oooo baru en mat tahu... rupanye ni poster peraduan Wire Your World tahun 2001. makacih pak sudin
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Wednesday, July 21, 2010
poster siri (6) versi bahasa cina
oooo baru en mat tahu... rupanye ni poster peraduan Wire Your World tahun 2001. makacih pak sudin
Tuesday, July 20, 2010
piala dunia malaysia - indonesia 2026
Yehaaaa... akhirnya pasukan kebangsaanku Malaysia layak ke Piala Dunia...
Poster peraduan (5) piala dunia tahun 2002.
Monday, July 19, 2010
hey dato chua...nih baca nye apa macam nih...bacanye
Poster (4) coca cola dan F &N untuk promosi perayaan tahun nov 2000 hingga jan 2001. Siapa tahu , sila angkat tangan dan minta tolong translate...
Ros: Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah-tengah.
Ramli: Matanya ada satu saja ya cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Huruf mambang tanah!"
Kelas: Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim!
Ramli: Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh?
Kelas: Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha .....
Ros: Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja.
Ajis: Oooo .. dia tak ada mata? Sama sama jin? Ooo .. jin mata buta la cikgu.
Kelas: Mata buta!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa... sekarang Cik Sudin pulak .
Sudin: Saya, cikgu.
Ros: Aa.. kenal tak dengan huruf ini?
Sudin: Saya kenal cikgu.
Ros: Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.
Sudin: Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng !
Kelas: Tonceng?! Hahhahhahhahahha .....
Ros: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat.
Pak Abu: Cikgu ...
Ros: Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.
Pak Abu: Yang mana?
Ros: Yang ini ...
Pak Abu: Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M
Ros: Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!
Pak Abu: Huruf Khaaa ?
Sunday, July 18, 2010
POster (3) sukan olimpik sydney 2000
Poster peraduan sukan olimpik tahun 2000 yang berlangsung di Sydney. Karektor atlet Malaysia yang tengah berlari sambil minum air coke Brrrr tu namanya Kenny.
Thursday, July 15, 2010
Poster (2) sukan sea KL 1989, menuju tahap keemasan
Atlet -atlet yang berjuang pada zaman tu, bersungguh-sunguh nak menang pingat emas dan mengharumkan nama negara. Itu atlet zaman dulu.
Kisah atlet sekarang , bukan nak menang pingat emas ...azam setakat nak pecah rekod kebangsaan je atau memperbaharui rekod sendiri, atau sekadar nak melayakkan diri.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga begitu bersemangat 2 bijik kereta ford laser tx3 dan 2 bijik motosikal RX Z
jam coca cola bersalut emas - siapa lah agaknya ada simpan jam ni lagi
Tuesday, July 13, 2010
Poster (1) : Japan GT Race Malaysia Round
poster japan gt kat sepang - experience the extreme at the 2001 japan gt
Monday, July 12, 2010
nostalgia kalendar coke minumlah 1985
Nak minum coke waktu ni manalah mampu, harganya coke sebotol 80 sen, gaji orang tua baru RM 200-300 sebulan. Belanja sekolah 20 sen itupun kalau ada, kalau takde bawa bekal. Waktu ni kita cuma mampu layan air Sirap Ros Cordial F & N je, itupun masa time Hari Raya.
Tak lama lagi nak puasa kan.. teringat kembali kenangan lalu...
Adapun kalau nak merasa minum coke adalah dirumah orang berada misalnya Ketua Kampung 'Pak Mail', Rumah tokei nasi lemak "Pak Yob" , itupun nasib-nasib , biasanya orang zaman 80 an suka hidang air oren F &N masa time raya. Bercrate-crate buat stok untuk tetamu yg datang menziarah.
zaman sekarang asal pegi tesco ke, giant ke ...anak-anak capai menatang air coke dulu buat stok di peti ais. Betullah zaman dah berubah...
air botol cam gini' yang muncul berwap-wap sejuk kat keliling botoi' kalau time bulan puasa tengok dalam Fridge kat kedai mamak mahu kecur air liur, mahu ada yang berbuka time azan Zohor... air batu hancur , tuang coke dalam gelas ...perghhhh tak ingat.
Sunday, July 11, 2010
Beg Sekolah 'Merah Sangatlah Mak Ngah' KELIP besi
Friday, July 9, 2010
time tunnel , cameron highlands, malaysia
Memang ada suara-suara skeptikal yang mengatakan ' datang kat sini macam pergi Flea Market Amcorp Mall', itu terpulang pada pandangan peribadi masing-masing.
Gambar di bawah ehsan daripada bro nazrin 'cilok dari FB beliau' yang berkunjung ke sana baru-baru ini. Thanks bro...
1. deretan dulang-dulang aerated especially 7up yang mencairkan jiwa dan raga peminat barangan aerated.

2. susunan cawan kopitiam dan signboard.
3. dulang fn dan sign green spot serta 7 up.
4. berbagai jenis barangan rokok.

5. lampu coca cola, hmmm yang agak menarik..
6. deretan telefon pusing
7. poster wayang..next change
8. sejarah Home Guard
9. bangku gunting rambut old skool
10. kamera lama
11 . tin toys
12 iklan dan kotak rokok old skool