Sunday, December 19, 2010

Headphone radio malaya part 2

Headphone AM-FM ni teman beli dari kedai Jeanne tkt 3, amcorp mall beberapa tahun lepas. Teman biasa nampak yang terboleng (tiada kotak) tetapi yang teman teruja nak beli yang nie kerana masih lagi berkotak/mint kata org putih.

Radio nie sebenornya banyak dijual oleh seller-seller kerana org tidak menggunakannya kerana saiznya yang gedabak. Korang bayangkan pakai Headphone ni semasa Jogging atau di Gym, sah sah di label org tak betul, pasal la ni org pakai yg cenonit/comel je.

i) Ada logo fanta - Senyum gembira dengan coca cola. Kotak tertulis MINUMLAH, plastik bubble pun masih ada lagi beserta dgn wayar.

ii) di side yg lain pun ada logo fanta tapi tertulis bahasa penjajah- Have a coke and smile.


iii) tuner AM-FM, adjust volume & adjust siaran


iv) headphone ni menggunakan bateri saiz .....saiz apa ni ha???? punat dua dua di atas.


iv) harga masa teman beli dulu dulu baru RM 68, dan tuan puan masih lagi boleh membelinya di MUDAH.MY radio nie, tapi harganya tiga kali ganda la ye.

Sesiapa ada info/poster atau yg tahu asal usul radio nie, boleh la share..

Monday, December 6, 2010

selamat bersiaran kembali - radio malaya part 1

Jari ni dah keras rasanye bila memegang papan kekunci nak menaip kat blog, ialah dah 2-3 bulan tak menaip kat blog, sejak kali terakhir en mat posting entry terakhir, pasal hi tea yang dicanang-canang kan tempohari 'insyaallah kalau takde aral kita buat yang lain'- takkan lari gunung dikejar .... ye tak???.

Sekarang En mat dah boleh menarik nafas lega apabila sesi berpindah pejabat of the year dah habis. Mana taknya bhg operasi dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi dan Seremban semuanya berkumpul di satu tempat, letih lah nak set up dan nak mengorganize ye tak?

En Mat sengaja memilih tarikh Maal Hijrah 1432 untuk membuat posting dan temanya radio kerana harapan kita berhijrah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik dan simboliknya radio kerana ada banyak siri radio yang akan diposting selepas ini dan kena dgn tajuk nya 'BERSIARAN'.

i) Radio berbentuk tin/can JALAN FOSS, MALAYSIA nie en mat ada 3 unit, tetapi yang ini condition agak baik berbanding 2 yang tidak diposting, walaupun yang ini ada berkarat skit kat speakernya, tetapi masih lagi berbunyi.


ii) Coca Cola Coke - Tanda Perniagaan Berdaftar.
yang terjojol macam ada gerigi tu tempat volume dan switch on/off.


iii) FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS

iv) RM 88 hinggit sahaja - harga 10 tahun dulu.


bercerita tentang radio yang dua biji yang rosak
a) yang pertama dan bertampal kerana ada bahagian badan radio dah koyak
b) tempat bateri dan wayar dah putus.

sekian- salam maal hijrah 1432

Saturday, November 6, 2010

MAAFKAN KAMI !! MAAFKAN KAMI !! MAAFKAN KAMI!!!!!

Mohon maaf kepada semua pengunjung & pelayar blog En Mat kerana tiada posting baru kerana kesibukan berpindah pejabat dari KL ke Shah Alam. Insyallah, jika semuanya telah selesai akan adalah entry terbaru dari En Mat.

Wasalam

Monday, October 4, 2010

sesi hi tea a.k.a mabuk teh

sesi hi tea a.k.a mabuk teh bersama collector coca cola dan air soda

Lokasi : Ipoh Station Puchong

Tarikh :pertengahan bulan november 2010.

Hari : Sabtu

Masa : 03.00 petang hingga larat...

Menu : Dua jenis air minuman - teh tarik panas & air sejuk
Makanan - Mi Goreng dan tiga jenis kuih melayu

Bayaran : RM 10 seorang.

