Wednesday, April 14, 2010

botol berdarah 290ml (botol no 17) dari alam bunian

ha ha ha .... ha ha ha botol berdarah 290ml (botol no 17) dari alam bunian nie punya pasal, kami para collector boleh melepak dari tengah malam sampai pukul 5.30 pagi hari jumaat lepas...

bagi para pengumpul botol 'ahli botologi' - pinjam ayat Fitri old skool, minat memburu botol terutamanya botol coca cola klasik dari malaysia tak pernah padam. Sentiasa sahaja ada cerita baru yang hendak dikongsi bersama terutamanya jika melepak dalam sesi ngeteh (minum teh) samada di Putra Height, The Mines, TTDI Jaya ataupun di Amcorp Mall.

Nasihat dari En Mat untuk para pengumpul botol yang baru (beginner), cukuplah sekadar memburu 12 biji botol asas dahulu dan bagi pengumpul hardcore anda bolehlah cuba mengumpul 16 biji botol (rujuk ... http://malayaayerlamenet.blogspot.com/2009/11/set-coke-malaysia.html ) dan bagi collector tahap DEWA boleh lah mula berkira-kira untuk memburu botol bunian no 17 ,

Pada firasat saya ada 4 biji botol agak sukar didapati.. seperti

1) Trade Mark Regd,

2) Trade Mark Registered,

3) Cina Pendek

4) Trade Mark Registerd 285ml

dan yang mana saya pun masih lagi belum complete 16 biji botol tersebut. sob sob sob nangis...missing sebijik lagi botol Trade Mark Regd.. apatah lagi botol bunian no 17.


berbalik pada kisah botol Trade Mark Registered Cont 290ml, pada bulan lepas seorang collector dari SELATAN tanahair memaklumkan telah menjumpai botol Coca Cola (depan belakang) dan tertulis Trade Mark Registered Cont 290 ml (depan belakang) dimana tiada seseorang pun dari kami mengetahui tentang kewujudan botol tersebut. iyelah setakat nie kami cuma tahu kewujudan 16 botol sahaja... itupun berdarah nak complete ...


Apalagi... kisah tersebut telah tersebar dengan meluas di kalangan ahli botologi..perdebatan , perbincangan dan sesi minum teh telah diadakan beberapa kali , bagi menentukan kesahihan penemuan botol tersebut disebabkan gambar yang di tunjukkan waktu itu agak kabur dan samar-samar dimana kami tidak boleh mengesahkan ianya botol malaysia yang ke 17, manakala tulisan dibadan botol pula tertulis GG , dimana sepanjang proses ekskavasi, pentarikhan karbon dan proses mencarigali dilakukan terhadap botol coca cola klasik malaysia, yang mengesahkan jika ianya botol m'sia/ spore adalah SG, MG ataupun KL. dan kisah nie pun dilupakanlah (kira macam tutup buku lah), maka lega seketikalah kami para ahli botologi kerana tak perlu memikirkan mana pulak nak korek botol nie....

Nak dipanjangkan cerita tup.. tup.. tiba tiba kami ahli botologi telah dikejutkan dengan penemuan botol tulisan coca cola di Shah Alam baru baru ini oleh seorang Ahli Botologi yang cukup berpengaruh di seantero malaya. Apalagi sesi menghadap dan menyembah duli pun dilakukan dengan serta merta dan setelah diperkenankan oleh semua ahli botologi, disini kami ingin mengesahkan bahawa botol ini digunakan di m'sia dan spore berpandukan cetakan emboss pada badan 5 SG X.

sahih la ianya botol coca cola malaysia klasik (white ACL) no 17. Coca Cola TRADE MARK REGISTERED CONT 290ML (DEPAN BELAKANG SAMA)

berbalik pada tajuk cerita diatas.....apa yang berdarah dan apa yang bunian...
berdarah adalah istilah kepada kami para collector, mengenai betapa susahnya hendak mendapatkan botol tersebut, dan jika di selatan para collector akan makan Panadol sebelum tidur kerana memikirkan di mana hendak mendapatkan botol tersebut bagi melengkapkan set dan bagi para collector di lembah kelang kami akan minum teh bercawan-cawan (mabuk teh)bagi menghilangkan rasa tegang 'tension' kerana memikirkan di mana hendak mendapatkan botol bunian tersebut.
bunian pula adalah botol ini muncul pada tahun 2010 setelah 40 tahun menghilangkan diri dan disyaki telah disorokkan di alam bunian dan baru-baru ini telah di bawa keluar...he he he acah aje wallahualam
Selamat berburu para ahli botologi sekalian...dengar khabarnya di utara banyak botol pelik -pelik telah keluar dari dalam tanah...cerita selanjutnya nantikan pada posting seterusnya....dan adakah botol bunian turut serta muncul dari utara tanahair...JENG JENG JENG suspen nih....

