Thursday, May 6, 2010

dah masuk rumah dan ada yang dah masuk kotak

Pinjam lagi tagline spallan - dah masuk rumah bebarang souvenir trophy tour nie dan yang mana hak kecik-kecik dah ada pun yang masuk kotak

maaf sebab lambat posting trophy tour punya cerita, tapi takpe world cup belum start pun kira belum basi la ini cerita.

1. Nak masuk dalam kena la pakai pas kuli..


2. Kalau takde pas kuli, kena la beratur beli tiket 'ini mint condition punya tiket belum koyak punya'



3. Kalau ada tiket kena pakai tag nie kat tangan, 'kalau crew gantung pas kat leher '

ini tag mint condition belum guna ..'en mat paw ah moi kat booth' lepas selesai program. ini je yang dapat, missing lagi beberapa keping, bro nazrin dapat tag ni complete, camana dia ayat amoi tu aku pun tak tahu... cair la kau sharifah 'kekasih gelap dalam buku muka-FB'.


4. Ini jersey adidas pakai masa jaga booth - jersey kuli . Kalau nak beli ada jual kat mudah RM 100, siapa punya tokey yg jual jersey nie, en mat tak tahu.

5. Ini t-shirt ada berbagai negara dapat rembat dua helai je... sehelai sedekah kat bro mgt, dapat pahala, lepas ni kalau bro mgt korek barang dapat botol coca cola - coca cola 290ml, dia sedekah pulak botol tu kat aku sebiji kalau ada xtra. Amin....

6. Trompet nie dia punya bunyi sangat kuat gila. beratur beli air coke kat booth dapat benda ni, kekadang kat mudah ada mamat jual benda ni.. mamat tu duduk kat the mines kot
7. Lepas habis kerja , Kuli cabut bunting bawak balik rumah , kalau gantung dari siling rumah cecah lantai , tinggi beb. takde xtra.
en mat dah tanya Freddie dia pun takde xtra, korang cuba tanya dato chua pulak, dia baik dengan orang coca-cola, dengan khabar dia dah minta kerja kat coca cola bottling (M) kat bandar enstek. booth utk collector nie pun dia punya deal.
anak pompuan en mat yang selalu enter frame, juga untuk menggambarkan berapa besar poster itu.

bunting gambar botol coca cola - jangan call tengah malam tanya bunting ada xtra ke tak, yang ni pun takde xtra.

Terimakasih untuk semua yang terlibat pada sebelum, semasa dan selepas trophy tour tersebut.
Untuk coverage world cup trophy tour sepenuhnya korang surf la blog spallan kat bawah nie 'kredit utk spallan'. Dia cover dari beratur mula nak beli tiket sampai beratur nak ambil gambar dengan piala dunia sebenar.Layannnnn

Wednesday, May 5, 2010

start gear satu dan pemburuan pun bermula

ahhh turun amcorp dan punch card tiap tiap minggu hasil pun tarak, balik kosong. Member collector tanya apa dapat... En Mat bagitau , tak dapat apa barang pun ... kalau ada barang pun harga melambung tak ingat. Ada ka patut coca cola Fat Bottle Italia 1990 ada seller nak jual siap buat frame dan letak kapas RM 500.00 sebijik...cilakak cekik darah betui, hilang akal baligh la kalau aku beli..

untuk pengetahuan, en Mat pernah ada xtra coke fat bottle olimpik musim panas 1988, jual kat collector harga kroni tak lebih pun RM 80.00.

so hujung minggu nie en mat rasa nak turun arah selatan tanah melayu dan lokasi pemburuan telah di petakan , annual leave pun dah apply , mana tahu boleh dapat hasil lumayan, sasaran telah diletakkan , kena ke tidak, nombor 2, yang penting kita ada matlamat.

apa kena mengena gambar atas dgn cerita nie, iklan cawan plastik nie dapat dari pusat pelupusan vending machine di area puchong.

En Mat dan dato chua telah melawat ke tapak pelupusan tersebut dan brader di tempat tersebut telah bermurah hati membuka vending mesin tersebut dan menarik keluar iklan plastik dari dalam mesin vending yg hendak dilupuskan . FREE... x payah bayar sesenpun or RM 500.00.

Itu lah pasal en mat nak pergi korek barang, puashati...

so adakah en mat akan ke selatan menaiki Lamborghini Gallardo seperti di dalam gambar ini atau..

menaiki Lamborghini Countach yang pintu terangkat ke atas jika mahu membuka pintu... he he he belum mampu rasanya... ini gambar di bilik pameran lambo di SS 15, minat anak lelaki en mat kepada jenama High End.

Tuesday, May 4, 2010

Iklan Coke dalam Readers Digest Malaysia siri II

Dalam dok cari iklan coke dalam readers digest Malaya & Malaysia terselit pulak iklan F & N Ice Cold dalam iklan di Readers Digest April 1971.

Iklan F & N dalam Readers Digest untuk pasaran malaysia adalah amat kurang sepanjang ekskavasi buku Readers Digest dari tahun 1952 hingga tahun 1979 di sebuah kedai buku second hand di area KL .

