Wednesday, May 18, 2011

3 liter ayaq coke, kalau penuhkan dalam bekas straw gergasi




Bekas straw gergasi coke ni famous & banyak digunakan di premis perniagaan seperti restoran mamak, food court & pam minyak. Even kalau tuan pergi ke Stesen Minyak Shell batu 13 puchong pun masih lagi menggunakan bekas straw ini sebagai kaedah pelanggan utk mendapatkan straw.







Tetapi banyak kedai telah tidak menggunakan bekas straw ini kerana masalah HYGIENE atau masalah kebersihan, ialah bayangkan lepas pergi toilet, masuk kedai serbanika, beli air botol kemudian seluk bekas straw dgn tangan kiri, yg masih melekat dgn bakteria berbahaya, mana tak tercemarnya semua straw di dlm bekas tu.






Itu yg menyebabkan bekas straw ni dah tak popular dan digantikan dgn yg mesra alam seperti di Restoran Mekdi, tekan punat , maka straw pun gelongsor keluaq.


Monday, May 16, 2011

Kasut coca cola kanak kanak



Hujung tahun 90 an, kasut coca cola ni popular di Malaysia kerana dibuat di kilang BATA di Jalan Kapar Klang, tetapi zaman itu, mana ada orang teringat ianya akan dijadikan koleksi, even en mat pun merasa pakai yang high cut, cutting macam kasut warrior pakai masa main sepaktakraw.








Friday, May 13, 2011

Lighter enjoy coca cola




Jenama cricket ni cukup popular di zaman dulu-dulu, even bekas lighter coca cola dia pun berjenama cricket dan ianya datang bersama dengan lighter cricket.







Lighter ni dapat dari seorang seller di Amcorp yg dibelinya dari seorang ejen coca cola di area negeri beradat.






Tetapi api lighternya dah tinggal spark aje, tak bernyala… gas atau minyaknya dah habis, kering di telan zaman. Kalau kat bawah lighter cricket tu ada lubang gas boleh gak teman rodok dengan gas Zippo. Ini harammmm tak berlubang.


Satu lagi yg lighter jenis/fesyen yg old skool, dia mesti ada alat kawalan tersendiri, butang + dan butang - ….

Wednesday, May 11, 2011

Asyik dapat WP je , apa cerita….

3 six pack 125 years , Regular, Light & Vanilla. Zaman six pack guna kertas kadbod dah berakhir, lani semua guna plastic.





Bercerita tentang peraduan 125 tahun ni, en mat ada bercita-cita gak nak pergi ke World of Coca Cola atau sekurangnya dapat hadiah paling cekai iaitu set perayaan COKE, tapi setakat ni dah 18 tin berbagai perisa dah masuk perut en mat, bukan aje bayang Atlanta bayang –bayang HH, AA, RR, AA, MM ke jadah tak lekat kat en mat , yang ada WP aje.. melancong sendiri ke WP – Wilayah Persekutuan je lah…


Psst…..Peraduan ni pun dah nak sampai penghujung/ tamat 15 Mei. Ada ke orang coca cola bottling baca sembang kencang en mat ni, kot boleh bagi sponsor pergi melancong ke Atlanta… he he he




Kalau ada nak sponsor…. Kecil tapak tangan nyiru teman tadahkan..

Sunday, May 8, 2011

Sesi mabuk teh sempena Coke, Soda & Aerated, 2nd Trade Fair yg bakal berlangsung.



