Sunday, October 25, 2009

apa yg menariknye tempat nie

Flea Market Shah Alam kat sebelah stadium shah alam.

Dua frame gambar awek minum coca cola, aku snap kat pakcik khalid punya kedai di flea market shah alam. ni gambor ori, dia kopek dari majalah lame... rega aku tak tanye pulak brapa..

Pasar pagi shah alam atau Flea Market ni dah biasa bagi orang shah alam dan kl. kat sini aku just nak share info, kot kot ada orang yg tak pernah pegi, kasi tengok apa ada disini. 10 tahun dulu tahun 1999 asal memang old skool, betul-betul punya flea market, datang pagi park kereta, buka bonet, jual barang second hand, jap lagi datang orang MBSA kutip RM 20.00 bagi setiap tapak.....really old skool.
La nie kalu berani buat camtu tak pasal pasal kena angkut dgn lori pasal sekarang dah ada lesen.

Ada beratus gerai kat kiri dan kanan jalan...kalau boleh habis tawaf aku respek... yg belah sini gerai barangan kering..


Yang sini gerai pasar tani mega...



ha ha ha siapa punya chopper nie....jimat petrol, datang pasar pagi naik basikal...old skool



pinggan lama, mat gebu punya line...



En khalid punya kedai second hand, kekadang pakcik ni bawak byk barang coca cola.

gambar f & N old skool yg telah discan dan di framekan... bagus gak idea pakcik khalid ni kan.Barang melayu lama.... english breakfast set pun ade


kasut bundle... Monopoli kat sini ...baju bundle


Brrrrrr

Brrrrr

Pagi nie 25/10, on da way ke Stadium Shah Alam, kat simpang Coca Cola di Bukit Belimbing terpandang iklan baru Brrrr Coca Cola, rasanya untuk Piala Dunia 2010 kat Afrika Selatan la kot.


khas utk bro BG 79 kat kota singa

Evolution bottle

Khas utk bro BG79, evolution bottle ni masih lagi boleh didapati di Amcorp Mall - photo dari kedai alfred di amcorp mall -gambar diambil 25/10/2009.



Wednesday, October 21, 2009

The very first and unofficial Coca Cola Collectors Trade Fair in Malaysia

The first and unofficial, Coca Cola Collectors Trade Fair on March 25th, year 2007 , Sunday in Sunway Pyramid.




Klik link utk gambar pd hari itu..

http://www.designenterprise.com/2007/03/27/post-visit-report-the-coke-collectors-trade-fair/





Trade fair yg pertama utk pengumpul coca cola pada tahun 2007. la nie aku tak kenal sorang pun semua mamat nie, bila gathering yg kedua baru aku kenal.

mana mau lari haaa...PERKY PINK

Perky Pink berjaya ku tawan jua.

Akhirnya, setelah berharian memburu Perky Pink, banyak gunung telah ku daki, banyak lurah telah kuturuni, banyak lembah telah ku tempuhi, banyak mc d outlet di klang valley telah ku redahi akhirnya.... Perky Pink telah ku temui jua... Jutaan terimakasih kat encik freddie , collector coca cola dari ampang... kerana telah menjualkan satu Perky Pink kat aku...




La nie perky pink menghuni rumah baru... barulah en kamil boleh tidur lena...kroh..kroh ...krohhh


Moral of the story.... kalau aku tau Perky Pink nie limited , sahih dari awal aku tapau banyak-banyak.... boleh buat duit woooo.....

Sunday, October 18, 2009

Malaysia Diet & Light

Malaysia Diet Coke Can/ Coca Cola Light

Empat siri diet coke can nie aku kategorikan sebagai sikit rare, pasalnya aku tahu ada lagi old skool . Macam biasa la, apa yg aku list kat sini sebagai rujukan aku je, dan rujukan kepada kawan-kawan yg baru berjinak-jinak nak kumpul can.

SIRI 1 diet Coca Cola / DIET Coke



Variasi ataupun 'variation'- perkataan yg cukup popular di kalangan collector yg otai, kerana tahap DEWA pengumpulan barangan collectible sampai terpaksa membezakan dari kiri:-

i) tin satu 325 ml - tiada gambar 'don't litter'
ii) tin dua ada gambar 'don't litter'.
iii) tin tiga -dibuat untuk lion malaysia sdn bhd kl
iv) tin empat - dibuat untuk f&n coca cola malaysia sdn bhd kl

antara variation tin satu dan tin dua adalah recycle logo...warna chrome dan warna merah...

antara variation tin tiga dan tin empat - dibuat untuk, lion dan f&n.
aduh...jangan pening pening ...