Situasi:

Memandangkan selepas trade fair coke & soda pada 08.08.2010 tempohari dunia collector coke dan soda seakan dilanda geroda, senyap dan sunyi, "bertambah sunyi dan sepi ketika banyaknya open house atau jamuan hari raya utk dihadiri", kalau adapun posting sendiri-sendiri shj kat facebook dan blog,

Bagi menyemarakkan lagi dunia pengumpulan botol dan tin air minuman coke dan soda , sebelum ianya tepu, dicadangkan diadakan pseudo event bagi mengghairahkan lagi dunia pengumpulan botol coke dan soda. (bukan kahwin saja boleh mendatangkan ghairah, kumpul botol pun boleh ghairah)...apa???tak percaya.... tanya otai..

Objektif :

Mengeratkan lagi ukhuwah sesama collector, dengan bertukar-tukar pandangan dan bertukar-tukar botol atau tin semasa event berlangsung serta berkenal-kenalan dan beramah mesra sesama collector yang baru dan lama .

Audiens:

Collector baru atau lama , yang collect tin, botol , air coke dan air soda dan jika ada yang collect duit lama, keris, setem , basikal dan pinggan mangkuk pun boleh join, jangan malu dan segan.

Strategi:

Kami bercadang untuk menjemput orang kuat dari jenama air minuman BRRRR yang belum PASTINYA hadir atau tidak untuk berkongsi pandangan/pendapat pada hari tersebut.

Taktik:

Jika ada collector yang ingin menjual, trade atau swap bolehlah membuka bonet kereta utk menjual barangan yang berlebih untuk di let go...

kami juga bercadang untuk mendapatkan souvenir/ole-ole dari syarikat air minuman tersohor bagi mengadakan cabutan bertuah .


posting dan cadangan diatas adalah pandangan en mat sahaja, jika tuan-tuan ada cadangan lain seperti ingin mengadakan di Hotel Hilton, Holiday Villa, TGI Friday atau sewaktu dengannya atau ingin sponsor keseluruhan event mabuk teh tersebut, sila tinggalkan pesanan pada ruangan comment atau pada shoutbox.

kaedah bayaran akan ditentukan kemudian berdasarkan penyertaan.

Jika anda ingin menyertai event tersebut juga sila tinggalkan mesej di ruangan komen dengan menyertakan nama dan berapa orang yang ingin turut serta.
PENGUMUMAN
ADALAH DIMAKLUMKAN SESI MABUK TEH TEH BERSAMA PARA COLLECTOR 1 MALAYSIA AKAN DITUNDA KE SATU TARIKH BARU YANG AKAN DI UMUMKAN KEMUDIAN. SORRY FOR THE INCONVENIENCE COZ.
EN MAT

Friday, September 17, 2010

1883-1983 The Great Years

Semua gambar ini diambil dari buku 1883-1983 The Great Years. Tidak semua mukasurat di upload ke dalam blog, so yang en mat rasa boleh dibuat rujukan sahaja di upload.


1. Kulit depan harcover , ini bukan red lion , tetapi ini gold lion...

2. Pengangkutan utama/terawal di singa pura-pura (kereta lembu).

3. kiri: logo F & N 1883, gambar kanan atas:- lori pertama yang dibeli oleh F & N pada awal 1900. kanan bawah ; kapalterbang pertama mendarat di pulau singa pura-pura

4. kiri-kilang di singapura , kanan atas- kilang di KL, kanan bawah ; kilang di penang
5. kilang printing
6. iklan terawal soda water
7. test lab -
8. macam-macam ada

9. pun macam macam ada
10. tin sadin coke & soda
11. fanta empat perisa
12. tiga variation jenama air minuman Medal, Bintang & .....
so sebelum banyak sarang labah-labah aka sawang di blog en mat jadi ini sahaja info yg dapat dikongsi bersama.

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

di kesempatan ini en mat ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog en mat.

en mat memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, sekiranya tulisan en mat menyinggung perasaan dan hati pembaca blog.

tahun ini en mat beraya di perlis...

salam aidilfitri

Sunday, September 5, 2010

POSTER - solo trip hunting, Hulu Langat 2008

Poster ni en mat dapat dari solo trip hunting di kedai mamak di pekan batu 14, hulu langat pada tahun 2008. Yang menariknya ianya tertampal berlapis-lapis dan kita tak tahu apa yang ada pada setiap helai di belakangnya. Mari kita tengok siapa yang kena......

1. Poster 1 - poster mini Menangi satria NEO/savvy- fing good fortune.


2. poster 2 - poster talk for free F & N

3. Poster 3 - poster hidup ala coke


4. Poster mega 4- coca cola ceriakan peluang - menangi satria neo

5. poster 5 dan yang terakhir - poster SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dan memandangkan poster yg terakhir adalah poster hari raya dan alang-alang ada beberapa hari je lagi nak Hari Raya so En Mat ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog En Mat.

