Saturday, December 28, 2013

SELAMAT DATANG - PATA 86

 
7. SELAMAT DATANG - PATA 86
 
 
Paper cup selamat datang - PATA 86. Keluaran tahun 1986 sempena tahun melawat malaysia 1986. Dapat dari seorang Pickers di utara tanahair. tq bro. Ni pun dapat 2 minggu lepas, semuanya keluar pada hujung tahun 2013. best, best, best....
 
 
 Ukuran pembaris nak bgtau brapa tnggi paper cup nih. 
 
 
 
ada xtra, takdak. Kalau ada xtra pun queue kemain panjang. 



Friday, December 27, 2013

uhhh panas panas... pakailah kipas cap sea games xv

 
6. Kipas sea games xv, sukan sea kuala lumpur 1989.
 
uhhh panas panas, makin hari menjelang 2014, makin panas posting en mat nih, so kalau dah panas, pakailah kipas cap sea games xv. Ni kipas pun baru dapat bulan nih... semuanya keluar ujung tahun 2013.
 

kalau nak sejukkan badan MINUMLAH coca cola


apa kena mengena pembaris coke is it tu dgn kipas sea games xv.

Korang nanti tak yah sibuk tanya en mat berapa besor kipas tu, ada mata tengok & ukur sendiri berapa besor kipas yg en mat posting nih ..

Thursday, December 26, 2013

pouch bag sea games xv kuala lumpur 1989

5. Pouch bag sea games xv kuala lumpur 1989

Pouch bag ni dapat masa KL Vintage Festival di Matic tempohari. Pouch bag ni en mat pernah nampak dalam almari di Pameran Coca cola di Empire, Subang Jaya. Dalam hati , bila la en mat nak merasa dapat pouch bag ni pulak.

Tup tup nak dijadikan rezeki, member sama meniaga bawak kat KL Vintage, sambar teruslah... tak kasik chance



Yg bestnyer pouch beg ni pun dapat hujung tahun 2013. Selepas 24 tahun ,menyepi. Sama kes macam coaster kl 1989. Lepas ni apa pulak barang sukan sea xv akan keluar.


sama macam coaster KL 89, yg ini pun takde xtra...

Wednesday, December 25, 2013

coaster coca cola sukan sea xv


4. coaster coca cola sukan sea xv, KL 1989, sea games xv.

Coaster ni en mat baru dapat minggu lepas. Yg herannya coaster yg jenis Olympic Games 1988 en mat nampak ada banyak kat tangan collector, member en mat di NS ada setengah dozen coaster olimpik 88 (katanya hak tu keluaran singapura).

Kalau kat emkop nak beli yg jenis coaster 1988, turun tangan eskalator sebelah kiri LG, ada nyonya batu pahat jual.





 Tapi yg jenis camgini (sukan sea xv), hujung tahun 2013 baru keluar (selepas 24 tahun), haritu kat pasar karat online coaster kl sea game 89, siap keluar berpasangan coaster coke & sprite kl 89.


Jangan tanya ada xtra ke tak, minta maaf, coaster sukan sea xv or KL 1989,en mat ada satu je.

Thursday, December 19, 2013

Coke is it - jangan main taram je

3. Coke is it
 
Aku setimmm kalau iklan ada tulisan melayu, lebih lebih lagi kalau ada tertempek kempen pada waktu tersebut seperti kempen Coke is it, so kita akan lebih tahu bila kempen tu berlangsung.
 
 
Iklan Kempen Coke is it guna botol malaysia



Majalah ni dapat dari runner di Sembilan Negeri, TQVM bro. Iklan ni diambil dari  belakang majalah AFC NEWS beribupejabat di Kuala Lumpur. Sekarang ibupejabat AFC yg baru adalah di Bukit Jalil.
















Tahun keluaran 1987,88 & 1991.