Sham, Megat, Nazrin dan En Mat di Restoran Bunga, TTDI Jaya, Shah Alam, tengah serius membincangkan strategi dan taktik yg bakal digunakan bagi menarik ramai pengunjung ke Trade Fair, pecah kepala memikiorkan tentang sponsor, lokasi, nak deal dgn amcorp mgmt atau flea market mgmt, berapa dan siapa yg nak datang, siapa nak kena jemput, berapa table nak buka, boleh tak adakan jamuan sekali bla , bla bla, bla….. ialah kena pikior dari A to Z.

walaupun waktu dah menunjukkan jam 01.00 pagi dan orang lain sedang di ulit mimpi indah, tetapi ahli Botologi masih serius membincangkan strategi utk trade fair…siapa kata kami tak serius waktu buat kerja..ha ha ha


Saturday, April 16, 2011

plastic cup polar bear

Hari ini kita lari topik sikit dari hal trade fair. Kisah tentang 4 biji plastic cup polar bear. Beli air minuman bergas berharga RM2.50 dan dapat sebiji gelas plastik. En Mat ada membeli gelas tersebut semasa promosi berlangsung disebuah kompleks membeli-belah di kuala lumpur bertahun-tahun dahulu.

En mat saja posting kerana ada kawan -kawan bertanya , Eh hang pernah tengok gelas jenis ni tak? Ini keluaran mana ya? Jual kat malaysia ka dulu? So en mat ada info dan boleh share untuk rujukan kawan-kawan jika ada berjumpa dgn gelas ini, cuba lengkapkan keempat-empatnya.

a . Gelas 1 - Ice Skating
b. Gelas 2 - SKI
c. Gelas 3 & 4 - Snow Mobile & Ice Hockey
Giant 'bunting' ni en mat dapat kompleks membeli-belah tersebut. DAH LAMA DAH.....

HAMPIR LAPAN KAKI PANJANGNYA....


Sebenarnya en mat nak relate kan juga gelas plastik dgn promosi gelas kaca mek di yang bakal dijual pada 28 april di mek di, seluruh malaysia, walaupun gelas kaca ni dah lama beredar di pasaran luar negara. Selamat mengembongkan perot anda... kenyang ayaq coke WP... pun tak abis lagi...datang pulak lagi promo baru....




Saturday, April 9, 2011

TRADE FAIR COKE, SODA & AERATED KALI KE 2.

NANTIKAN TRADE FAIR COKE , SODA & AERATED KALI KE 2, BERTEMPAT DI AMCORP MALL , PETALING JAYA, DLM MASA TERDEKAT.

LEBIH RAMAI SELLER, LEBIH RAMAI COLLECTOR DAN LEBIH MERIAH.. TINGGALKAN PESANAN DLM CHAT BOX ATAU PADA COMMENT UTK MAKLUMAT LANJUT.

RUGI SIAPA TAK DATANG.

rujuk link utk gambar trade fair terdahulu




Sunday, March 20, 2011

tudung silver cap

Koleksi tudung silver cap yang ada dalam simpanan en mat.

1. dari sebelah kanan

DIBOTOLKAN UNTUK F&N COCA -COLA (MALAYSIA) SDN BHD
95 JALAN YEW, OFF JALAN SUNGEI BESI
55200 KUALA LUMPUR


2. dari sebelah kiri

DIBOTOLKAN OLEH FRASER & NEAVE (M) SDN BHD
JALAN FOSS
55200 KUALA LUMPUR


3. dari sebelah kanan

DIBOTOLKAN OLEH
F&N (TIMOR LAUT) SDN BHD
LOT 9 & 10, KAWASAN PERUSAHAAN PENGKALAN CHEPA
16100 KOTA BHARU

Terimakasih kepada acid welding kerana spark info pasal tudung pengkalan chepa.

4. dari sebelah kiri

TUDUNG - TANDA PERNIAGAAN BERDAFTAR (OLEH)

DIPERBUAT DI MALAYSIA
FRASER & NEAVE (M) SDN BHD
JALAN FOSS
KUALA LUMPUR


5. dari sebelah kiri

TUDUNG -TRADE MARK REGISTERED - BOTOL TRADE MARK REGISTERED CONTINUED 290 ML

KOTA KINABALU, KUALA LUMPUR, KUCHING MALAYSIA (tulisan tak berapa terang)

(BOTOL TAHUN 1974)


selamat memburu..

Thursday, March 17, 2011

Kisah Hantu Kak Limah dan Hussin

Ini ada satu cerita 4 episod….

