cargas aku terus meng'offer' harga RMxxx utk sebijik tin tersebut. gila ahh tin sebijik harga macam tu...ish ish ish.. aku bagitau Javerd bila dia balik raya johor nanti pi carik la kat mane tin tu, akhirnya dia pun setuju.

FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS


So pada ahad 27 sept seminggu selepas raya, aku pun telefon Javerd bertanyakan ttg tin olimpik tu, dia kata brg ada kat Seri Kembangan, apa lagi malam tu aku start kereta terus ke rumah dia.

TIN COKE MALAYSIA YG LAIN AKU TAPAU SEKALI

Apa lagi bila dah sampai rumah dia, terus dilambakkan tin coke bermacam-macam jenis dari negara-negara lain. aku pun kutip la tin coke malaysia, termasuk tiga tin diet Coke yang berbeza variasi, perghhh untung aku.

TIGA TIN DIET COKE MALAYSIA YG BERBEZA VARIASI


Ada juga tin Indonesia 'tarik ujung cincin' dan tin thailand 'Chiang Mai 95'. tapau sekali..


Setelah dilumpulkan sepuluh tin tersebut aku pun membayar dgn satu harga yg agak tinggi juga, tapi pada aku berbaloi, bak kata para collector tahap dewa dewa... kalau hang ada duit tapi orang tak mau jual susah jugak, offer RM beribu pun dia tetap tak mau jual. So malam tu aku bawak kereta balik rumah tersengih macam kerang busuk sampai rumah, pasal pemburuan aku selama ini telah berhasil, pasni azam buru lagi tiga tin yg aku missing, Tin Coke Selamat Hari Raya, Tin Coke PATA 1986 dan Tin Coke Kodak film. AZAM...
PEMBURUAN AKU BELUM BERAKHIR....

7 comments:

blurguyz79 said...

berbaloi...berbaloi...

en mat said...

bro, ni yg syok memburu barang yg kita tau history dia, satu kepuasan bila berjaya dapat hasilnya...berbaloi-baloi..

blurguyz79 said...

bro kamil...tin coke PATA,apa erti penuh?

en mat said...

bro bg, PATA 86 adalah tin coca cola Tahun Melawat Malaysia tahun 86, disekeliling tin ditulis SELAMAT DATANG , rujuk di blog, kat koleksi tin malaysia yg rare.

en mat said...

bro bg, singkatan pata - PACIFIC ASIA TRAVEL ASSOCIATION (PATA)

syiling peringatan malaysia said...

Waaaa... aku pun leh rasa syoknya .. aku pun bila dapat beli proof coin ..boleh tersengih sampai pagi, kalau beli kat ebay, nak tunggu brg tu sampai ke rumah rasa terseksa batin pun ada ....

en mat said...

betul tu bro SPM...