Monday, July 12, 2010

nostalgia kalendar coke minumlah 1985

Sewaktu kalendar ni di tampal di kedai dan restoran pada tahun 1985 di seluruh pelusuk malaya, en mat pada waktu nie masih berada di tingkatan 5, tengah bergemulang ambik SPM.

Nak minum coke waktu ni manalah mampu, harganya coke sebotol 80 sen, gaji orang tua baru RM 200-300 sebulan. Belanja sekolah 20 sen itupun kalau ada, kalau takde bawa bekal. Waktu ni kita cuma mampu layan air Sirap Ros Cordial F & N je, itupun masa time Hari Raya.

Tak lama lagi nak puasa kan.. teringat kembali kenangan lalu...


Adapun kalau nak merasa minum coke adalah dirumah orang berada misalnya Ketua Kampung 'Pak Mail', Rumah tokei nasi lemak "Pak Yob" , itupun nasib-nasib , biasanya orang zaman 80 an suka hidang air oren F &N masa time raya. Bercrate-crate buat stok untuk tetamu yg datang menziarah.



zaman sekarang asal pegi tesco ke, giant ke ...anak-anak capai menatang air coke dulu buat stok di peti ais. Betullah zaman dah berubah...

air botol cam gini' yang muncul berwap-wap sejuk kat keliling botoi' kalau time bulan puasa tengok dalam Fridge kat kedai mamak mahu kecur air liur, mahu ada yang berbuka time azan Zohor... air batu hancur , tuang coke dalam gelas ...perghhhh tak ingat.

Sunday, July 11, 2010

Beg Sekolah 'Merah Sangatlah Mak Ngah' KELIP besi

On the way balik dari Pulau Pangkor minggu lepas sempena Family Day yang dianjurkan pejabat teman, tergerak hati en mat untuk menekan minyak dan menghalakan setereng menuju kearah Ipoh.

Walaupun jarak 80 km ke Ipoh agak jauh, dimana kalau teman menuju ke selatan 80 km tu dah boleh sampai ke Hutan Melintang, tetapi hati ini kuat berkata mesti ada barang boleh dapat kat Ipoh.

'Walaupun bukan barang GARANG atau barang KEPALA' setidak-tidaknya barang yang jarang-jarang atau sekali-sekala pernah dilihat, kata hati en mat.
Beg sekolah ini adalah barang yang agak jarang-jarang dilihat dan berada dalam condition yang boleh dikatakan Gred A.
En Mat membeli beg sekolah 'merah sangatlah mak ngah' ini dari seorang runner 'F' di Ipoh, thanks bro. Dalam pada itu sempat juga bertemu dgn bloggers JUNKCOLLECTOR... sori bro tak sempat nak mabuk teh...terimakasih air bungkus haritu, tak sempat nak lepak lama-lama pekena sesi mabuk teh di Ipoh, lain kali kita jumpa.



Friday, July 9, 2010

time tunnel , cameron highlands, malaysia

Salah satu tempat yang mesti dilawati bagi peminat barangan collectible, Time Tunnel C.H, jika ada kelapangan. En mat pun belum ada kesempatan membuat kunjungan ke Time Tunnel.

Memang ada suara-suara skeptikal yang mengatakan ' datang kat sini macam pergi Flea Market Amcorp Mall', itu terpulang pada pandangan peribadi masing-masing.

Gambar di bawah ehsan daripada bro nazrin 'cilok dari FB beliau' yang berkunjung ke sana baru-baru ini. Thanks bro...

1. deretan dulang-dulang aerated especially 7up yang mencairkan jiwa dan raga peminat barangan aerated.


2. susunan cawan kopitiam dan signboard.

3. dulang fn dan sign green spot serta 7 up.


4. berbagai jenis barangan rokok.



5. lampu coca cola, hmmm yang agak menarik..

6. deretan telefon pusing


7. poster wayang..next change

8. sejarah Home Guard

9. bangku gunting rambut old skool


10. kamera lama

11 . tin toys

12 iklan dan kotak rokok old skool


layari laman web rasmi time tunnel untuk panduan kesana..

