Showing posts with label botol coca cola. Show all posts
Showing posts with label botol coca cola. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

sg 40

apa barang dapat minggu lepas - sudah tentulah botol pendek kesayangan Malaya '4 biji SG 40'.

i) 1 biji mula-mula dapat dari pekan komunis , sg ayer tawar, sitiwan hasil ekskavasi runner tersohor.

ii) 2 biji dapat dari anak Teh, si calvin

iii) 1 biji yg terakhir dapat 'dan masih panas ' dari korektor tersohor yg mencarigali di pantai timur.


setelah diselidiki dengan kawan kawan collector yang lain yang telah cukup set 24 biji botol sg 40 ni bersamaan satu crate, en mat ni antara collector yang lemah kerana masih belum dapat lagi 24 biji botol pendek SG 40 bagi mencukupkan satu crate. setakat ni baru ada 23 biji sahaja walaupun telah collect coke selama lebih 10 tahun.


Sunday, May 2, 2010

ku lihat hijau - botol TRADE MARK

1. bai-bait senikata dari penyanyi tersohor zainal abidin - botol hijau ni baru dapat minggu lepas dari pengumpul coca cola dan aerated terbilang. beliau mohon agar nama beliau tidak di publishkan atas sebab sebab keselamatan beliau, keluarga beliau dan awek beliau . tinggi juga harganya..ada gak dekat 10 % gaji bulanan en mat.

botol TRADE MARK pendek hijau ni, menurut lagenda nya pernah digunakan di Tanah Melayu suatu masa dahulu pada awal tahun 50 an.

misteri dan kenapa hayat penggunaannya amat pendek tidaklah diketahui tetapi pada firasat en mat, adakah kerana;





i- botol kaca yang berwarna hijau menghalang pengguna melihat warna air dalam botol tersebut dan tidak membuat pengguna STIM untuk membeli air tersebut berbanding sekarang dimana semuanya SEE THRU.


perkataan TRADE


ii - penemuan kaca berwarna putih telah menyebabkan botol hijau dilupuskan dan diganti dengan botol pendek putih dan botol pendek putih digunakan agak lama juga iaitu hampir 15 tahun sebelum digantikan dengan botol 290 ml.


perkataan MARK


tanda 21

tanda 51

Mengikut cerita dari otai megat beliau mendapat botol TRADE MARK hijau ini di negeri Terengganu manakan En Freddie mendapatnya dari sebuah pekan kecil di Kulim Kedah.
Azam en mat lepas nie keluar berburu pulak untuk botol TRADE MARK botol pendek putih pula, katanya ada dilihat kelibat botol tersebut di negara seberang atau anda ada info kat mana botol nie pernah keluar dari tanah di Malaya ..jom share info.
asal usul warna pada botol
Glass Color - How does it occur?

In general, with lesser amounts of iron or less oxidation of that iron, shades of bluish to greenish aqua are achieved. With higher amounts of iron or higher oxidation of the iron, darker greens will usually occur (Toulouse 1969a; Jones & Sullivan 1989).

Saturday, March 6, 2010

tanda lekukan pada badan botol

Sebelum tu... saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua bloggers bukan sahaja dari Perlis hingga ke Sabah tetapi juga dari Canada, Brunei, Singapura dan kawasan yang sama waktu dengannya. Apa sebabnya biar saya sendiri sorang yang tahu dah le....

En3 pertama seeeeeelepas bertapa adalah lekukan pada badan botol...en3 ni dah lama di add kat dalam blog cuma tunggu masa nak insert tapi disebabkan masalah teknikal ianya dibiarkan tergantung...

Tanda lekukan pada badan botol

Lekukan pada badan botol dibuat, adalah supaya apabila botol berputar di conveyor , ianya akan dikunci/dipegang pada bawah botol bagi memastikan botol dalam keadaan stabil semasa proses pengisian air.

Bagi botol no 1 dan terawal ianya adalah berbentuk bulat di bawah bontot botol dan saya ada satu sahaja botol ni...di tepi dan kiri kanan botol tiada lekukan.


manakala bagi botol no 2, lekukan pada bawah botol berbeza dari botol no 1 dimana ianya seperti keadaan longkang, memanjang terus dari dalam botol ke luar botol.




manakala bagi botol keluaran seterusnya (cina pendek) kaedah lekukan bulat pada lubang tepi telah diperkenalkan.


dan seterusnya pada fasa terakhir dimana botol berlabel merah dikeluarkan, lekukan pada badan botol adalah segiempat dan seterusnya hinggalah ke akhir hayat botol tesebut.


dan ini adalah keadaan dimana, pada asalnya bentuk lekukan adalah bulat, tetapi telah pecah dan saya syaki botol tersebut telah termasuk ke dalam mesin yang menggunakan kunci petak . Moral of the story ...kalau tak bole masuk jangan nak Rodok je...tengok apa dah jadi...