Tuesday, June 9, 2009

Bottle Coca Cola 1 LITRE

Botol Coca Cola 1 Litre


1. Antara botol yang aku tak upload lagi dalam blog En Kamil Punye Hobi adalah botol 1 litre coca cola malaysia. Nak jadi cerita adalah bloggers nie 'collector jam' http://seventhseconds.blogspot.com/ masuk chat room dan offer sebotol coca cola 1 litre Malaysia kat aku. Apalagi dgn cergas aku sms dan dgn sekali offer bersetuju dgn harga yg ditawarkan. Hari Jumaat aku bank in RM dan botol tu sampai kat pejabat aku hari Isnin 08 Jun 09. Thanks bro.



Sebenarnya botol nie aku dah ada dua bijik, tapi orang kata nak tambah buat menyemak rumah lagi... so aku belilah he he he . Lagipun sebab aku beli pasal kira murah jugaklah... kalau duduk kat Amcorp Mall atau Kedai Antik mesti melambung reganya.



Botol ni kalau zaman dulu dulu tahun 70an, orang kampung isi minyak tanah (minyak gas) atau isi minyak kelapa (minyak nyior), pasal lubang muncung dia besor, muat isi corong. Senior classmate aku mesti tau nie http://di-pasar-karat.blogspot.com/ . Itu pasallah dulu banyak kes orang terminum minyak tanah, diorang ingat air kosong, tapi utk meneutralkan orang yg terminum minyak tanah diberi pula minum air kelapa. Ish ish ish geliga jugak orang dulu ekk..



Satu lagi cerita masa aku budak-budak kalau ronda keliling kampung dan terjumpa botol ni boleh jual kat keling botol , LAKU weh... dapatlah 10 sen (tahun 70an, nilai duit 10 sen besar oi).

La ni duit 10 sen pun besor jugak nilainya tapi tahun 1971 la ye, baru ni kat ebay diorang BID duit 10 sen tahun 1971 UNC sampai harga RM 199.00 , tak percaya rujuk sahabat ni http://syilingperingatan.blogspot.com/ .




1. Bro Shah hantor guna POSLAJU - EMS (betullah orang kata poslaju nie ataupun EMS ni ESOK MESTI SAMPAI).













2. Packing yg cantik. Pastik Foam balut keliling 2 kali. Nice Packing. kalau ikut peraturan POS, barang kaca adalah dilarang... takut pecah.






















3. Tulisan COCA COLA - 1 LITRE























4. TULISAN COKE - 1 LITRE






















5. CLOSE UP - ZOOM





















6. Masa aku telefon untuk pengesahan sebelum beli botol (dahlah gambor tak tengok), so aku tanya lah SHAH kat tepi botol ada tulisan apa apa tak, MG ke, SG ke tau ada apa tulisan lain. So shah cakap ada 77 SG, dan dgn tahun pengenalan 1977 tersebut aku pun terus confirm yang itu adalah botol 1 litre coca cola malaysia.


Monday, June 1, 2009

Coca Cola Handphone Nokia 3210

Nokia 3210 - casing coca cola.

NOKIA tiga dua sekupang , three two ten atau tiga dua sepuluh. Sebelum handphone yang ada 3 G, atau yg ada camera keluar, telefon bimbit ni cukup popular suatu masa dahulu. nak jadi cerita, casing handphone nie aku jumpa masa mengemas stor rumah aku baru-baru ni. Body dia takde, jadi aku pun teringat la kat ofis aku nie ada mamat nie masih lagi pakai handphone nie, jadi aku cuba la tanye kot dia nak jual. Lepas call dia kata nak tolak RM 50.00 , apa lagi dgn pantas la menyambarnya pasal nak pair handphone dgn casing coca cola.

1. Masih lagi boleh berbakti kepada tuannnya, kalau di cas bateri masih lagi boleh digunakan.





















2. Ada satu kes pernah terjatuh dari atas kereta, tapi masih lagi tak rosak, la nie kalau yg canggih manggih ada 3 G, ada kamera, jatuh sikit habis KONG.





