Disini En Mat ingin merakamkam serangkap pantun:-

KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI,
KALAU ADA SILAP DAN SALAH,
JANGAN DISIMPAN DIDALAM HATI.

MOHON AMPUN BERIBU-RIBU AMPUN...

SELAMAT HARI RAYAAAAAA........................

Sunday, August 29, 2010

fat bottle -kira dah khatam dah

Setelah hampir 20 tahun menunggu dan bersabar, akhirnya impian untuk mendapatkan fat bottle ITALIA 90, terakhir bagi melengkapkan koleksi keseluruhan Fat bottle 285 akhirnya terlerai jua pada hari ini 29/08/2010, di Amcorp Mall, kira lagi 2 hari Malaysia nak menyambut kemerdekaan.

Walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi -more than USD 100 (pengsan collector mat salleh dgr harga brg coke di Malaysia) tetapi kepuasannya melebihi segalanya, kerana cabaran untuk mendapatkan fat bottle italia 1990 ni berliku dan penuh dgn cabaran.

Pernah diherdik dgn Otai kerana fat bottle italia 90 ni (tetapi anggap ianya sebagai proses pembelajaran), dan pernah berada didepan mata (RM500) tetapi disebabkan kurang RM, melepas begitu shj.


dan pada hari ini dengan disaksikan bro nazrin & shan (ayah aiman), maka beralih tuan tangan fat bottle italia 90, dan maka dengan ini boleh dianggap sebagai khatamlah siri fat bottle 285 ml en mat.
Maka kalau ada fat bottle keluaran lain (yang korang ada) tetapi tiada dlm simpanan en mat, maka bolehlah dianggap sebagai FAT BOTTLE BERDARAH.


1. senarai fat bottle dlm simpanan en mat


2. senarai fat bottle east coast dan river valley


dikesempatan ini en mat ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, 'MENJANA TRANFORMASI ' KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAUNGAN.....

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Friday, August 27, 2010

tin coke ramadan tahun yang lepas-lepas

Tahun 2010 belum ada lagi nampaknya tin coke versi ramadhan, tetapi pet bottle 1.5 liter versi ramadan 2010 dah ada. Korang ada nampak ke kat pasaraya/ kedai kat umah hangpa tin coke versi ramadan 2010 or memang tiada production?

Yang nie tahun yang lepas-lepas, combination coke dan Mekdi
free sundae

Monday, August 23, 2010

BOTOL AQUA SG 40

balik dari memburu botol di pahang beberapa bulan yg lepas, muka teman sebenarnya dah kelat, ialah hasil yang dihajati tidak kesampaian, wang ringgit,masa dan tenaga telah diperabiskan .

Tetapi ada hikmahnya, selang beberapa hari balik dari Pahang,korektor tersohor mengSMSkan kepada teman dan mengOFFERkan sebiji botol BOTOL AQUA SG 40 ang memang dinanti-nanti dan dicari-cari selama ini ditawarkan kepada teman dengan harga yang munasabah. YAHOOOOOOooooo.com.my

kiri-botol aqua, trade mark registerd - kanan - botol hijau TRADE MARK


Apalagi, setelah tolak -+x/ RM duit bonus kerja gomen, teman dapati ada belen lagi, apalagi dengan cergas teman drive keta pecut pi ambik terus /COD dari korektor tersebut...nah BOTOL AQUA SG 40, TRADE MARK REGISTERED.

Embossed SG 40.
Ini pun juga hasil dari pembelian mengundur barangan pra-sejarah MALAYA dan ini adalah antara botol terawal coke (coke di kilangkan di Malaya pada tahun 1936) .


p.s - nota- artikel pembelian mengundur /artikel botol trade mark hijau, dikeluarkan kerana telah dipublishkan pada bulan Mei 2010. sorry for the inconvenience coz.

Sunday, August 22, 2010

hayat tak panjang - sempat buat 2 kali penampilan je....pastu berkubur

Pet bottle 1 liter ni sempat buat dua kali penampilan, yang pertama belah kanan harga RM2.40 tahun 2007 dan yang kedua belah kiri tulisan jawi dijual dgn harga RM 2.00 tahun 2008. pastu langsung tak muncul -muncul ...tenggelam dan khabarnya berkubur..