Apapun world cup nak sampai ke penghujung... Final battle Spain vs Holland. En mat rasa malas nak berjaga pasal si Paul Sotong dah ramal Spain akan menang... tapi rasa bodoh juga kalau kita/manusia mendengar firasat sotong octopus .
.. arghhhh mesti bangun /berjaga jugalah dan layan di kedai mamak's. anda macamana??? sanggup berjaga/berkorban juga tak, untuk 'game of the century', yang hadir 4 tahun sekali nie... tepuk bantal tanya mata...

Wednesday, July 7, 2010

jam

aku paling tak puas hati world cup kali ni, dulu waktu round awal-awal ok juga main jam 10.00 malam. Tetiba bila dah sampai semi final hingga final semua game LIVE jam 02.30 pagi..

tenyeh tenyeh mata tengok jam kat dinding.... jam berapa dah sekarang...

Jam coke inilah peneman setia bagi memastikan kita bangun jam 02.30 pagi nak tengok world cup live.

apa kena mengena gambar lubang di bawah dengan world cup...
jawapan -tiada kena mengena, saja enter frame.
pssstt jangan lupa temujanji kita ... Buy, Sell & Trade 'Coke' 'Soda''Aerated''Ayer Lamned''Ayer Oren' di Amcorp Mall 08-08-2010,
lepas abis world cup kita kempen habis-habisan ajak org mai... la ni tengah mood bola.. sikittttt je lagi ..... bola tu nak habis.

Monday, July 5, 2010

tisu tandas

1. adengan tisu zaman sekarang
en mat: kak !!! tisu ada

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah kaunter, kertas tisu berbucu empat "kertas serviette" dan menghulurkan kepada en mat.

en mat : memegang plastik serviette dalam keadaan selesa lalu menepuk "pommm", 'ohh mak engkau meletop, cashier kedai melatah', maka pecahlah plastik dan en mat pun mengambil sekeping kertas tisu atau serviette tersebut, tanpa rasa bersalah atau ada rasa nak meminta maaf dari cashier kedai disebabkan adengan meletupkan plastik tisu tadi..

moral kepada cashier kedai, kalau nak hulur plastik tisu pastikan telah dibuka plastik tersebut dahulu, untuk mengelakkan dari berlaku letupan kecil-kecilan.


2. adengan tisu tandas zaman dulu-dulu

en mat: kak !!!! tisu ada..

cashier kedai : dengan muka tak senyum dan berpaling, lalu mengeluarkan dari bawah meja bekas tisu merah dan tersembul tisu tandas dari lubang di tengah kotak tisu merah tersebut.

en mat : membawa tisu dan kotak perlahan-lahan ke meja makan.... pangggg , bekas tisu terjatuh ke lantai, 'ohh mak engkau meletop', maka tergolek-goleklah tisu tandas sampai ke meja makan, habis setengan roll tisu tu rosak ... maka masam mencuka muka cashier kedai makan.. nasib baik masa bayar dia tak caj harga tisu..

dulu lain sekarang lain.. tapi ... masih ada ke lagi restoran hidang tisu tandas buat lap mulut...


tapi disesetengah tempat dimana urusniaga menggunakan cap jari , masih gunakan tisu tandas utk mengelap tangan...

Friday, July 2, 2010

sijil penghargaan

1. Sijil In Appreciation Style LANDSCAPE ni dikeluarkan antara tahun 1988 hingga 1998 tetapi tahun yang tepat tak dapat di pastikan.




Curtis A. Ferguson is President of the North and West Africa Business Unit.
Mr. Ferguson began his career with Coca-Cola USA in Atlanta, Georgia in 1983. He was transferred to The Coca-Cola Export Corporation in 1988, and has held a variety of management and Board positions in subsidiaries of The Coca-Cola Company in Thailand, Indonesia, Singapore, Malaysia, Cambodia, Nepal, Sri Lanka,Vietnam, Morocco and Egypt.
In January 1998, Mr. Ferguson was appointed Senior Region Manager for Egypt.
http://www.thecoca-colacompany.com/ourcompany/bios/bio_73.html




2. Jenis yang kedua saiz A 4.




time world cup nak masuk qtr final ni, sindrom malas nak posting nampaknya merebak di kebanyakan blog... termasuklah diri sendiri.. apapun favourite team en mat berda di qtr final.. macamana dgn pilihan favourite team tuan-tuan..

minggu ni en mat bercuti rehat di Pulau Pangkor....

tengok world cup di tepi pantai sambil menghirup udara segar... arghhhhhh

Monday, June 28, 2010

poster botol coke isi 285ml

ada 2 jenis yang diketahui, kat luar sana kalau ada pattern/variation lain wallahualam.

