Monday, June 22, 2009

PENGUMUMAN

WAHAI ORANG-ORANG KAMPUNG !!!!!!!!

Setelah diperkenankan oleh penyimpan koleksi coca cola malaysia setelah bermesyuarat di Putra Heights dan di Amcorp Mall, adalah dengan ini hamba tuan punya blog En Kamil Punya Hobi mengumumkan mulai hari ini 22 Jun 2009 segala komen di dalam bolg ini yang menyerupai komen Duit, RM, Ringgit Malaysia akan dikeluarkan SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT bagi tidak menyinggung mana-mana pihak yang hidup mahupun yg sudah meninggalkan negara dan juga di kawasan kawasan yang sewaktu dengannya. Segala kesulitan sebelum ini hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, sekiranya komen hamba menyebabkan harga botol kosong coca cola melambung tinggi di pasar Chow Kit ataupun harga tin coca cola mendadak naik di Bursa malaysia. Sekali lagi ampun dipinta.