SIRI 2 - Diet Coke

i) Nikmati hidupmu - tin satu 'tiada riben disekeliling tin'
ii) Nikmati hidupmu - perbezaan tin satu dan tin dua 'terdapat tambahan riben disekeliling tin'
iii) Nikmati hidupmu - tin tiga 'FRIENDS'
iv) Tin tiga - coca cola world cup 2002


SIRI 3 - Coca Cola Light


i) Nikmati rasa hebat baru - tin satu tiada iklan 'plain'
ii) Nikmati rasa hebat baru 'Miss Malaysia'
iii) Hayati citarasa bersama 'Friends'
iv) Nikmati impian 'gambar jantan'

SIRI 4 - Coca Cola Light


i) Coca COla Light Lemon
ii) RHB Bank
iii) LOVE Diamond
iv) Zero Sugar



Thursday, October 15, 2009

Masa untuk Coca Cola atau masa untuk mengelabah ????

Masa untuk Coca Cola atau Masa untuk Mengelabah ????

Apahal ni En Kamil? Entry lain macam je nie...
Mana tak gelabahnya, bila tengok dalam suratkhabar gelas coca cola mc d Perky Pink dah SOLD OUT... tanya kat Dato Chua, stok yg dia ada pun dah let go...harga triple....lagi la aku mengelabah..

(tukar gambar iklan surat kahabar, baru dramatik sikit..he he he ...)


Tu hari masa pi Sunway Pyramid dapatlah gelas Cool Blue dua ketul , masa tu kat outlet MC D tu tanya minah kat sana, boleh dapat gelas colour pink tak, minah tu kata pink dah habis. Aku macam biasa la , lain kali je la carik, mesti kat outlet lain ada lagi, pasal pengalaman aku masa coca cola dgn mc d keluarkan gelas beijing 2008, dua set aku tapau...tak hingat..



Azam .....mesti carik gelas pink sampai dapat, macam biasa pertolongan diperlukan dari fellow collector yg diluar sana, kalu ada xtra lepas la kat aku sebijik...

Limited Edition Collectors Pack


Ha, yang ini lagi la rare, limited edition, aku tau benda nie nak dapat masa pelancaran gelas ni, pergi daftar kat web mc d & facebook, pastu join satu contest, pemenang akan dapat set nie. Yg bestnya aku tau contest nie ada, tapi aku tak cuba pun.... hu hu hu pasni kalau ada orang listing kat mudah atau ebay harga mesti terangkat tak hingat....

Tuesday, October 13, 2009

Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke

Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke


When the Coca-Cola Cuba Try Style-A-Coke programme was launched in September 2002, Malaysian Coca‑Cola consumers were the first in the world to be given the chance to choose their own individualised bottle label, making their Coca‑Cola bottle a collectors’ item in future years. Consumers could shrink-wrap 500ml PET bottles of Coca‑Cola in one of four designs featuring local Malaysian lifestyle themes. Malaysia was the first of only three countries to test this Style-A-Coke labelling programme, which has proved very popular with consumers


Korang kalau jalan-jalan dan jumpa botol ni dgn harga murah, rembatlah, pasal PET botol 500ml ni barang Malaysia dan harga yg aku survey la ni pun seller tolak agak tinggi jugak. Aku dulupun masa barang nie baru launching tibai gak 4-5 set, la nie byk dah tolak kat orang.

Thursday, October 8, 2009

Coca Cola World Cup Trophy Tour

Coca Cola World Cup Trophy Tour

Ha ha ha .... minggu lepas aku terima e-mel dari Dato Chua (unofficial) Presiden Coke Club (M), antara lain menyebut , beliau telah dipilih oleh organiser untuk mempamerkan barangan coca cola sempena World Cup Trophy Tour di Mid Valley pada 29 Jan 2010 dan beliau memohon kerjasama dari beberapa rakan collector untuk membantu beliau memenuhkan ruang/booth berkenaan dgn barangan Coca Cola Piala Dunia.


Aku pemilik blog En Kamil Punya Hobi dgn senang hati dan berbesar hati, berharap akan dapat memberikan kerjasama kpd Dato Chua dgn menyumbangkan beberapa barangan untuk dipamirkan pada hari itu antaranya botol coke world cup, tin , jersey dan aksesori.

antara kandungan e-mel dari penganjur kpd dato Chua

Event : Coca-Cola World Cup Trophy Tour
Date : 29th January 2010
Time : 9am - 10pm
Venue : Mid Valley Exhibition Center

A booth of 10'x10' will be provided for you to display your coke collection


Monday, September 28, 2009

AKHIRNYAAAA.......

Akhirnya....yeahhhhh

Perghh....tiada kata seindah bahasa, untuk kugambarkan.. setelah sekian tahun aku memburu Tin Coca Cola Olimpik Musim Panas 1988, hari ahad 27 september 09 ianya bertukar tangan ke galeri en kamil punya hobi, walaupun banyak juga RM yg dilaburkan, tetapi aku tetap puashati....