3. Nostalgia kepada En Kamil kerana masa muda-muda banyak kenangan masa pakai NOKIA 3210 nie.


Sunday, May 17, 2009

crate kayu coca cola malaysia

Crate kayu Coca Cola Malaysia

Crate kayu coca cola Malaysia yang ada dalam simpanan En Kamil ada dua jenis iaitu :-

i) Warna Merah, Property of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (S) Pte Ltd

ii) Warna Merah,Property Of East Coast Bottlg Sdn Bhd (ECB)


dan yang ketiga tiada dalam simpanan En Kamil tetapi ada dalam simpanan Bro Nazrin ialah

iii) Warna Kuning, property Of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (s) Pte Ltd


1) CRATE NO 1

Siri crate kayu yang pertama dan kedua (crate Pantai Barat dan Pantai Timur ) tiada perbezaan tetapi iaitu masing-masing mempunyai sisi yang sama iaitu Minum-lah Coca Cola. Tetapi apa yang membezakannya adalah sisi tepi dimana :-
















Ada sisi tepi yang dicetak dgn perkataan A-H

















Sisi tepi yang dicetak dengan huruf S

















dan crate ketiga yang dicetak dgn sisi tepi yang dicetak dgn huruf K-S
















2. CRATE NO 2

Sepertimana crate no 1, sisi tepi yang membezakan antara Pantai Barat dan Pantai Timur iaitu di Pantai Timur ianya dicetak dgn perkataan Prop of East Coast Bottlg Sdn Bhd.

















dan disebelah yang satu lagi dicetak dgn huruf cina COCA COLA.


















3. CRATE NO 3 - antara crate coca cola terawal.


MINTA IZIN BRO NAZRIN DULU ,PASAL INI CRATE DIE..... LA NIE ADA KAT PAKISTAN SEBULAN. DATUK , ANAK CUCU TUMPANG PINJAM GAMBAR ... BOLEH KAN....


Crate nie beliau dapat dari kedai di Singapura. Warna kuning dan sebelah sisi mempunyai tulisan cina COCA COLA.
















Drink COCA COLA Trade Mark Reg - ha ha ha apa yang mebezakan crate yang terdahulu adalah ianya menggunakan perkataan Inggeris iaitu DRINK berbanding crate selepasnya iaitu Minum-lah.


















pandangan sisi Property of Lion (M) Sdn Bhd - Lion (S) Pte Ltd.

















itulah sahaja beberapa jenis crate yang ada kat tangan aku dan sebuah crate kepunyaan Bro Nazrin, la nie azam pula mencari crate kayu 1 liter pulak, dengarnya ada collector ada crate tersebut, tapi kalau nak beli kat mana ye.....

Monday, May 4, 2009

Kereta Coca Cola

Kereta Coca Cola $ 1.20 - Malaysia

Ramai collector akan tertanya-tanya kenapa En Kamil mempamerkan 3 biji kereta merah bodoh ni kan. Ha, kalau korang nak tahu, En Kamil dah 10 tahun memburu 3 biji kereta nie, walaupun loose susah nak dapat. Dua minggu lepas koleksi kereta merah En Kamil telahpun lengkap adanya, sebiji Volkswagen merah, yang terakhir dicari, walaupun loose, telah dibeli di Amcorp Mall. Dulunya kereta ini pernah di promosikan dengan harga $1.20 untuk sebuah kereta .

1. Volkswagen merah


2. Trak bawak botol




3. 4x4 Coke
koleksi lengkap En Kamil - loose pun loose la. Lepas nie azam nak lengkapkan carded pulak.
Terimakasih kepada En Cheang daripada Batu Pahat kerana telah menjualkan sebijik Trak coca cola (carded) kepada En Kamil.

Wednesday, April 29, 2009

Cermin Coca Cola

Cermin Coca Cola


Wah, En Kamil kembali beraksi , setelah sekian lamanya.....


Ada beberapa jenis cermin keluaran coca cola old skool yang ada didalam simpanan/tangan aku. Nie pun dapat pada masa tahun 2000-2004 pada awal-awal pembabitan aku dalam mengumpul barang Coca Cola. La nie cermin nie kalau ada pun kebanyakan berada dalam tangan collector. Kalau nak kira dah lama gak aku tak beli cermin nie - oiii, orang di luar sana , kalau berhajat nak jual cermin coca cola sms la aku ye....


1. Nikmat segar Coca Cola - Nikmatinya sekarang.


Lhatlah betapa khusyuknya En Kamil mengambil gambar bersama Juniornya 'Adi Hakim' Future Coca-Cola Malaysia collector - tengah ajar betui-betui nih...






















2. Enjoy Coca Cola - Trade Mark Regd


Wah, junior En Kamil - siap berposing lagi.






















3. Always Coca Cola - Pet bottle 500ml

Inilah sahaja 3 cermin yg ada dalam simpanan aku.


Sunday, April 5, 2009

Cawan Plastik Coca Cola

Cawan Plastik Coca Cola

Ha ha ha.... nak dekat 3 minggu aku tak update blog aku ni, ada member tanya takde ke kisah terbaru tentang Coca Cola Malaysia. Ada banyak sebenarnya aku nak cerita tentang coca cola malaysia nie. Minggu ni aku nak bercerita tentang Cawan Plastik Coca Cola . Bagi pengumpul coca cola lama(otai) sekali lihat tentu terus perasan . Sebenarnya aku dah lama mencari cawan nie, 2 minggu lepas beli kat amcorp mall. Info yang aku dapat dari Otai Mi Bandar Sri Damansara , dia kata dulunya cawan plastik ini diberi percuma semasa kita membeli Ayam di KFC di serata KFC di Malaysia.

