Wednesday, July 6, 2011

barang yg lepas jangan dikenang


Lirik dan bait lagu serta gambar ini ditujukan khas kepada bro fitri.....

hai barang yang lepas , janganlah dikenang (seniman agung P.Ramlee)


dibawah ini adalah gambar hiasan sahaja.

Tuesday, July 5, 2011

nst december 26 , 1998


apa yg menarik di paper nst pada 26 dec 1998


iklan promosi setin coke hanya RM 1.00




terimakasih daun keladi



terimakasih daun keladi kepada penganjur (kak liza & suami -kedai ipoh loken) kerana berjaya menganjurkan garage sale di anggerik mall tempoh hari. Terimakasih kepada semua peserta yg mengambil bahagian yg datang dari jauh dan dekat.

Insyaalah jika ada masa kita berjumpa lagi, mungkin selepas ini event Garage Sale boleh diupgrade kepada event Flea Market, lebih komersial... jumpa lagi semua..

cikgu shafi AF9 pun ada autograph kat plak en mat...

Saturday, July 2, 2011

garage sale anggerik mall shah alam


Jom meriahkan garage sale di anggerik mall, shah alam, esok ahad 03/07/2011 dari jam 10.00 pagi hingga jam 04.00 petang.

Gambar diambil dari FB Chapit (permisi bro) utk event garage sale pada hari sabtu 02/07/2011 di anggerik mall ( yg baru habis berlangsung pada petang tadi).

utk makluman garage sale ini berlangsung selama 2 hari, sabtu 02/07 dan ahad 03/07/2011.

macam macam ada
used
pml
jb mai


button mai dari JB, ada berani...cunnn



koleksi fitri
koleksi gelas
BOTOLOGI pun memeriahkan event pada hari ini dan esok..

Dijangkakan Botologi akan menambahkan lagi jumlah kapasiti botol pada hari ahad...


jom pi anggerik mall, shah alam dan meriahkan garage sale di sana..

ahad 03/07/2011 jam 10.00 pagi - 04.00 petang.

Wednesday, June 29, 2011

mug coca cola kru awas da concert

AWAS gerak langkah mu wo hoooo, teringat bait-bait lirik lagu AWAS. Tapi en mat bukannya rapper, tetapi seorang Thrasher. Dahulu lagu ni selalu diputarkan di corong radio, itu yg kembali teringat bait liriknya....


Mug Coca Cola KRU Awas da concert keluaran tahun 1995.

en mat tak pernah lihat lagi mug ni di market, tu yg berani sambar walaupun condition, dah crack sedikit.

utk rujukan dan pengkatalogan, kolabarasi antaran coca cola dan Kumpulan KRU

apa??? beli kat central market. Pi la hang beli, korek gerobok /lemari kot ada terperuk kat CM nun . Yang penting en mat dapat dari tangan org yg ada hubungan dgn pengeluar air minuman tersebut .

Tuesday, June 28, 2011

coca cola fat bottle 500 ml (2)

BERITA TERKINI 02/07/2011

UTK PENGETAHUAN SI GEMUK INI (FAT BOTTLE) TELAH DILAMAR OLEH SANG PUTERA DARI NEGARA TEMASEK.

terbaik dari ladang -ini adalah kali kedua en mat mendapat fat bottle 500 ml ini setelah lama memburunya.

Ini lah dikatakan rezeki, kekadang tu walaupun kita ada duit tetapi kita pi rumah collector dan depa tak mau jual, duit kita ni umpama tak laku. Rezeki en mat kali ini , ada collector/seller yg sudi menjual kepada en mat. Rezeki jangan ditolak... tq bro..

mana dah nak dapat condition yang cun melecun kalau dah berpuluh tahun botol ini dikeluarkan.


kalau mengikut alamat Jalan Foss, Kuala Lumpur, Poskod pun belum lagi diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan POS, pada waktu botol ini dikeluarkan, bayangkan dah berapa puluh tahun dah usia botol ini.
tudung ribbon satu line kat bawah..


ok lah utk entry permulaan kali ini setelah berminggu blog bersawang bahana cuti sekolah dan ekspedisi ke pantai timur - Jalan Jalan Cari Makan dan Ekspedisi Hunting Crate.

Nanti kalau dah lama sangat bersawang kena sound pulak dgn kengkawan ...woiiittt mana entry terbaru ...he he he

Biar cempedak dari nangka,
biar adak dari tak ade...


Thursday, May 26, 2011

cuti sekolah

utk makluman blog en mat tidak akan dikemaskini (tiada posting baru) selama 2 minggu kerana cuti sekolah.

KELANTAN HERE WE COME....

Artikel di akhbar

1. minat botol selepas gali kubur...eeeee menyeramkan lah hobi bro megat pengumpul botol minuman ringan niee

KOSMO Rabu 11 Mei 2011.




2. ketagih koleksi coca -cola, hari yg sama keluar dgn artikel bro megat.

KOSMO Rabu 11 Mei 2011



3. Bro JUDD hebat - GILA coca cola

Sinar Harian Ahad 29 Mei 2011








penantian suatu penyiksaan dan hikmah sabar separuh dari iman

en mat sebenarnya dah tiada harapan akan menjumpai kereta coke 3 jenis yg camgini datang dengan CARDED. Ialah barang dah berpuluh tahun.


berkat kesabaran dan hikmah sabar separuh dari iman, akhirnya en mat berjaya juga meng upgrade kereta coke 3 jenis dari yg terboleng ke yang Carded.

volkswagen
jeep
lori
3 jenis kereta coke yang dulunya berharga $1.20 pada suatu masa di zaman dahulu....

Kisah kereta ni en mat pernah posting pada 4 may 2009, kira dah lebih setahun...


http://ahkaba.blogspot.com/2009/05/kereta-coca-cola.html


perghhh berjaya juga misi ...alhamdullilah

Tuesday, May 24, 2011

Pouch Coca Cola

Pouch coca cola ni pernah digunakan di Malaysia, dapat dari ejen coke dari negeri tanah beradat, zaman dulu bahasa melayu kurang digunakan utk mempromosikan barangan.




Boleh digunakan semasa trade fair nanti utk isi duit kecik.

Saturday, May 21, 2011

Key chain coca cola bersalut emas

Key chain coca cola bersadur emas diberikan kepada kakitangan sahaja , pernah diberikan kepada kakitangan syarikat air minuman tersebut pada zaman dahulu kala.

didatangkan dengan bekas baldu hitam.


COKE -mint condition.
buat menambah koleksi key chain dan barangan coke malaysia

Wednesday, May 18, 2011

3 liter ayaq coke, kalau penuhkan dalam bekas straw gergasi




Bekas straw gergasi coke ni famous & banyak digunakan di premis perniagaan seperti restoran mamak, food court & pam minyak. Even kalau tuan pergi ke Stesen Minyak Shell batu 13 puchong pun masih lagi menggunakan bekas straw ini sebagai kaedah pelanggan utk mendapatkan straw.







Tetapi banyak kedai telah tidak menggunakan bekas straw ini kerana masalah HYGIENE atau masalah kebersihan, ialah bayangkan lepas pergi toilet, masuk kedai serbanika, beli air botol kemudian seluk bekas straw dgn tangan kiri, yg masih melekat dgn bakteria berbahaya, mana tak tercemarnya semua straw di dlm bekas tu.






Itu yg menyebabkan bekas straw ni dah tak popular dan digantikan dgn yg mesra alam seperti di Restoran Mekdi, tekan punat , maka straw pun gelongsor keluaq.