Saturday, April 21, 2012

apa yang special

cuba perhatikan betul betul....

mahir super , white rim. spesies terakhir yo yo dari malaya

pernah di bid di eb*y filipina oleh bro nazrin , tetapi kesilapan dari pihak penjual, telah menyebabkan bro nazrin terlepas, yo yo mahir, white rim dari di bawa pulang ke Malaysia.





hari berganti hari, bulan berganti bulan , tahun berganti tahun dimana kami ingatkan takkan dapat la yo yo spesies terakhir ni di bumi malaya. Nak dijadikan cerita tanpa kenal erti kalah dalam misi memburu yo yo spesies terakhir ini akhirnya ia muncul di atas meja penjual pasar pagi di amcorp mall. Disaksikan bro nazrin sendiri. hari tu en mat rasa nak melompat pun ada kerana spesies yo yo terakhir ini dapat dijejaki di bumi malaya.


yahoooooo....

Monday, April 16, 2012

yang biasa nampak dan yang kurang biasa nampak


In appreciation yang jenis cam gini, saiz A4 Portrait biasa nampak... NOS lagik..




Tapi yg jenis cam gini , kurang biasa nampak, saiz A4 , landscape... siapalah B.Maideen Sharif tu ya?





Thursday, April 12, 2012

Minuman rasmi olimpik 1984

Sempena sukan olimpik London yang bakal menjelang tak lama lagi kita kongsi barangan collectible yang pernah digunakan utk promosi pada temasya Olimpik LA 1984.



Beg galas coca cola keluaran tahun 1984 utk sukan olimpik di Los Angeles. En Mat pernah mendapat topi minumlah LA 1984 ni utk di pairkan dengan beg ini. Alangkah bagus kalau beg dan topi dapat di pairkan dengan Pet Bottle malaysia 1984 ...ehem ehem ...





Dapat dari kedai antik, satu kompleks membeli belah yang tidak berapa dikenali di klang, Selangor... en mat baru sekali pi..








Wednesday, April 11, 2012

milik siapakah gadis ini?

Sebenarnya... siapakah gadis ini?

En mat pernah memiliki version melayu bertulisan Minumlah. Tetapi yang ini adalah version kedua yg en mat dapat tetapi bertulisan orang putih. Ianya adalah utk iklan Olimpik Barcelona 1992 keluaran F & N (M).






Terimakasih orang jauh , bro A....

Friday, April 6, 2012

kuala lumpur vintage festival

yok beramai-ramai turun pada 5 may 2012,

kat mana? -MIA art centre, belakang restoran PELITA KLCC.

Botologi Malaya dijangka akan join, KL Vintage Festival dan ambil tapak pada hari tersebut.

For more info, please click FB link below...