Cawan ini adalah kerjasama antara Coca Cola dan Kentucky Fried Chicken. Sebelum ni di Malaysia dan seantero dunia KFC dan Coke duduk dalam satu restoran. ha ha ha mesti ramai collector baru yang tak tahu sejarah diorang ni kan... La ni

















































































Monday, March 16, 2009

Coca cola pet bottle 1.25 liter

COCA COLA PET BOTTLE MALAYSIA 1.25 liter

Coca cola pet bottle yang old skool sebenarnya ada beberapa versi, 1.25 dan 2.5 liter. Foto yg dipamerkan adalah jenis 1.25 liter (tapak hitam) keluaran Sukan Olimpik Barcelona 1992 dan tudungnya adalah besi. La nie keluaran pet bottle adalah 1.5 liter dan tapak kontur .





















Gambar close up.

Pasnie aku akan upload kan gambar botol 2.5 liter malaysia pet bottle.



Monday, March 2, 2009

coca cola plastic signboard

COCA COLA PLASTIC SIGNBOARD- Kota Bharu Kota Budaya

1. Aku tertarik kat signboard nie untuk display kat blog pasal ianya unik, hanya digunakan kat Kota Bharu , Kelantan sahaja suatu ketika dahulu. Walaupun ianya plastik tetapi designnya semacam ada aura. Berbanding dengan iklan sekarang, iklan dahulu walaupun simple tetapi menarik.


















2. JAGALAH KEBERSIHAN.



coca cola robot malaysia r2 d2

COCA COLA ROBOT R2D2 - MALAYSIA

Rasanye dah dua minggu aku tak upload cerita ceriti baru tentang coke malaysia, ramai juga kawan tanya, agak busy sikit. Minggu nie, aku nak bercerita tentang Robot R2D2 nie. Lucky lah kat aku pasal dapat 'Mint Condition' siap ada kotak dan instruction lagi. Kebanyakan yang ada sekarang jual di mudah dan ebay la nie loose ataupun 'togel' orang negeri sembilan cakap 'terboleng'.


1. Robot R2D2





















2. Kotak R2D2




















3. Pandangan belakang kotak




















4. Robot, kotak dan instruction.

Wednesday, February 18, 2009

Coca Cola Mc Donald steel can Malaysia 1980's

Malaysia Mc Donald steel can 1980's.

Kisah Mc Donald steel can nie kalau mengikut cerita Otai Mi Bdr Sri Damansara, kat Mc D area Chow Kit (la nie dah arwah Mc D tu) ada promosi hujung tahun 80 an, kita kena beli set kat Mc D dan dapatlah benda alah steel can nie.





















Nak jadi cerita minggu lepas 15 Jan 09 , pi Amcorp Mall, satu nyonya (seller) sudah bawa satu Mc D cup , Enjoy Coca Cola, apalagi dengan pantas aku membelinya, buat pair dengan Mc D Steel can.

































































Bak kata Otai Coke, nak cari Steel can Mc D nie pun dah satu hal ... susah nak mampus, aleh aleh ada pulak muncul Mc D cup ... lepas nie tah apa-apa pulak muncul.....
UPDATED

Early jun 09, bro nazrin pi Jonker Walk, dia ada beli McD gelas plastik coca cola bercop Minumlah. perghhh apa pulak keluar lepas nie....

Wednesday, February 11, 2009

Coca Cola Fat Bottle 500ml

Coca Cola Fat Bottle 500ml - xtremely rare

1. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya setelah lama menunggu masanya telah tiba, tiga biji fat bottle 500ml coke ,fanta dgn sarsi akhirnya sampai melalui Poslaju ke pejabat teman pagi nie 12 Jan 2009, jam 09.15 pagi. Terimakasih sekali lagi kepada Mi Cepor kerana menjualkan sebahagian koleksinya kepada aku. Walaupun terpaksa membeli dgn harga yang agak tinggi tetapi berbaloi... bak kata otai otai sekalian, kalau ada duit banyak manapun tapi orang tak mau jual macamana... Thanks bro..... pasai jual kat aku....


Front View


















Back View - Jalan Foss off Jalan Sg Besi, Kuala Lumpur.

















2. Coca Cola 500 ml - Tanda Perniagaan Berdaftar.




















3. COKE - 500ml - Alamat, Jalan Foss, Kuala Lumpur.






















4. COKE




















5. View penutup botol 500ml - BUKA dan TUTUP .
















6. Tanda Perniagaan Berdaftar