1. Yang nie poster saiz besar, gantung kat kedai kopi. Button PASTINYA terletak di tengah dan tertera INILAH MASANYA. Perhatikan perbandingan saiz dgn CD di sebelah kiri gambar.


2. yang ini poster mini saiz poskad ' tiada dalam simpanan/koleksi en mat', perbezaan pada bhg tengan COKE INILAH MASANYA dan button PASTINYA beralih ke sebelah kanan.

Dalam mengumpul barangan kolektibel tak semestinya apa yang orang lain ada kita kena ada, cucuk kad ATM tengok baki berapa ada.
world cup nak masuk round 3, posting pun semakin lemah, mata pun semakin kuyu, terlalu kerap berjaga . Benda yang paling best pada waktu ini adalah BANTAL.. bukan coca cola, bukan world cup...

Thursday, June 24, 2010

pergi tengok world cup naik bas???

apa??? hadiah utama pergi tengok world cup di Afrika Selatan naik bas.. bila nak sampai??? lepas habis final pun belum tentu sampainya ??? apa cerita nie???

sebenarnya ini adalah giant poster dari peraduan world cup 2002. buat suspen je. hadiah utama adalah pakej percutian ke club med cherating pahang, penginapan 3 hari 2 malam dan tiket bas untuk 2 orang.


ingatkan hadiah utama pergi afrika selatan naik bas... demam nak menyampaikan ke afrika selatan...

6 pack 2002, ada 2 versi keluaran tahun 2002: gambar bawah six pack regular can.


gambar bawah : six pack versi GOLD CAN
yang nie tin gold can 2002, siapa nak beli pergi MUDAH .MY
sticker dan regular can 2002.

stok layan world cup

3 karton six pack utk layan world cup selama sebulan vanilla, diet & regular. Lepas habis world cup kena check kandungan gula dalam darah.. ada lebih gula atau kurang gula.

six pack ni beli sebelum world cup start. kalau ikut blog spallan yang versi baru ada jadual perlawanan, yang ini tiada jadual perlawanan.

six pack pun ada variation, ingatkan botol je ada variation. apa punya marketing strategi diorang pakai da... apa pun pasni kena beli yang ada jadual, sambil tu belek tab, kot kot tulis " anda menang 2 tiket ke FIFA World Cup 2010."
Kalau En Mat menang tiket, ada siapa nak ikut tak Final Argentina vs Brazil?? cehhhh konfiden je......

Tuesday, June 22, 2010

CHUP

Chup ni popular zaman en mat kanak-kanak masa main polis sentri, kalau orang yang lengit kejar kita dan kita nak berhenti rehat sebut CHUP...

ada lagi ke bebudak main polis sentri sekarang nie dgn melambak game PS, xbox dan entah apanama lagi.. .

1. Chup hanging sign
2. CHUP plastik poster


3. CHUP t shirt



Add Image

Sunday, June 20, 2010

Eat Football, Sleep Footbal, Drink Coca Cola

Promo/tagline Eat Football, Sleep Footbal, Drink Coca Cola ini digunakan pada tahun 1997 semasa pertandingan bolasepak Piala Dunia Remaja 'Malaysia 97 IX FIFA/Coca Cola World Youth Championship' yang berlangsung di Malaysia.

i) Tulisan promo dari belakang windbreaker dan dari kulit album CD kumpulan OAG.


ii) Windbreaker coca cola - masih lagi digunakan semasa menonton world cup 2010 di kedai mamak 'kalau game 2.30 pagi -ada penutup kepala mengelakkan kepala dari kena embun.'


iii) CD lagu dari album OAG penyanyinya Radhi OAG



iii) jersi keluaran Adidas pada tahun yang sama - tak pasti samada ada peraduan ke tidak pada waktu ini... siapa ada info????



iv) tin minuman coca cola pada tahun 1997


mood world cup kan, so posting pun ada kenen kenen pasal bola la jugak .