Episod pertama.
Episod pertama
Episod pertama


Pada suatu hari Kak Limah baru balik dari surau, selepas sembahyang solat subuh. Jarak dari rumah kak Limah dan surau agak jauh, terpaksa melintasi batas sawah, jalan kerikil tanah merah, tepi sungai berlopak /lecak dan baru sampai ke rumah kak Limah.

Prem, prem, prem Hussin meremmmm throttle motor kapcai cabuknya…

Hussin - Kak Limah..Kak Limah oiiii, tak nak tumpang ke, moh le saya antor balik rumah, dalam kampong ni tak payah pakai helmet, eeeee seksi jugak aku tengok Kak Limah ni dalam gelap.

Kak Limah - tak payah la Hussin , sikit lagi kak Limah jalan sampai lah… “enjit-enjit semut siapa naik atas…sambil berjalan Kak Limah menyanyi-nyanyi kegirangan…

Hussin – eee kak Limah nie orang dah pelawee jual mahal la pulak…

Kak Limah – yalah Hussin dah dipelawe Akak naik lah…karang di kata sombong pulak

Maka Kak Limah pun memboncenglah motor si Hussin… prem prem prem…

Duduk je Kak Limah atas motor, maka dirembat lah dan di pulaslah sekuat hati throttle, prem, prem, prem, maka terhentak – hentak Kak Limah yang membonceng dibelakang di sepanjang jalan.

Hussin…mengkome bawa motor tu pelan-pelan la sikit, Kak Limah sakit tulang belakang ni sebab terhentak-hentak.

Jawab si Hussin – Sukahati sayalah Kak Limah oiii, ini motor saya, sukahati saya la nak bawa macamana pun……

ingat…cerita ini ada 4 episod

Lepas episod pertama episod kedua

Episod kedua
Episod kedua
Episod kedua


Suatu hari Kak Limah pun menjemput si Hussin datang kerumah beliau untuk makan kenduri…

Hussin - Assalamualaikum Kak Limah.

Kak Limah - Waalaikumussalam Hussin, jemputlah naik. Langkah kanan kamu Hussin, orang tengah makan kamu sampai, moh le jemput makan.

Maka tanpa berlengah dan dengan gelojoh Hussin mentekedarah nasi dan lauk yang dihidangkan… burrrr .. tetiba bersembur dan merah padam muka si Hussin.

Ayor,ayor,ayor… maka dihulur air basuh tangan dan dengan selamba beliau menggogok air basuh tangan tersebut… fuhhhh lega rasanya.

Hussin – Kak Limah oiiii apa pedas sangat masak Lemak Cili Padi yang Kak Limah masak nie…

Kak Limah – sukahati sayalah saya nak masak pedas ke, ini rumah saya , awak pedulik apa…

Ingat…cerita ini ada 4 episod


Lepas episode kedua episode ke empat
Lepas episode kedua episode ke empat
Lepas episode kedua episode ke empat

Episod keempat
Episod keempat
Episod keempat

psst nanti sambung …

sambungannya... mungkin ramai yang dah tau apa yang en mat nak sampaikan atau maksudkan, lepas kedua, mana pergi ketiganya dan kenapa terus keempat.

jawapannya: SUKAHATI en mat lah nak buat episod empat ke, episod lima ke, tanpa pergi episod tiga kerana blog ini en mat yang punya.

dan juga yang pasti Kak Limah dan Hussin tiada kena mengena dalam cerita ini, waima en mat tidak dapat sesen pun kerana mempromosi cerita hantu kak limah nie.

tetapi, tetapi, tetapi Moral of the story , en mat nak recycle cerita ke , nak ulang balik cerita ke, SUKAHATI en mat lah, ini blog en mat dan yang penting blog ini sebagai rujukan en mat sahaja (kamus bergerak).

Ada aku kesah...






