Friday, August 26, 2011

apa tujuan menyusun 10 botol nih?

Di hari baik bulan baik ini...... ialah.. kan bulan ni adalah bulan Ramadhan dan bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan, dan beberapa hari lagi umat islam akan beraya sakan, so saya En Mat ingin menyusun 10 botol (maaf silap) ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, dari hujung rambut hingga hujung kaki, dari Hujung negeri perlis hingga negeri sabah, jika tulisan, nukilan, catatan, coretan en mat sepanjang tahun ini di blog en mat, menyinggung perasaan, hati, jiwa, kotak fikiran tuan puan pembaca blog en mat.

gambar 10 botol ini adalah hasil dari program singgah sahur, maaf silap lagi...program jalan-jalan cari botol tempohari di negeri Cik Siti Wan Kembang, bersama geng botologi yg mana en mat belum berkesempatan upload dan belum basuh pun lagi.


Utk makluman raya tahun ini en mat kena amik turn raya di Perlis la pulok.

SELAMAT MERDEKA RAYA...OPPSSSSS.... MAAF

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, August 17, 2011

kongsi raya 1 dozen/pack

Pek kongsi raya @ 1 dozen/pack ni keluaran 2002/2003, dapat masa flea market di anggerik mall tempohari dari blogger fit3.

Asal tak jual just isi tin kosong, tapi en mat telah mengechai .... apa yang menarik tentang 1 dozen/pack ini adalah sekarang semuanya 6 pack dan tidak menggunakan kertas lagi, semua kena balut dengan plastik.


boleh ke tangkai ni tahan kalau nak jinjing dgn berat 12 tin/pack? itu yg agaknya diorang tukar ke 6 pack/paper kot?


12 tin/pek chill

cuba try tahun 2002/2003

pandangan tepi

syarikat yg mengambil bahagian dlm promosi kongsi raya- oh yea utk tahun 2011, en mat tak nampak ada promosi raya/merdeka oleh air minuman ini.... promosi Rm 2.70 sebotol dan RM 2.50sebotol utk hari raya adalah.



Sunday, August 14, 2011

Pekerja kilang lelaki, sementara kat F & N River Valley Singapura pura


Ini adalah keratan dari akhbar New Straits Times, Singapore untuk mencari Pekerja kilang lelaki sementara , kat F & N (S) Pte Ltd, River Valley Singa pura pura. Kerja bancuh air coca cola kot?



tapi minta maaflah kerja kosong tu dah expired, kerana ini adalah keratan akhbar NST Singapore tahun 1980.

Kat bawah ni adalah satu lagi iklan kerja kosong dari akhbar NST Singapore tahun 1980 utk kilang F & N . Tapi permohonan yang ini kena hantar ke alamat Pej Pos Maxwell Road Singapore.


Thursday, August 11, 2011

Jejak kasih 3 beradik gemuk

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, en mat telah mempertemukan 3 beradik si botol gemuk yang berasal dari SingaPura Pura di rumah en mat di Putra Height.

Sebelum ini en mat telah ada 2 botol gemuk dan yang ini jenis cam gini baru dapat ahad lepas. So buat masa sekarang ada 3 jenis botol gemok ini yg berasal dari Singa pura pura.

Sejarah coca cola antara negara Singa berpura pura dan malaya adalah sangat rapat , macam aur dengan tebing, terutamanya botol keluaran dari kilang River Valley dimana pernah suatu ketika dahulu air botol dikilangkan disana di pasarkan di Malaya, dan air botol yg dikilangkan di Malaya di pasarkan di sana.

1. Model GEMOK ini baru dapat ahad lepas.





2. tiga alamat berbeza yg ada dlm koleksi en mat.

a) River valley

b) KL & Singapore


c) Jln Ahmad Ibrahim ,Singapore.


3. Tiga jenis fat botol dari Singapore


yang kat belakang (enter frame tu adalah crate kadbod Minumlah, utk fat bottle)

so start hunting dan lengkapkan koleksi si gemok dari singapore ini