1. pandangan depan
2. pandangan belakang - yang tak bestnye, en mat ada sebijik setiap satu... ayat skema tak de extra.

3. poster 1 liter
4. Banner 6 kaki untuk pet bottle 1 liter
bergandingan bersama- walaupun pet bottle 1 liter keluaran baru tahun 2007-2008 tetapi sejak dihentikan pengeluarannya ada collector yang tercari-cari utk mendapatkannya. Korang ada simpan ke?

Wednesday, August 18, 2010

pecah panggung-penangan tin coke idaman malaya

Dah jadi trend di ebay sekarang ni, kalu seller list je tin coke malaysia mesti harga melambung tak hingat, bidding mencanak-canak naik.

Kedua-dua tin yang sedang di list di ebay sekarang adalah tin pecah panggung, meletup. http://ahkaba.blogspot.com/2008/12/tin-coca-cola.html .

1. tin coke malaysia -ESSO 100 years celebration. harga semasa bidding USD 66.00 x 3.2 = ...... ni lagi 5 hari nak closing , bayangkan kalau tinggal 1-2 jam nak ending bidding... perghhh... pasti harga mencanak-canak naik, tak ingat.

2. Tin coke malaysia - gold can, centennial celebration - 100 years, starting bid USD 60.00. Lagi 5 hari ending bidding- pun sama kes macam tin esso, berapa la agaknya ending bidding gold can nie ya...

3. Apalah nasib tin Netherland olympic games 1992, complete set, ni ya, masih tiada orang bid, COMPLETE SET. bayangkan kalau set ini bertukar menjadi malaysia Olympic games 1992 complete set... mesti meletup-meletup orang bidding.
Untuk pengetahuan ,coke malaysia pun ada mengeluarkan tin olimpik tahun 1992 (12 tin-complete set). Berdasarkan pasaran semasa bagi tin olimpik musim panas 1992 ,keluaran malaysia yang tidak lengkap (hanya ada 10 tin) pun berharga RM 2000.00.
Bayangkan kalau ada seller list set lengkap 12 tin olimpik musim panas 1992 (M) , pastinya RM3.14 start bidding sekarang ni dah mencecah RM 3140.00 ...tak mustahil... dan mungkin lebih lagi pada firasat en mat... kerana dari survey yang dijalankan tin coke malaysia adalah antara tin coke yang menjadi buruan ramai collector diluar negara dan dalam negara.
So, collector di luar sana, tin mana yang korang nak simpan. Fikir-fikir kan lah.
(Pandangan ini adalah pandangan peribadi en mat, tiada kena mengena dengan yang hidup atau dah mati)

Tuesday, August 17, 2010

membeli belah semasa trade fair 08.08.2010

Antara beberapa barangan yang sempat dibeli semasa trade fair dari booth collector, itupun dah petang...

1. Kadbod yang boleh digantung : SELESA DI GENGAMAN MUDAH DI TAWAN - pet botol 500ml.


2. ALWAYS - pet bottle 500 ml- iklan yang juga boleh digantung.

3. Bawa pulang kesegaran sebenar - dengan nilai hebat hari ini. Pet bottle dan tin. Juga iklan ni kena gantung.

4. kadbod saiz mini - hak ini saiz kecil. PEK NILAI HEBAT (6 PACK CAN) - pun kena gantung iklan ni.

5. Kadbod saiz king - hak ini saiz besar punyaaaa... pek nilai hebat - kena gantung juga.

6. last sekali ,Poster Coca cola BRRRRR dari Freddie.
Sebenarnya kelima-lima iklan ini dah lama en mat tak pernah melihatnya sebelum ini, kemungkinan keluaran tahun 90an, terimakasih kepada SAM CANADA kerana mengeluarkan iklan ini dari pertapaannya, mungkin SAM bawa dari Kemaman kot?
Inilah kelebihan Trade fair, kita boleh mendapat barang yang diluar jangkaan dan harga pun dikira harga DURIAN RUNTUH.
Oh ya, malam tadi semasa sesi mabuk teh di TTDI Jaya, terjumpa dengan boss syarikat air minuman ini, dia dah bagi green light untuk join event dia/buat event berasingan pada MEI 2011 untuk coca cola day, hmmm pucuk dicita ulam mendatang... la la la la la