Tuesday, March 15, 2011

main tin coke pun boleh upgrade

Ingatkan main motor & kereta je boleh upgrade, la ni main collectible tin coke pun boleh upgrade? Alkisahnya tin coke warna kuning tu, coke barcelona 1992, en mat dapat 10 tahun lepas, sengal giler...tapi embil je lah buat reference, pasni kalau jumpa yang lagi cun boleh la upgrade...ayat standard senior collector.
Alhamdullillah pada sabtu lepas, setelah sekian lama sabor menanti, en mat dapat tin ni dari geng botologi selepas 10 tahun.

so sekarang ni fokus pada TIN PATA aje... pasni boleh tutup kedai

psssttt tin pata 1986, lobang dah ada, sekarang dalam proses tawar menawar je...... dengarnya offer RM ratus ratus pun masih lagi tak boleh pergi.... kena put high bidding lagi nie... azammmmm 2011... rabak-rabak.

Sunday, March 13, 2011

coca cola coin can olimpik tahun 1988

coca cola coin can ni baru dapat dari seller KAMPUNG bersebelahan kat Putra Height, sebelum ni en mat dah ada can olimpik 1988 ni tetapi yang jenis tin minuman.

jalan foss
tanda perniagaan berdaftar

tin nie nak kira bukan la CHAMPION sangat, so kalau ada yang berkenan en mat sanggup lepaskan dengan syarat TRADE dgn TIN COKE PATA 1986. Ehh u ada xtra ke coin can ni, Jawapan en mat ... tiada xtra ..tetapi en mat sedang memburu tin pata 86 bagi melengkapkan koleksi dan pengumuman ni dibuat kot ada yang tertanya -tanya boleh ke tin ni di trade. Jawapan ..Boleh.... kita main barang collectible ni nak syiok syiok dan jgn gado-gado...

so siapa yang ada tin pata 86 dan berkenan nak trade silakan.... nak jual? sori noooo....

Tuesday, March 8, 2011

camana boleh jadik camgini ekkk

Camnilah ceritanya ...


Jika anda nampak sticker plastik ni tertampal di kedai mamak berhampiran tempat kediaman anda, pastikan dapat kebenaran dari kedai mamak terdahulu sebelum mencabutnya dari peti ais kedai beliau. Setelah dapat kebenaran inilah hasil yang di bawa pulang...

iklan promo plastik yang boleh melekap di cermin


kemudian search di Mudah kot kot ada seller yang menjual barangan yang sewaktu dengannya....
Camnilah, kalau anda bertuah kemungkinan ada dan besar kemungkinan tiada... tetapi dah rezeki en mat ... ada pulak seller yang menjualnya CD Camnilah, terimakasih en chua.. trade botol dgn CD.. nak trade pun kena minta persetujuan juga.


rentak optimis .. by dafi dan shila
ni kalu dapat sign bebudak dua orang ni mesti best nie... azam...

pastu kalu boleh frame kan dan dapatlah hasil seperti gambar mula diatas... Cd seolah didalam frame gambar. Tapi barang diatas belum hantar kedai frame gambar lagi.. just imaginasi en mat sahaja.

Sunday, March 6, 2011

ohh... tudung silver coke ni, macam yang aku dapat sekampit kat padang rengas tu..

statement dari seorang seller bila melihat tudung silver ni. Bang oiiii.. ini tak sama macam yang sekampit tu bang oiii.. aku berkata dalam hati. Ini lain dari yang lain.... Pada mulanya en mat pun beranggapan demikian, tetapi setelah merujuk kamus bergerak iaitu blog en mat... http://ahkaba.blogspot.com/2010/03/tudung-botol-bukannnya-tudung-saji.html sahih ini memang lain dari yang lain, kebetulan fitri old skool pun berada bersama teman semalam dan beliau pun mengesahkannya.

Coca Cola, Tanda Perniagaan Berdaftar, OLEH


Jalan FOSS

cap liner ada peraduan di dalamnya. drink

adakah ini penemuan terbaru atau memang tuan-tuan ada sekampit ... ha ha ha manalah tahu...pasal setakat ni setelah en mat ada helo-helo dan sms otai-otai dan mereka pun belum pernah nampak...

