Monday, April 5, 2010

maka pemburuan pun bermula

coke (m) coin can world cup 2010

seperti hari-hari biasa , pada sebelah petang, lepas balik dari kerja, saya akan log in ke dalam facebook, tiba-tiba semalam terpandang ...alamak coin can world cup. Dengan pantas calling Mr Freddie 'pasal dia attach gambar coin can nie kat dalam wall Fb dia'. bro ..apa cerita , mana dapat coin can nie...

katanya dia dapat pada hari minggu semasa ada promosi di tingkat 3 'exb hall' di mid valley dan exb tu telah tamat. adussss.... melepas. tapi takpe mulai saat nie pemburuan coin can pun bermula. Kalau korang ada info mana boleh dapat atau ada promosi berkaitan coin can ni, boleh la hebahkan disini ya...

Tuesday, March 30, 2010

kalau ada duit semua boleh jadi

korang suma mesti penah dengar perumpamaan ni kan. pada aku lain pulak perumpamaannya " kalau ada duit , semua boleh jadi berani". he he he tambah BERANI je kat hujung. Maksudnya , ada duit berani la bidding kat ebay, takde duit tak berani la bidding ...he he he mouth watering je.

Alkisahnya kat ebay pada hujung bulan Mac 2010, tin idaman kalbu seluruh Malaya (tin coke PATA 1986) telah di listkan di ebay. (Antara tin yang tiada dalam koleksi En Mat). Maka segenap pelusuk kampung telah diwar-warkan, kentung telah dibunyikan, nobat telah dimainkan , kompang bertalu-talu dipukul dan kadam kadam diraja pun memaklumkannya ke seluruh pelusuk kampung . Tajuk beritanya " very rare selamat datang coca cola can malaysia 1986".


reganya ...usah cerita le... murah sikit dari harga seekor lembu tetapi mahal sedikit dari harga seeekor kambing , kalu nak bidding starting US 125 bersamaan RM 415.00 tetapi kalau ADA BERANI Buy It Now RM 663.97 serba satu hangus (pinjam statement mat siddin -eis antique) tu belum campur bayaran posnya US 15.00.





nak dijadikan cerita selang beberapa hari setelah berita ini tersiar, Tajuk Berita terkini " tin coke Pata 1986 telah disambar" , maksudnya ada kutu telah berani Buy It Now, lebih RM 700 selepas dicampur postage.... dan gerangannya adalah collector dari utara tanahair... tahniah bro.

Pada aku Alhamdullilah , sebijik lagi tin malaysia dapat di bawa balik ke tanahair, tak kiralah siapa yg bawa balik janji ianya berada di malaysia.

Ni, apa kaitannya gambar "rare coca cola diamond can 16 ounce 1960's" dgn tin coca cola malaysia. Bukan apa, saja aku nak kaitkan dgn tin coca cola yg tgh listing di tin coca cola USA tahun 60 an, harganya hampir mencecah RM 3000.00 utk satu tin coca cola... macam tak masuk akal.


tapi inilah hakikatnya, tin coke US 60 an bernilai RM 3000 - so usianya 50 tahun , bayangkan tin PATA 86 malaysia baru berusia 24 tahun dan bernilai RM 700 , korang bayangkan berapa peningkatan harganya pada masa akan datang...so fikir fikirkanlah dari sekarang... apa barang yg patut dibuat koleksi. Tepuk dada tanya poket kata otai otai sekelian...
Wassalam

Saturday, March 6, 2010

tanda lekukan pada badan botol

Sebelum tu... saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua bloggers bukan sahaja dari Perlis hingga ke Sabah tetapi juga dari Canada, Brunei, Singapura dan kawasan yang sama waktu dengannya. Apa sebabnya biar saya sendiri sorang yang tahu dah le....

En3 pertama seeeeeelepas bertapa adalah lekukan pada badan botol...en3 ni dah lama di add kat dalam blog cuma tunggu masa nak insert tapi disebabkan masalah teknikal ianya dibiarkan tergantung...

