Monday, July 19, 2010

hey dato chua...nih baca nye apa macam nih...bacanye

Petikan dari Filem Pendekar Bujang Lapok arahan Tan Sri P. Ramlee

ramli : hey sudin..nih baca nye nih apa macam nih..baca nye..
sudin : alif mim nun wau...alif tendang wau..sarkis...daa..

ajis : apa daa sarkis...

ramli : aii..tulis gitu punya panjang, baca nye sikit sarkis?

sudin : itu yg panjang tu bunga saja..yg sikit tu la sarkis..tak reti?

ramli : tulis pakai bunga?

sudin : abis...takkan hutang saje pakai bunga..?
(dialog di atas tiada kena mengena dengan poster - sebab en mat tak faham)



Poster (4) coca cola dan F &N untuk promosi perayaan tahun nov 2000 hingga jan 2001. Siapa tahu , sila angkat tangan dan minta tolong translate...


Ros: Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah-tengah.

Ramli: Matanya ada satu saja ya cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Huruf mambang tanah!"

Kelas: Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha.....

Ros: Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim!

Ramli: Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh?

Kelas: Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha .....

Ros: Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja.

Ajis: Oooo .. dia tak ada mata? Sama sama jin? Ooo .. jin mata buta la cikgu.

Kelas: Mata buta!? Hahhahhahhahahha.....

Ros: Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa... sekarang Cik Sudin pulak .

Sudin: Saya, cikgu.

Ros: Aa.. kenal tak dengan huruf ini?

Sudin: Saya kenal cikgu.

Ros: Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.

Sudin: Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng !

Kelas: Tonceng?! Hahhahhahhahahha .....

Ros: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat.

Pak Abu: Cikgu ...

Ros: Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.

Pak Abu: Yang mana?

Ros: Yang ini ...

Pak Abu: Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M

Ros: Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!

Pak Abu: Huruf Khaaa ?

Sunday, July 18, 2010

POster (3) sukan olimpik sydney 2000

Sukan Olimpik Sydney 2000 - ENJOY THE GAMES

Poster peraduan sukan olimpik tahun 2000 yang berlangsung di Sydney. Karektor atlet Malaysia yang tengah berlari sambil minum air coke Brrrr tu namanya Kenny.

be on your way to sydney, gambar beg sangkut dahi tak boleh tahan tu....

Semasa sukan olimpik sydney 2000 ini berlangsung terdapat 4 jenis tin dikeluarkan di Malaysia iaitu Kenny, Syd , Ollie dan Millie.

Jam tangan elektronik dihadiahkan sebanyak 5000 unit. Sekarang ni kalau nak beli rajin-rajin surf kat mudah.my, ada seller yg masih lagi menjualnya.

t-shirt kenny ni Dato Chua ada banyak.... Dato' nanti jangan lupa bawa sana trade fair 08.08.10 ... Cheap sale lorrrr

handphone samsung pisang (lengkung macam pisang), value yang tinggi, pasal hanya ada 10 unit dikeluarkan dan ada logo olimpik...siapa ada ? sila angkat tangan...

hadiah tempat ke 5 , IBM personal komputer... floppy disc kena pinjam kat spallan kalau nak SAVE AS ... :-)


la ni apa saja poster makin sukar didapati, apa sebabnya...mungkin sebab collector dah ramai kot... yang terbaru poster peraduan world cup 2010... hmmmmm siapa ada xtra.. nak ngecek la nie.

Thursday, July 15, 2010

Poster (2) sukan sea KL 1989, menuju tahap keemasan

Dulu-dulu punya slogan oleh syarikat air minuman bagi menyokong atlet yang nak beraksi ke Sukan Sea 1989 pun bukan main bersemangat MENUJU TAHAP KEEMASAN.

Atlet -atlet yang berjuang pada zaman tu, bersungguh-sunguh nak menang pingat emas dan mengharumkan nama negara. Itu atlet zaman dulu.

Kisah atlet sekarang , bukan nak menang pingat emas ...azam setakat nak pecah rekod kebangsaan je atau memperbaharui rekod sendiri, atau sekadar nak melayakkan diri.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga begitu bersemangat 2 bijik kereta ford laser tx3 dan 2 bijik motosikal RX Z
jam coca cola bersalut emas - siapa lah agaknya ada simpan jam ni lagi

hek eleh jaket ni RM 35.00 je + 7 cap liner ..senang kacang je kalau zaman sekarang... ni tahun 1989... waktu tu Malaysia tengah zaman recession - malaysia kita ni kan setiap 10 tahun sekali mesti recession.. duit susah weh time tu, org ramai takde kerja.

t-shirt ni $ 7.00 je selai
Sweater ni en mat pernah nampak ada satu mamat motor pakai masa tu di hulu langat, 2 tahun lepas. Punya lah kejar bagai nak rak... mamat tu pecut lagi laju, bukan apa , kalau dia berhenti nak minta beli baju sweater dia pakai tu.