MINUMAN RINGAN RASMI SUKAN OLIMPIK 1988



Kisahnya...pada bulan puasa yg lepas aku terjumpa dgn seller Javerd , di amcorp mall yg menjual hotwheel, toys , t shirt coke, dsb. so dgn ringan mulut aku pun bertanya apa barang coke brader ada, dia kata ada satu barang dia sayang iaitu Tin Coca Cola Olimpik 88, so dgn cargas aku terus meng'offer' harga RMxxx utk sebijik tin tersebut. gila ahh tin sebijik harga macam tu...ish ish ish.. aku bagitau Javerd bila dia balik raya johor nanti pi carik la kat mane tin tu, akhirnya dia pun setuju.

FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS


So pada ahad 27 sept seminggu selepas raya, aku pun telefon Javerd bertanyakan ttg tin olimpik tu, dia kata brg ada kat Seri Kembangan, apa lagi malam tu aku start kereta terus ke rumah dia.

TIN COKE MALAYSIA YG LAIN AKU TAPAU SEKALI

Apa lagi bila dah sampai rumah dia, terus dilambakkan tin coke bermacam-macam jenis dari negara-negara lain. aku pun kutip la tin coke malaysia, termasuk tiga tin diet Coke yang berbeza variasi, perghhh untung aku.

TIGA TIN DIET COKE MALAYSIA YG BERBEZA VARIASI


Ada juga tin Indonesia 'tarik ujung cincin' dan tin thailand 'Chiang Mai 95'. tapau sekali..


Setelah dilumpulkan sepuluh tin tersebut aku pun membayar dgn satu harga yg agak tinggi juga, tapi pada aku berbaloi, bak kata para collector tahap dewa dewa... kalau hang ada duit tapi orang tak mau jual susah jugak, offer RM beribu pun dia tetap tak mau jual. So malam tu aku bawak kereta balik rumah tersengih macam kerang busuk sampai rumah, pasal pemburuan aku selama ini telah berhasil, pasni azam buru lagi tiga tin yg aku missing, Tin Coke Selamat Hari Raya, Tin Coke PATA 1986 dan Tin Coke Kodak film. AZAM...
PEMBURUAN AKU BELUM BERAKHIR....

Terimakasih kat Din http://khazanahsepedatua.blogspot.com/

Terimakasih

Setelah lama bercuti, akhirnya aku dapat juga mencuri peluang nak posting, alkisahnya dah lama nak ucap terimakasih kat Din Kg Pasir dan adik beliau kerana telah menyedekahkan kat aku signboard ni.. dapat sebelum raya lagi. Kata Din.. bagi menyemarakkan lagi story dalam blog aku.

Terimakasih daun keladi ...Din.


Model yang tidak berbayar... adina hani.



Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

Masjid Alwi, Kangar, Perlis

En Kamil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada pengunjung blog En Kamil Punya hobi. Apa relevan/kaitan gambar Masjid Alwi, Kangar dgn En Kamil. Sebenarnya En Kamil akan pulang berhari raya di sebelah kampung isteri (bini aku Juri Program Realiti Gadis Melayu-promote program gadis melayu la pulak) di Pengkalan Assam, Kangar, Perlis selama seminggu, so kalau ada sesiapa tersesat sampai ke Kangar bolehlah telefon En Kamil, boleh juga kita sembang-sembang sambil kena teh tarik.

Kepada Bro Nazrin yg beraya sorang diri kat Brunei, wa salute sama lu, demi mencari RM1.2 juta, tabahkan hati kuatkan semangat Bro.

Kepada Bro Fitri jangan di lupa kuih tat yang aku order tu, serbuk pun ok le..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN



Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa dari En Kamil Punya Hobi.

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.




Sunday, August 16, 2009

Kasut Coca Cola

Kasut Coca Cola


Terimakasih kat Din Kg Pasir http://khazanahsepedatua.blogspot.com dan adiknya (maaf nama tak tau, din nanti kau sms bgtau nama adik kau yea...), kerana meminjamkan kasut Coke Malaysia Old Skool nih, untuk sesi fotografi bagi dimasukkan ke dalam blog En Kamil. Alkisah anekdot penceritaan bermula apabila beliau mendengar ada sale kat kilang BATA di Seremban pada awal 90 an, lantas dgn cargas beliau 'karau' (istilah di gunapakai oleh Din untuk makna perkataan yg sama bagi KOREK) kilang BATA tersebut.


Ironinya, apa kena mengena kasut nie dgn En Kamil adalah dulu-dulu aku pernah memakai kasut cap C.o.k.e nie. Tapi tak menyimpannya, lunyai aku kerjekan.




Di Bhg belakang dekat tapak,sepatutnya ada tulisan Coca Cola tapi telah haus di telan zaman.




Di baris akhir kalau korang perasan ada tulisan Made In Malaysia, siapa tak nampak, macam kata P.Ramlee.... korang sambung le sendiri..

Akhir sekali, Adik Din ada present kat aku Menu Signboard Pastinya, tahun 90 an, pasni aku upload pulak photo tu yea. Seperti biasa TUNGGUUUUU...