 So secara automatiknya kita tahu kempen Coke is it ada digunakan di Malaysia pada tahun. 87,88 - 91. Tambah pula aku ada poster Mexico 86 yg ada tempek Coke is it. Jadi kita tahu kempen tu bermula lagi awal sejak tahun 1986.

so jangan main TARAM je...

sekian


 

Wednesday, December 18, 2013

paper cup world cup 1990

NO 2. PAPER CUP WORLD CUP 1990

Sebelum dapat yg buruk dan baru punya CAWAN  GELAS KERTAS, Ada cerita di sebaliknya:-

Buka FB, nampak paper cup W.cup 1990. dah sold out.

Tanya seller, kot boleh dapat lagi.

Seller kata mungkin boleh dapat tapi mungkin buruk sikit cond, tapi dia cuba dapatkan, saya akan usahakan, jgn risau tuan, katanya dalam loghat peghaknye.

Kriiing, dia call, ada stok, ahad ambik anggerik. Terimakasih seller, sanggup turun dari peghak, nak hantor paper cup  burok teman yeop. TQVM.  Walaupun burok harga masih lagi champion tuhh..

Kata hikmat seorang pickers tersohor Malaya - ambik dulu, buruk pun buruklah- buat tagan.

 
Teman pun gebang le ke sorang lagi kawan teman, Mr Oldskool. Ehh teman pun ada la yeop paper cup ni. Ok nanti bawakan teman nak nengok. Ahad satu lagi, dia pun bawak la paper cup ni, condition Nora Danish, (85 %), teman pun sapu la , apa lagi.
 
 

paper cup yg tiada cop/logo apa-apa biasa nengok, paper cup yg jenis cam gini, keluaran Malaysia, piala dunia 1990,  hujung 2013, baru dapat tengok/keluar.

tq kawan kawan runner..

Tuesday, December 17, 2013

Kupon Piala Dunia 1994 & Countdown to 2014

 
En Mat akan pamerkan penemuan Coke Malaysia Oldskool sepanjang tahun 2013. Mulai hari ini sehingga akhir tahun 31 Dis 2013 mengikut turutan tahun 1994 hingga 1984. Layan...
 
 
1. Kupon Piala Dunia 1994
 
    a)Nampak kupon world cup kat Mudah.my.
 
    b) Kupon Bahasa Inggeris , oversea kot, relax & bertenang, tarik nafas - buat research
 
 
 
 




   c) Pi lebai GOOGLE- Check kat tin world cup diseluruh dunia 1994, kebanyakan tiada gambar kupon, hanya di Malaysia je yg ada. Di seluruh dunia ada gambar anjing je kat tin world cup1994, itu pasal agak CC malaysia tukar ganti gambar kereta OPEL.



 
   d) buat research kat poster peraduan coke sepupu-sepapat berhampiran iaitu tahun 1992, ada menyatakan nak beli barang mesti ada pelapis/kupon - sah kupon ini pernah digunakan di Malaysia suatu ketika dahulu. Call seller terus DEAL. 
 
 
 
 
Ada yg tanya, pelapis tu apa? Pi cari sendiri, semua info nak kena suap.... 
 

Wednesday, November 13, 2013

KL Vintage Festival, 07-08 Dec 2013



En Mat akan berada di sana atas nama 'MALAYA oldskool', barangan collectible, share booth dengan koleksi Fitri & Razis Kaset. Jumpa di sana. Utk maklumat terkini KL Vintage Festial kali ke 3,  layari laman FB spt di bawah:-

 
,
 

Thursday, July 4, 2013

menjeling menjeling ku bertentang

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
 
Ceh wah.....
 
Sempena minggu mak iti ini , en mat akan gunakan kebanyakan gambor mak iti sebagai back ground utk posting en mat.
 


Yg ini adalah tin coca cola yg belum di tutup dengan penutup beralamat di Jalan Yew off Jln Sg Besi, sebelum kilang berpindah ke Bkt Belimbing dan seterusnya ke Enstek.Dapat di sebuah pasar karat yg berhawa dingin minggu lepas di Shah Alam.