Tanda lekukan pada badan botol

Lekukan pada badan botol dibuat, adalah supaya apabila botol berputar di conveyor , ianya akan dikunci/dipegang pada bawah botol bagi memastikan botol dalam keadaan stabil semasa proses pengisian air.

Bagi botol no 1 dan terawal ianya adalah berbentuk bulat di bawah bontot botol dan saya ada satu sahaja botol ni...di tepi dan kiri kanan botol tiada lekukan.


manakala bagi botol no 2, lekukan pada bawah botol berbeza dari botol no 1 dimana ianya seperti keadaan longkang, memanjang terus dari dalam botol ke luar botol.




manakala bagi botol keluaran seterusnya (cina pendek) kaedah lekukan bulat pada lubang tepi telah diperkenalkan.


dan seterusnya pada fasa terakhir dimana botol berlabel merah dikeluarkan, lekukan pada badan botol adalah segiempat dan seterusnya hinggalah ke akhir hayat botol tesebut.


dan ini adalah keadaan dimana, pada asalnya bentuk lekukan adalah bulat, tetapi telah pecah dan saya syaki botol tersebut telah termasuk ke dalam mesin yang menggunakan kunci petak . Moral of the story ...kalau tak bole masuk jangan nak Rodok je...tengok apa dah jadi...


Wednesday, March 3, 2010

tudung botol bukannnya tudung saji


Koleksi tudung botol coca cola malaysia terdapat berbagai variasi dan alamat. Antara variasi yang ketara adalah silver cap (tudung berwarna perak ) dan tudung merah.

Bagi silver cap terdapat dua variasi ketara iaitu perkataan coca cola yang dicetak (untuk pasaran malaysia) dan ada yang dicetak coca cola coke (untuk pasaran singapura).

1. 95 jalan yew, off jln sg besi, kuala lumpur






2. coca cola coke - jalan foss, kuala lumpur - utk market s'pore 'jln ahmad ibrahim'.

Bagi tudung berwarna merah terdapat 3 perbezaan (setakat yg En Kamil ada) iaitu perbezaan pada bahagian atas tudung tersebut - 1) tudung merah biasa , yg berbeza cuma lamat kilang jalan yew & bukit belimbing, 2 & 3 ) tudung bola terdapat 2 jenis . Bagi tudung yang dicetak bagi special occasion atau commemorative series seperti tudung bola fifa 97 dimana tudungnya masih lagi mint condition iaitu tidak lagi dibuka , ianya dikategorikan sebagai barangan berharga (susah nak dapat-ayat RARE sensitip) dan nilainya agak tinggi di pasaran (tapi bukan yang punch balik ye- kurang bernilai).
ALAMAT
i) tudung merah - alamat 95 jalan yew, kuala lumpur

ii) tudung merah - alamat no 1, jalan bukit belimbing , shah alam.


perbezaan tudung
i) bola putih coca cola



ii) bola merah putih coca cola



iii) tudung merah biasa


apa!!! korang ada jumpa tudung botol malaysia design lain, variation lain, jom share ..

Sunday, February 28, 2010

opener oh opener

Senang buat rujukan, bukan apa kalau orang tanya , kau dah ada opener nie, aku mana nak ingat. banyak lagi benda nak kena ingat... so dengan adanya rujukan senang la buka laptop or handphone, search blog ..utk rujukan.


1. opener dawai A











2. opener B


3. opener C - flat


4. opener D - terjungkit sikit

Yg membezakan opener C & D adalah jarak coca cola dari lubang ke tulisan coca cola berbeza dan di bhg hadapan ada yg flat dan ada yg terjungkit (dah pesen dia nak buat camna). Korang jangan tanya aku kot aku katok ke opener D tu. Utk pengetahuan aku dapat pun lagu tu'terjungkit', tak katuk aihh..

