Wednesday, March 3, 2010

tudung botol bukannnya tudung saji


Koleksi tudung botol coca cola malaysia terdapat berbagai variasi dan alamat. Antara variasi yang ketara adalah silver cap (tudung berwarna perak ) dan tudung merah.

Bagi silver cap terdapat dua variasi ketara iaitu perkataan coca cola yang dicetak (untuk pasaran malaysia) dan ada yang dicetak coca cola coke (untuk pasaran singapura).

1. 95 jalan yew, off jln sg besi, kuala lumpur






2. coca cola coke - jalan foss, kuala lumpur - utk market s'pore 'jln ahmad ibrahim'.

Bagi tudung berwarna merah terdapat 3 perbezaan (setakat yg En Kamil ada) iaitu perbezaan pada bahagian atas tudung tersebut - 1) tudung merah biasa , yg berbeza cuma lamat kilang jalan yew & bukit belimbing, 2 & 3 ) tudung bola terdapat 2 jenis . Bagi tudung yang dicetak bagi special occasion atau commemorative series seperti tudung bola fifa 97 dimana tudungnya masih lagi mint condition iaitu tidak lagi dibuka , ianya dikategorikan sebagai barangan berharga (susah nak dapat-ayat RARE sensitip) dan nilainya agak tinggi di pasaran (tapi bukan yang punch balik ye- kurang bernilai).
ALAMAT
i) tudung merah - alamat 95 jalan yew, kuala lumpur

ii) tudung merah - alamat no 1, jalan bukit belimbing , shah alam.


perbezaan tudung
i) bola putih coca cola



ii) bola merah putih coca cola



iii) tudung merah biasa


apa!!! korang ada jumpa tudung botol malaysia design lain, variation lain, jom share ..