1) August 1969
2) June 1969


3) January 1970
4) March 1970


5) September 1970


6 ) April 1971

7) January 1974


Jika dilihat dari trend pengiklanan coke dalam readers digest malaya & malaysia , pada tahun 1950 an, kempen pengiklanan coke dilihat amat agresif tetapi dilihat semakin menurun pada tahun 1970 an.
Menjelang tahun 1971 yang ada hanyalah iklan F & N dan pada January 1974 muncul pula satu sahaja iklan coke. Selepas tahun 1974 hinga 1979 en mat tiada berjumpa lagi dgn iklan coke, berkemungkinan mereka telah menjumpai Medium baru pengiklanan seperti akhbar dan televisyen yang mempunyai audience dan skop yang lebih luas serta tidak terikat kepada segmented market pembaca readers digest sahaja. Wallah hualam.

Sunday, May 2, 2010

ku lihat hijau - botol TRADE MARK

1. bai-bait senikata dari penyanyi tersohor zainal abidin - botol hijau ni baru dapat minggu lepas dari pengumpul coca cola dan aerated terbilang. beliau mohon agar nama beliau tidak di publishkan atas sebab sebab keselamatan beliau, keluarga beliau dan awek beliau . tinggi juga harganya..ada gak dekat 10 % gaji bulanan en mat.

botol TRADE MARK pendek hijau ni, menurut lagenda nya pernah digunakan di Tanah Melayu suatu masa dahulu pada awal tahun 50 an.

misteri dan kenapa hayat penggunaannya amat pendek tidaklah diketahui tetapi pada firasat en mat, adakah kerana;





i- botol kaca yang berwarna hijau menghalang pengguna melihat warna air dalam botol tersebut dan tidak membuat pengguna STIM untuk membeli air tersebut berbanding sekarang dimana semuanya SEE THRU.


perkataan TRADE


ii - penemuan kaca berwarna putih telah menyebabkan botol hijau dilupuskan dan diganti dengan botol pendek putih dan botol pendek putih digunakan agak lama juga iaitu hampir 15 tahun sebelum digantikan dengan botol 290 ml.


perkataan MARK


tanda 21

tanda 51

Mengikut cerita dari otai megat beliau mendapat botol TRADE MARK hijau ini di negeri Terengganu manakan En Freddie mendapatnya dari sebuah pekan kecil di Kulim Kedah.
Azam en mat lepas nie keluar berburu pulak untuk botol TRADE MARK botol pendek putih pula, katanya ada dilihat kelibat botol tersebut di negara seberang atau anda ada info kat mana botol nie pernah keluar dari tanah di Malaya ..jom share info.
asal usul warna pada botol
Glass Color - How does it occur?

In general, with lesser amounts of iron or less oxidation of that iron, shades of bluish to greenish aqua are achieved. With higher amounts of iron or higher oxidation of the iron, darker greens will usually occur (Toulouse 1969a; Jones & Sullivan 1989).

Wednesday, April 28, 2010

iklan coke dalam readers digest malaya & malaysia siri i

MALAYA

1. Buku readers digest Malaya Februari 1951. Waktu tu harga Rm 1.00. Besor harga singgit pada waktu tu, harga sebelum merdeka. Iklan botol coke putih pendek 'Entertain Your Thirst'.





2. Buku readers digest Malaya february 1952, setahun lepas feb 1951. Coca cola and good food just naturally go together. iklan pada tahun 52 masih lagi menggunakan botol putih pendek utk pasaran iklan mereka.


MALAYSIA

3. Buku Readers Digest August 1967 Malaysia harga RM 1.20. Waktu zaman peralihan ni, iklan dah mula menggunakan botol no2 coca cola trade mark registerd emboss.

menggunakan tag line things go better with big big coke, kalau melayunya bunyi cam gini semuanya bertambah segar bersama coca cola besar yang menyegarkan.


- dalam buku nie juga terselit dua jenis iklan yang sama tetapi muka surat yang berlainan untuk iklan Pepsi Cola , strategi pemasaran pada masa itu.


4. buku readers digest may 1969 RM 1.20 - waktu malaysia tengah bergolak.


5. buku readers digest may 1970, malaysia , harga pada waktu ni pun dah berubah RM 1.50.



Inilah sahaja buat sementara waktu beberapa buah buku readers digest old skool yang pernah dijual kat Malaya dan Malaysia yang ada dalam tangan en mat yang mempunyai iklan coca cola untuk dibuat rujukan.

Kekadang ada orang cakap sampai buku pun mesti baca buku coca cola, minum pun mesti air cca cola dan kalau membaca macam buku lain tak boleh baca dah, fanatik betullah kat coca cola.
Kat sini che mat nak menjawablah siapa yg kata cam tu. buku lain pun ada baca juga - ini sebahagian buku che mat menjadi teman , khatam idak lagi, tapi dok asyik ulang je buku nie ,pasai tak mau kasi karat otak ni. Psikologi, sociology, marketing.......



sambung lagi baca buku.... Statistik, corp comm, global comm dan sebagai anak melayu malaysia buku nie wajib korang suma baca Perlembagaan Persekutuan...



Selain dari buku readers digest dan buku karya yg maha berat tajuknya, che mat baca dan beli juga buku melayu Warisan Warkah Melayu . gambaran dan fakta bagaimana sultan dan pembesar dulu dulu mengarang surat kepada penjajah & 'vice versa'.



selain daripada itu buku karangan ilmiah yang ringan-ringan pun baca gak spt seni bina rumah melayu, identiti etnik melayu, orang jawa di selangor, P Y H... he he he