Pouch bag $ 3.00 - harga tak masuk akal... zaman tu la.



Tuesday, July 13, 2010

Poster (1) : Japan GT Race Malaysia Round

Kita kalau sebut GT Race je mesti imagine awek litar yang pakai two piece, especially org lelaki macam en mat. Fewwwwiiiitttttt... kata Amy Search


poster japan gt kat sepang - experience the extreme at the 2001 japan gt

lakaran litar lumba sepang

tarikh japan gt race 22-24 june 2001
Nasib baik ada coca cola to cool off

Sepang circuit

Macam ada banyak je poster ni, ada siri-siri pulak. Ya betul... ada beberapa siri lagi poster yang berlainan akan diupload, nantikan Next Change.
Ada banyak ni maksudnya ada banyak jenis bukannya banyak keping poster yang sama, kalu tanya ada extra tak , en mat memang takde extra. Cuba risik-risik dan minta beli kat Otai Megat http://mgtbobber.blogspot.com/ kot dia ada xtra, saya pun dapatkan dari dia juga nie.
Ada juga beberapa poster lain rasanya...belum cuba belum tahu... tuah ayam nampak di kaki, tuah sepanyol nampak di sotong , tuah manusia siapa yang tahu.

Monday, July 12, 2010

nostalgia kalendar coke minumlah 1985

Sewaktu kalendar ni di tampal di kedai dan restoran pada tahun 1985 di seluruh pelusuk malaya, en mat pada waktu nie masih berada di tingkatan 5, tengah bergemulang ambik SPM.

Nak minum coke waktu ni manalah mampu, harganya coke sebotol 80 sen, gaji orang tua baru RM 200-300 sebulan. Belanja sekolah 20 sen itupun kalau ada, kalau takde bawa bekal. Waktu ni kita cuma mampu layan air Sirap Ros Cordial F & N je, itupun masa time Hari Raya.

Tak lama lagi nak puasa kan.. teringat kembali kenangan lalu...


Adapun kalau nak merasa minum coke adalah dirumah orang berada misalnya Ketua Kampung 'Pak Mail', Rumah tokei nasi lemak "Pak Yob" , itupun nasib-nasib , biasanya orang zaman 80 an suka hidang air oren F &N masa time raya. Bercrate-crate buat stok untuk tetamu yg datang menziarah.



zaman sekarang asal pegi tesco ke, giant ke ...anak-anak capai menatang air coke dulu buat stok di peti ais. Betullah zaman dah berubah...

air botol cam gini' yang muncul berwap-wap sejuk kat keliling botoi' kalau time bulan puasa tengok dalam Fridge kat kedai mamak mahu kecur air liur, mahu ada yang berbuka time azan Zohor... air batu hancur , tuang coke dalam gelas ...perghhhh tak ingat.

Sunday, July 11, 2010

Beg Sekolah 'Merah Sangatlah Mak Ngah' KELIP besi

On the way balik dari Pulau Pangkor minggu lepas sempena Family Day yang dianjurkan pejabat teman, tergerak hati en mat untuk menekan minyak dan menghalakan setereng menuju kearah Ipoh.

Walaupun jarak 80 km ke Ipoh agak jauh, dimana kalau teman menuju ke selatan 80 km tu dah boleh sampai ke Hutan Melintang, tetapi hati ini kuat berkata mesti ada barang boleh dapat kat Ipoh.

'Walaupun bukan barang GARANG atau barang KEPALA' setidak-tidaknya barang yang jarang-jarang atau sekali-sekala pernah dilihat, kata hati en mat.
Beg sekolah ini adalah barang yang agak jarang-jarang dilihat dan berada dalam condition yang boleh dikatakan Gred A.
En Mat membeli beg sekolah 'merah sangatlah mak ngah' ini dari seorang runner 'F' di Ipoh, thanks bro. Dalam pada itu sempat juga bertemu dgn bloggers JUNKCOLLECTOR... sori bro tak sempat nak mabuk teh...terimakasih air bungkus haritu, tak sempat nak lepak lama-lama pekena sesi mabuk teh di Ipoh, lain kali kita jumpa.