 

 
Back ground tersebut adalah beg utk kempen reuse menggunakan mak iti sebagai Duta.
 

 

Saksikan misi en mat mencari dana ke konsert METALLICA.. berjaya atau tidak ..kita saksikan.di link bawah:-

http://kedaienmat.blogspot.com/2013/07/bukanbukanini-bukan-misi-mencari.html


 

Tuesday, June 25, 2013

kain buruk pun sapu, olimpik LA 1984

Antara barangan yg jadi kegilaan pengumpul/hardcore coke collector adalah barangan yg mempunyai commemorative issue seperti sukan olimpik, piala dunia dan apa saja yg ada kaitan dengan perayaan terutamanya melibatkan malaya/malaysia. 
 
Waima seperti kes en mat org jual poket baju ada logo Suka Olimpik LA 1984 pun en mat sebat, yg best tu siap tanya lagik dgn penjual..
 
abang , baju nya mana?
dah buruk sangat, abang gunting buang le baju tu..
adusss bang , kalau ada melekat poket ni kat baju harganya lagi boleh berLIpat dan berLEpat kali ganda (kata hati en mat)..
 
nak tahu barangan olimpik LA 1984 harganya boleh pergi sampai mana, boleh tanya en fitri, kerana dia ada sebijik pet bottle malaysia 1984.
 
 

Thursday, June 13, 2013

advertisement di atas peti ais berangan tukor jadi light box

semenjak blog ni dibuat pada ujung taun 2008, 2 x posting, dan semenjak itu dari tahun 2009-2012 average posting en mat 50 kali posting setahun, pada tahun nie, pecah rekod bukan sebab banyak posting, tetapi pecah rekod sebab ada satu je posting taun 2013..

so en mat kata nak start balik memposting dan berkongsi semula barang yg en mat ada dan pungut, jumpa,kutip, beli, trade..

dan posting kali ini bertajuk 'kalau buat light box' cantik juga ini..


tapi dah dekat nak setahun benda ni en mat dapat tak jugak hantor ke kedai Frame gambo, alasan ..tak ada masa. Rasanya menatang nie digunakan di atas peti ais kot... dapat di Pasar Karat yg ber hawa dingin, Anggerik Mall , Shah Alam.

Oh ye, apa cerita dengan Kedai Runcit En Mat dan kuncunya. Sebenornya en mat akan buat blog baru utk menjual barangan collectible/antik dsb or ABJJ asal boleh jual jual. Kalu ada yg berkenan nanti tuan puan boleh lah sms mana barang yg berkenan.  http://kedaienmat.blogspot.com/2013/06/retro-vintage.html


Thursday, January 24, 2013

Listen, Listen, Listen

Ulangtahun Pertama Garage Sale Anggerik Mall.

Tarikh : Ahad - 27/01/2013

Lokasi : Anggerik Mall , Shah Alam

Waktu : 10.00 pagi - 05.00 petang

Utk makluman sehingga semalam di FB rasmi 1st Annv  Anggerik Mall  http://www.facebook.com/#!/events/376972589066209/?fref=ts seramai lebih 150 orang akan GOING dan jika didarab 3 = hampir 500 orang (campurkan dgn yg tiada FB) akan memenuhi ruang legar anggerik mall.
sedikit info:-

PELBAGAI BARANGAN LAMA DAN ANTIK DIPAMERKAN OLEH AHLI-AHLI KEBAL-fB DAN APC-fB serta BOTOLOGI DAN JUALAN BARANG LAMA/ANTIK.

 TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKANNYA. MASUK ADALAH PERCUMA. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.

 
 Utk info lanjut dan lokasi kejadian, boleh bertandang ke blog Ipoh Loken

http://kedaiipohloken.blogspot.com/2013/01/sambutan-ulangtahun-garage-sale.html

Jumpa disana....