Monday, April 12, 2010

east coast & river valley

Antara fat bottle yang saya belum posting adalah fat botle keluaran East Coast Bottling, Kawasan Perusahan Semambu, Kuantan.


1. Fat Bottle keluaran East Coast adalah unik kerana:-


berbanding dengan fat Bottle di pantai barat, fat bottle keluaran pantai timur mempunyai sedikit kelainan iaitu di bahagian badan botol terdapat cetakan 'emboss' jangan diisi semula (jika kita koyak label).
JANGAN DIISI

SEMULA


2. FAT BOTTLE , RIVER VALLEY ROAD, SINGAPORE.
mempunyai nostalgia tersendiri kerana kebanyakan botol 1 litre kaca dan 500 ml white acl yang dipasarkan di malaysia pada tahun 80 an dibotolkan dari kilang disini.


Thursday, April 8, 2010

koleksi gelas coca cola

bukan nak menayang tapi senang nak buat reference, kalu member tanya ...bro hang dah ada gelas jenis nie tak ? haaa melopong aku nak jawab...aku bukan bole ingat semua...so dengan adanya gambor nie senang la di buat rujukan. Lepas nie jangan ada yang menanya gambor gelas kertas tak ada ke...saboorrr yop , bagi tuan blog bernafas skit... tunggguuuuuu

1. koleksi gelas siri 1

i. gelas kaca PASTINYA




ii. always


iii) always the real thing
2. Koleksi gelas siri 2
i. MINUMLAH

ii) Enjoy-traed mark regd


iii) enjoy coca cola - go for the real thing


iv). enjoy trade mark 'r'

3. koleksi gelas siri 3

i) pertabalan dymm sultan perak - 1985




ii) tanda perniagaan berdaftar

iii) Minumlah - tanda perniagaan berdaftar


iv) Minumlah coca cola




v) Minumlah



4. koleksi gelas siri 4

i) coca cola - kaca


ii) enjoy coca cola - kaca



iii) enjoy coca cola -plastik



5. koleksi gelas siri 5


i) gelas plastik hijau pendek


variation - bagi gelas drink coca cola pendek terdapat variation pada gelas - font tulisan cina ada yang besar dan kecil. tulisan besar agak kurang dilihat di pasaran.

Monday, April 5, 2010

maka pemburuan pun bermula

coke (m) coin can world cup 2010

seperti hari-hari biasa , pada sebelah petang, lepas balik dari kerja, saya akan log in ke dalam facebook, tiba-tiba semalam terpandang ...alamak coin can world cup. Dengan pantas calling Mr Freddie 'pasal dia attach gambar coin can nie kat dalam wall Fb dia'. bro ..apa cerita , mana dapat coin can nie...

katanya dia dapat pada hari minggu semasa ada promosi di tingkat 3 'exb hall' di mid valley dan exb tu telah tamat. adussss.... melepas. tapi takpe mulai saat nie pemburuan coin can pun bermula. Kalau korang ada info mana boleh dapat atau ada promosi berkaitan coin can ni, boleh la hebahkan disini ya...

Tuesday, March 30, 2010

kalau ada duit semua boleh jadi

korang suma mesti penah dengar perumpamaan ni kan. pada aku lain pulak perumpamaannya " kalau ada duit , semua boleh jadi berani". he he he tambah BERANI je kat hujung. Maksudnya , ada duit berani la bidding kat ebay, takde duit tak berani la bidding ...he he he mouth watering je.

Alkisahnya kat ebay pada hujung bulan Mac 2010, tin idaman kalbu seluruh Malaya (tin coke PATA 1986) telah di listkan di ebay. (Antara tin yang tiada dalam koleksi En Mat). Maka segenap pelusuk kampung telah diwar-warkan, kentung telah dibunyikan, nobat telah dimainkan , kompang bertalu-talu dipukul dan kadam kadam diraja pun memaklumkannya ke seluruh pelusuk kampung . Tajuk beritanya " very rare selamat datang coca cola can malaysia 1986".


reganya ...usah cerita le... murah sikit dari harga seekor lembu tetapi mahal sedikit dari harga seeekor kambing , kalu nak bidding starting US 125 bersamaan RM 415.00 tetapi kalau ADA BERANI Buy It Now RM 663.97 serba satu hangus (pinjam statement mat siddin -eis antique) tu belum campur bayaran posnya US 15.00.





nak dijadikan cerita selang beberapa hari setelah berita ini tersiar, Tajuk Berita terkini " tin coke Pata 1986 telah disambar" , maksudnya ada kutu telah berani Buy It Now, lebih RM 700 selepas dicampur postage.... dan gerangannya adalah collector dari utara tanahair... tahniah bro.

