Thursday, September 20, 2012

restoration? ada berani?

dah senget benget cam gini boleh ke or cantik ke kalau buat restoration? Inilah yg bermain di kepala  en mat... or biarkan gantung macam condition asal, tak payah buat apa-apa.
button plastik berukuran sekaki setengah ni en mat dapat dari kilang air minuman tersohor di shah alam.
 
en mat ingat nak pasang besi/bracket keliling plastik yg senget benget tu.. 
 
 

Thursday, September 13, 2012

S.O.S tudung botol kembong

Baru baru ini en mat ada mendapat sebijik dua botol kembong coke 285ml, yg mana plastik di badannya dah koyak rabak, dan tudungnya pulak tah kemana tercabut dari kaplanya.



So minta bantuan kawan kawan collector, Kelab Botologi Malaya, Kelab Basikal, Kelab KEBAL, Kelab KOPITIAM, Kelab Kemaruk Duit Lama, Kelab PML, Kelab ENAMEL dan kelab yang sewaktu dengannya, kalau semasa korang semua pi mengorek barangan dan terjumpa tudung botol  yang jenis cam gini,


yg jenis sebelah kanan tu, sms smses dan emel emel la en mat kamil682000@yahoo.com.  Jangan malu dan jangan segan semua emel dan smses akan dilayan dan jika terjumpa tudung tu, setiap tudung tu akan en mat bayar dengan harga tunai.

Sunday, September 9, 2012

Sign Minum-lah kerepot

Kekok rasanya dah lama tak menaip. Dah ramai kawan-kawan bertanya sejak bolan pose dah sampai hujung syawal, blog tak kemaskini, Apa cerita. Takde barang ke?

Bukan takde barang, sebenornya Musim open house yang buat teman lemah, pekena lemang , ketupat, nasi impit membuatkan teman  lagi lemah dan letih nak kemaskini blog.

Oh ya berbalik bercerita tentang Open House, semalam teman baru balik dari jemputan di Ipoh Station Antique Cafe, di Puchong,  yang menariknya ada pameran Merdeka di dalam kedai... dari 09-16 September, kalau korang lalu kawasan situ singgahlah pekena teh secawan sambil layan barangan Merdeka. Satu lagi korang jangan tanya pasai apa tokei kedai dia buat pameran selepas merdeka dan bukannya sebelum merdeka, korang tanyalah sendiri pada tokei kedai ha ha ha .....

Berkenaan entri ni, pada Jumaat lepas teman sms Sham, Megat & Nasir ajak layan teh kat Restoran Bunga di TTDI sebab dari posa sampai raya rasanya dah lama belum layan teh sekali dan update info botol. Sambil itu sebenarnya en mat pun nak pas barang pada Sham. Ok lah yang datang layan teh cuma Sham & Nasir je, bro megat ada orang datang beraya kat rumah... maaf diterima, jangan kena potong nama sudahlah.. ha ha ha ha . Bro Botol Malaya kau gelak sekali apahal, nama kau pun nak kena potong gak ni...  ha ha ha

.


Gambar atas:-
Korang perasan tak plastik hitam kat atas kerusi tu, itu adalah barang yang nak pas pada Sham dan barang kepunyaan en mat pun ada juga.

Gambar bawah:-
Setelah plastik dibuka, Sign kerepot Minum-lah dari Perak yang En Mat beli buat rujukan. Kalau ikutkan skala 1-10, Adusss takde dalam skala langsung. Muka depan.


Tapi takpelah , dalam tahun kebelakangan ni, berapa kali pernah nampak sign gambor cam gini, ekkk.Muka belakang. Kalau ada rejeki boleh upgrade. Yang kat bawah ni, gambar botol langsung terpadam.


............................................................................................................................................................
Gambor yang terakhir, kat bawah 'utk rujukan sahaja' ni en mat ambil dari Flea Market di PJ, minggu terdahulu dari meja Mr Rani, dan dengor khabornya dah bertukar tangan. Dah SOLD. Tokei jangan mara noooo. Minumlah Coca Cola 'ribbon bawah'.

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Di kesempatan ini En Mat ingin mengucapkan Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin kepada semua pelayar blog En Mat, juga mohon ampun dan maaf jika semasa menulis blog ada yang terkasar bahasa, terkasar kata.

Wassalam 

Sunday, August 12, 2012

Apa yg korang nampak? En mat nampak ayam yg hampir pupus di Malaysia.