Friday, March 4, 2011

mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea...

Kodak oh Kodak, bukan Kodok oh Kodok. Zaman belum ada kamera digital, kita orang lama-lama nie gemor menggunakan perkataan Kodak bagi menggantikan negatif filim. "mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea" lebih kurang cam gitu lah ayatnya. Tapi sekarang masa dah berganti masa bebudak sekarang sekarang mana nak mengenal negatif filem Kodak atau Fuji, ialah celik mata dah zaman digital, semua guna kamera digital.

Posting kali ini berkaitan dengan kodak juga, tetapi bukan berkenaan negatif Kodak, tetapi Kodak Can Malaysia yang pernah dicanangkan oleh en mat yang mana ianya dalam senarai top 5 pencarian tin malaysia yang en mat tiada lagi dlm simpanan.

Untuk rujukan en mat kebiasaannya akan mem fotostat barang yang en mat tiada dan menjadikan ia sebagai satu azam untuk memburunya...

Sebaris tin bersama kertas fotostat tin kodak malaysia

kertas rujukan ini akan diperonyokkan sebentar lagi kerana...... jeng jeng jeng

Alhamdullilah, en mat telah berjaya mendapatnya... terimakasih kepada bro misteri ...nama dirahsiakan kerana membantu en mat mendapatkannya, hasil tukaran tin coke kodak dengan botol error Malaysia 'maaf botol error malaysia en mat tak sempat ambil gambar'.


terimakasih bro misteri...., pasti ramai yang tertanya tanya , tak sayang ke bro lepaskan botol malaysia error. Mengikut kata-kata otai yang terdahulu dari en mat, tak salah kalau tolak atau trade barang dgn sesama collector asalkan jangan sampai pergi ke serata dunia misalnya kerana pasti barang yang kita tolak atau trade susah kita nak tengok kembali , tetapi jika tolak atau trade sesama kita pasti suatu hati nanti jika kita pergi membuat kunjungan atau lawatan ke rumah collector tersebut pasti kita masih lagi boleh tengok atau nampak barangan tersebut...


azam... ada satu lagi single can yang en mat sedang hunting... kalu ada rezeki tak kemana...

Saturday, February 26, 2011

poster world cup 2006

poster world cup ni keluaran tahun piala dunia tahun 2006, kalau tengok tendangan rooney macam dia buat first timer, tapi siapa tengok tiga minggu lepas dia buat bicycle kick...

cun...... bila lagi agaknya MU nak datang Malaysia , boleh lah usung giant poster ni suruh si mamat rooney ni sign autograph.



michael ballack
semasa tahun 2006 ni sebenarnya en mat dah slow collect barang coke ni, tu yang poster ni pun baru dapat bulan lepas, yalah main barangan hobi ni kan ada pasang surutnya... dan pada tahun 2008 en mat kembali aktif...

Sunday, February 20, 2011

cuba try test

mana ada test, en mat tambah je test tu... biasa la orang kita kalau sebut cuba try, mesti perkataan test terpacul sekali... cuba try test .... ha ha ha


Cd Cuba Try Coca Cola alaminya ni keluaran tahun 2002 dapat di pasar karat tersohor area PJ minggu lepas, sekali imbas tak ada yg menariknya , tetapi logo kecil di sebelah kanan bawah tu yang membuat en mat terus menyambarnya... positive music - positive tone, where music lives, Vol II.. mesti ada keluaran vol I ni...

CD ..



muka belakang - tajuk lagu dan artisnya.


tarikh penting - keluaran tahun 2002. apa maknanya tarikh penting... yalah kekadang member-member ada tanya eh en mat aaaaa ... cuba try ni keluaran /promosi pada tahun berapa ye.. sekurang-kurang ada rujukan la... oooo cuba try ni promosi pada tahun 2002.