Pada aku Alhamdullilah , sebijik lagi tin malaysia dapat di bawa balik ke tanahair, tak kiralah siapa yg bawa balik janji ianya berada di malaysia.

Ni, apa kaitannya gambar "rare coca cola diamond can 16 ounce 1960's" dgn tin coca cola malaysia. Bukan apa, saja aku nak kaitkan dgn tin coca cola yg tgh listing di tin coca cola USA tahun 60 an, harganya hampir mencecah RM 3000.00 utk satu tin coca cola... macam tak masuk akal.


tapi inilah hakikatnya, tin coke US 60 an bernilai RM 3000 - so usianya 50 tahun , bayangkan tin PATA 86 malaysia baru berusia 24 tahun dan bernilai RM 700 , korang bayangkan berapa peningkatan harganya pada masa akan datang...so fikir fikirkanlah dari sekarang... apa barang yg patut dibuat koleksi. Tepuk dada tanya poket kata otai otai sekelian...
Wassalam

Saturday, March 6, 2010

tanda lekukan pada badan botol

Sebelum tu... saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua bloggers bukan sahaja dari Perlis hingga ke Sabah tetapi juga dari Canada, Brunei, Singapura dan kawasan yang sama waktu dengannya. Apa sebabnya biar saya sendiri sorang yang tahu dah le....

En3 pertama seeeeeelepas bertapa adalah lekukan pada badan botol...en3 ni dah lama di add kat dalam blog cuma tunggu masa nak insert tapi disebabkan masalah teknikal ianya dibiarkan tergantung...

Tanda lekukan pada badan botol

Lekukan pada badan botol dibuat, adalah supaya apabila botol berputar di conveyor , ianya akan dikunci/dipegang pada bawah botol bagi memastikan botol dalam keadaan stabil semasa proses pengisian air.

Bagi botol no 1 dan terawal ianya adalah berbentuk bulat di bawah bontot botol dan saya ada satu sahaja botol ni...di tepi dan kiri kanan botol tiada lekukan.


manakala bagi botol no 2, lekukan pada bawah botol berbeza dari botol no 1 dimana ianya seperti keadaan longkang, memanjang terus dari dalam botol ke luar botol.




manakala bagi botol keluaran seterusnya (cina pendek) kaedah lekukan bulat pada lubang tepi telah diperkenalkan.


dan seterusnya pada fasa terakhir dimana botol berlabel merah dikeluarkan, lekukan pada badan botol adalah segiempat dan seterusnya hinggalah ke akhir hayat botol tesebut.


dan ini adalah keadaan dimana, pada asalnya bentuk lekukan adalah bulat, tetapi telah pecah dan saya syaki botol tersebut telah termasuk ke dalam mesin yang menggunakan kunci petak . Moral of the story ...kalau tak bole masuk jangan nak Rodok je...tengok apa dah jadi...


Wednesday, March 3, 2010

tudung botol bukannnya tudung saji


Koleksi tudung botol coca cola malaysia terdapat berbagai variasi dan alamat. Antara variasi yang ketara adalah silver cap (tudung berwarna perak ) dan tudung merah.

Bagi silver cap terdapat dua variasi ketara iaitu perkataan coca cola yang dicetak (untuk pasaran malaysia) dan ada yang dicetak coca cola coke (untuk pasaran singapura).

1. 95 jalan yew, off jln sg besi, kuala lumpur






2. coca cola coke - jalan foss, kuala lumpur - utk market s'pore 'jln ahmad ibrahim'.

Bagi tudung berwarna merah terdapat 3 perbezaan (setakat yg En Kamil ada) iaitu perbezaan pada bahagian atas tudung tersebut - 1) tudung merah biasa , yg berbeza cuma lamat kilang jalan yew & bukit belimbing, 2 & 3 ) tudung bola terdapat 2 jenis . Bagi tudung yang dicetak bagi special occasion atau commemorative series seperti tudung bola fifa 97 dimana tudungnya masih lagi mint condition iaitu tidak lagi dibuka , ianya dikategorikan sebagai barangan berharga (susah nak dapat-ayat RARE sensitip) dan nilainya agak tinggi di pasaran (tapi bukan yang punch balik ye- kurang bernilai).
ALAMAT
i) tudung merah - alamat 95 jalan yew, kuala lumpur

ii) tudung merah - alamat no 1, jalan bukit belimbing , shah alam.


perbezaan tudung
i) bola putih coca cola



ii) bola merah putih coca cola



iii) tudung merah biasa


apa!!! korang ada jumpa tudung botol malaysia design lain, variation lain, jom share ..