Iklan ni dipublish di laman web lelong pada 2 minggu sudah. Ianya nampak seperti iklan yang biasa biasa. Si penjual ingin menjual beberapa set tin coca cola. Pada mulanya en mat pun anggap seller ingin menjual tin biasa-biasa sahaja, tetapi apabila diamati dan dibuat perincian, tin ni nampak lain dari yang lain.


 


Lantas en mat menghubungi seller dan servis pun bertukar tangan. Tin yg sudah di bungkus dan di bawa pulang.



Ya, seperti yg dijangkakan Tin Cap Ayam utk perayaan Gong Xi Fa CAi, Jalan Foss. dan disebelahnya tin Piala Dunia 1994. Pembelian terbaik dgn harga RM 45.00 utk set no 7. Estimated value RM 450.00..Kaching.....

Thursday, August 9, 2012

Nasi Goreng Udang, macam air di lautan

Main barangan kolektibel ni macam air di lautan Kamil 'ada banyak', kalau hang rasa barang yg hang jumpa tu rare, payah nampak, ada satu je, hang tunggu je la, suatu masa akan keluar yg lagi rare, pastu yg kata rare pulak bersepah keluar... kata kata yg keluar dari runner tersohor geng PAIP...

aku menggeleng kepala tidak, mengiya pun tidak dan menggangguk pun tidak... cuma memikior betul atau idak ke cakap otai ni sambil tangan aku mengopek udang yg menimbun atas nasi goreng semasa kami sedang makan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai di area Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh sebelum posa dulu.


Nak jadi cerita, tahun lepas seorang runner tersohor di Selangor menunjukkan kepada en mat 2 kotaks yang membuatkan en mat terliur, tetapi disebabkan en mat ni bukan jenis yg suka berhutang dengan Along ataupun Ceti haram semata-mata utk membeli barangan kolektibel maka air liur masin pun meleleh kat tepi mulut, bak kata cerita Oh My English 'Mouth Watering'.  Dalam hati en mat berkata-kata,  melepas la pulak, barang dah ada depan mata bior pergi begitu sahaja.. entah boleh dapat lagi ke idok...

TETAPI memegang kata-kata runner tersebut main barang Kolektibel macam air di lautan, en mat terus memegang kata-kata tersebut... sehinggalah suatu hari pada bulan Ramadhan yg mulia ini, en mat mendapat panggilan bukan dari Panggilan Hangit tetapi dari seorang runner Retro di Selangor...
Hei En Mat hang buat apa pagi pagi ni? Tidoq lagi ka? Mai datang umah aku, katanya dalam loghat Taiping...

Ok lagi setengan jam aku mai..

Sampai je ke dalam rumah beliau en mat terus terjah ke satu kotak yang en mat pernah nampak suatu masa dahulu..

Alhamdullilah, kalau dah rezeki tak kemana.. kata en mat dalam hati. Eh bro, juai kat aku, barang nih. Eh... hang nak ke, aku ingat esok nak bawa pi Amcorp. Takpelah hang punya pasal, aku juai kat hang RM ..... Setelah deal harga yg kata omputih win win situation.... now Kotak Yo Yo beserta sedozen Yo Yo didalamnya kini menjadi milik en mat.

Excited punya punya pasal en mat baru teringat budget beli yo yo ni sebenarnya nak beli baju melayu kat Wisma Yakin. Nampak gayanya tahun ni pergi sembahyang raya terpaksa pakai t shirt Pagoda dengan kain pelikat la jawabnya...




Oh...berbalik kepada kisah runner tersohor PAIP tadi korang percaya atau tidak 100% terpulang pada diri masing masing samada pernah mengalami situasi air di lautan, renung-renungkanlah dan senyum-senyumlah serta tersengih-sengihlah sorang-sorang.

Oh ....berbalik kepada posting en mat yg terdahulu samada berblog atau... rasanya en mat akan terus berblog kerana NAWAITU natijah permulaan bukannya Nawaitu saumaqhadin diwujudkan blog ni dahulu pada tahun 2009 adalah utk rujukan en mat semata-mata.



Selamat berpuasa

pekena nasi goreng udang berbuka mesti best nih...  cis dah lima enam kali telan air liur masa menaip nih..

Tuesday, August 7, 2012

Blog dah Menopupus

Testing testing

Ada lagi ke orang nak baca blog en mat ni.

Sejak adanya medium FB, Tuit dan ntah apa nama lagi ntah, semuanya begitu mudah, ambil gambar pakai S3, muat turun kat Wall , berdesup komen masuk, LAJU, ialah penggunanya pun dah menjangkau 1 Billion.