Friday, July 9, 2010

time tunnel , cameron highlands, malaysia

Salah satu tempat yang mesti dilawati bagi peminat barangan collectible, Time Tunnel C.H, jika ada kelapangan. En mat pun belum ada kesempatan membuat kunjungan ke Time Tunnel.

Memang ada suara-suara skeptikal yang mengatakan ' datang kat sini macam pergi Flea Market Amcorp Mall', itu terpulang pada pandangan peribadi masing-masing.

Gambar di bawah ehsan daripada bro nazrin 'cilok dari FB beliau' yang berkunjung ke sana baru-baru ini. Thanks bro...

1. deretan dulang-dulang aerated especially 7up yang mencairkan jiwa dan raga peminat barangan aerated.


2. susunan cawan kopitiam dan signboard.

3. dulang fn dan sign green spot serta 7 up.


4. berbagai jenis barangan rokok.



5. lampu coca cola, hmmm yang agak menarik..

6. deretan telefon pusing


7. poster wayang..next change

8. sejarah Home Guard

9. bangku gunting rambut old skool


10. kamera lama

11 . tin toys

12 iklan dan kotak rokok old skool


layari laman web rasmi time tunnel untuk panduan kesana..

Apapun world cup nak sampai ke penghujung... Final battle Spain vs Holland. En mat rasa malas nak berjaga pasal si Paul Sotong dah ramal Spain akan menang... tapi rasa bodoh juga kalau kita/manusia mendengar firasat sotong octopus .
.. arghhhh mesti bangun /berjaga jugalah dan layan di kedai mamak's. anda macamana??? sanggup berjaga/berkorban juga tak, untuk 'game of the century', yang hadir 4 tahun sekali nie... tepuk bantal tanya mata...

Wednesday, July 7, 2010

jam

aku paling tak puas hati world cup kali ni, dulu waktu round awal-awal ok juga main jam 10.00 malam. Tetiba bila dah sampai semi final hingga final semua game LIVE jam 02.30 pagi..

tenyeh tenyeh mata tengok jam kat dinding.... jam berapa dah sekarang...

Jam coke inilah peneman setia bagi memastikan kita bangun jam 02.30 pagi nak tengok world cup live.

apa kena mengena gambar lubang di bawah dengan world cup...
jawapan -tiada kena mengena, saja enter frame.
pssstt jangan lupa temujanji kita ... Buy, Sell & Trade 'Coke' 'Soda''Aerated''Ayer Lamned''Ayer Oren' di Amcorp Mall 08-08-2010,
lepas abis world cup kita kempen habis-habisan ajak org mai... la ni tengah mood bola.. sikittttt je lagi ..... bola tu nak habis.

Monday, July 5, 2010

tisu tandas

1. adengan tisu zaman sekarang
en mat: kak !!! tisu ada

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah kaunter, kertas tisu berbucu empat "kertas serviette" dan menghulurkan kepada en mat.

en mat : memegang plastik serviette dalam keadaan selesa lalu menepuk "pommm", 'ohh mak engkau meletop, cashier kedai melatah', maka pecahlah plastik dan en mat pun mengambil sekeping kertas tisu atau serviette tersebut, tanpa rasa bersalah atau ada rasa nak meminta maaf dari cashier kedai disebabkan adengan meletupkan plastik tisu tadi..

moral kepada cashier kedai, kalau nak hulur plastik tisu pastikan telah dibuka plastik tersebut dahulu, untuk mengelakkan dari berlaku letupan kecil-kecilan.


2. adengan tisu tandas zaman dulu-dulu

en mat: kak !!!! tisu ada..

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah meja bekas tisu merah dan tersembul tisu tandas dari lubang di tengah kotak tisu merah tersebut.

en mat : membawa tisu dan kotak perlahan-lahan ke meja makan.... pangggg , bekas tisu terjatuh ke lantai, 'ohh mak engkau meletop', maka tergolek-goleklah tisu tandas sampai ke meja makan, habis setengan roll tisu tu rosak ... maka masam mencuka muka cashier kedai makan.. nasib baik masa bayar dia tak caj harga tisu..

dulu lain sekarang lain.. tapi ... masih ada ke lagi restoran hidang tisu tandas buat lap mulut...


tapi disesetengah tempat dimana urusniaga menggunakan cap jari , masih gunakan tisu tandas utk mengelap tangan...