Itu belum kira kat FB yg ada macam macam Kelab.... klik gambo share, klik gambo share... kekadang ada jugak gelihati, gambo yg nak share pun PM harga... he he

Mana nak sama cam Blog, dah kira menopupus, satu hari orang surf pun boleh kira dengan jari. Ini yang tengah berfikir fikir .....hmmm  teruskan berblog or .....

Thursday, June 7, 2012

KL Classic & Vintage Family Fair

KL Classic & Vintage Family Fair @ Matic
Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
16 Jun 2012, Hari Sabtu, 09 pagi - 12 malam.
Pameran dan Jualan Barangan Vintage serta Live Band.
Botologi akan berada di SANA, SANA, SANA

Monday, June 4, 2012

Missing Korea crate and bottle.

En mat baru dapat info dari sumber sumber yg boleh dipercayai ada satu lagi, crate dan bottle yg en mat missing, KOREA. So pemburuan belum berhenti lagi.

 Agaknya rupe macam kat atas ke gamaknye...

Tuesday, May 22, 2012

dan yang terakhir no 6 - enjoy coca cola

dan kepada rakan rakan seangkatan yang belum cukup set, selamat memburu. Kot kalau ada version, script atau tulisan lain jom share.


Sunday, May 13, 2012

mini crate 1

en mat pernah publish Malaysia mini crate arab 1 dan chinese 2 sebelum ini, dan kali ini COKE no 3.



Saturday, April 21, 2012

apa yang special

cuba perhatikan betul betul....

mahir super , white rim. spesies terakhir yo yo dari malaya

pernah di bid di eb*y filipina oleh bro nazrin , tetapi kesilapan dari pihak penjual, telah menyebabkan bro nazrin terlepas, yo yo mahir, white rim dari di bawa pulang ke Malaysia.





hari berganti hari, bulan berganti bulan , tahun berganti tahun dimana kami ingatkan takkan dapat la yo yo spesies terakhir ni di bumi malaya. Nak dijadikan cerita tanpa kenal erti kalah dalam misi memburu yo yo spesies terakhir ini akhirnya ia muncul di atas meja penjual pasar pagi di amcorp mall. Disaksikan bro nazrin sendiri. hari tu en mat rasa nak melompat pun ada kerana spesies yo yo terakhir ini dapat dijejaki di bumi malaya.


yahoooooo....

Monday, April 16, 2012

yang biasa nampak dan yang kurang biasa nampak


In appreciation yang jenis cam gini, saiz A4 Portrait biasa nampak... NOS lagik..




Tapi yg jenis cam gini , kurang biasa nampak, saiz A4 , landscape... siapalah B.Maideen Sharif tu ya?





Thursday, April 12, 2012

Minuman rasmi olimpik 1984

Sempena sukan olimpik London yang bakal menjelang tak lama lagi kita kongsi barangan collectible yang pernah digunakan utk promosi pada temasya Olimpik LA 1984.



Beg galas coca cola keluaran tahun 1984 utk sukan olimpik di Los Angeles. En Mat pernah mendapat topi minumlah LA 1984 ni utk di pairkan dengan beg ini. Alangkah bagus kalau beg dan topi dapat di pairkan dengan Pet Bottle malaysia 1984 ...ehem ehem ...





Dapat dari kedai antik, satu kompleks membeli belah yang tidak berapa dikenali di klang, Selangor... en mat baru sekali pi..








Wednesday, April 11, 2012

milik siapakah gadis ini?

Sebenarnya... siapakah gadis ini?

En mat pernah memiliki version melayu bertulisan Minumlah. Tetapi yang ini adalah version kedua yg en mat dapat tetapi bertulisan orang putih. Ianya adalah utk iklan Olimpik Barcelona 1992 keluaran F & N (M).






Terimakasih orang jauh , bro A....

Friday, April 6, 2012

kuala lumpur vintage festival

yok beramai-ramai turun pada 5 may 2012,

kat mana? -MIA art centre, belakang restoran PELITA KLCC.

Botologi Malaya dijangka akan join, KL Vintage Festival dan ambil tapak pada hari tersebut.

For more info, please click FB link below...

Sunday, March 18, 2012

TRADE MARK REGISTERED depan belakang

Yang jenis cam gini pun sama, kalu dapat offer best, hayun satu kali. Dapat bulan Mac 2012.


Tq Puchong.