Friday, February 26, 2010

angan-angan 'raja emma'

Sana ada botol coca cola emboss putih, dalam itu gerobok lama, kata S.....h pada aku, sambil beliau melayan pelanggan di kedainya , kalau mau 6 biji lebih kurang pun ada, SG 40 saya ingat ada dua biji...lain tulisan saya tak ingat. Tanpa berlengah aku pun bergegas memasuki kedai buruk di pekan lama tersebut tanpa memperdulikan orang di sekeliling.
Tanpa disedari tangan aku laju mengalihkan barangan buruk di dalam kedai lama itu (barang buruk pada firasat aku le..mungkin pada orang lain dipanggil STRIKE). Ahh kata dalam hatiku SG 40 punya pasal, mandi peluh aku dibuatnya kerana terpaksa mengalihkan barangan lain yang telah menghempap botol-botol tersebut.


antara botol-botol yg mempunyai tanda berlainan yg aku dpt dari gerobok kedai ...58-61 & MSG

Ada satu ketika aku terpaksa mengeluarkan handphone aku yg mempunyai Lampu Suluh bagi menerangi kegelapan gerobok buruk tu, mana la tau tengah baik punya selak terpacul pulak benda yg tak diminta. Setelah confirm line clear, aku pun teruskan projek ke fasa seterusnya. Lama setelah aku mengalihkan pinggan ayan, periuk belanga lama dan sampah sarap yang lainnya, lama kelamaan kelibat muncung botol pendek timbul kelihatan dan satu persatu menjelmakan dirinya.


Ini lah agaknya benda alah yang dikatakan oleh S...h tadi ,kata aku dalam hati. Setelah satu persatu aku keluarkan botol tersebut dari celah timbunan sampah sarap , maka betullah kata pekedai tersebut ada 6 botol kesemuanya..dan ada dua bijik SG 40. Arghh kata aku... agaknya bila la boleh nak cukup satu crate SG40 ni ,


untuk makluman - bro nazrin telah melengkapkan satu crate SG 40 hu hu hu.

Oiii kawan, jeritnya ....apa pulak kata aku ...apek ni menjerit...Lu mau signboard ka? Nanti saya panjat aaaaa... ini sudah lama duduk atas sana, tapi ada banyak karat loooo... saya ingat cantik kalu bikin reference.....Kalau sign biasa saya tak mau tauke.. u mesti mau punya la, katanya pada aku...macam tau -tau pulak aku main barang apa.... Ada ke serupa macam yg pernah aku ade...suspen, suspen, suspen macam betapa suspennya bro BG79 nak mendapatkan botol pendek biru dan hijau SG 40..

dulu aku pernah ada sign nie...tapi dah trade

Setelah diperkenankan oleh duli yang maha mulia dan dipersetujui oleh penyimpan mohor besar raja-raja maka dipersembahkan kepada aku sign board nie....karat gila ...dah terdedah sejak tahun 60an..usia nak dekat 40 tahun bisik hati aku..hampir sebaya dgn aku...


terkesipan aku... waaaa tauke...saya dulu pernah ada ini macam sebijik punya sign loooo...tapi saya punya ada colour lagi...tanpa berfikir panjang aku pun cakap, saya ambik la tauke....ye la..sikalang mana mau dapat, suma olang jumpa saya tanya signboard, signboard...nanti kalu saya cakap pigi Ipoh la bikin...nanti suma olang malah sama saya... (statement ni takde kena mengena dengan yang hidup maupun yg sudah mati)


dan kesudahan ceritanya...


setelah membayar hampir RM 4**.00 kepada tauke kedai antik namanya Si Teh maka beliau pun menyuruh anaknya membungkus botol dan sign tersebut. Kawan nanti kalau ada barang baik lagi saya reserve utk u aaaa... katanya. Ye la kata aku dan aku pun terus meninggalkan Bangunan Amcorp Mall di Petaling Jaya utk pulang ke rumah di Subang Jaya. Itulah projek aku minggu lepas di kedai antik Teh Di PJ.

Wednesday, February 10, 2010

kalendar coke malaysia 1979

al kisahnya kalendar 1979 ni aku pernah ternampak ada di rumah seorang kaki korek di area puchong 4 tahun lepas, so disebabkan waktu aku tak cukup SEN maka barang tu lepaslah pada orang lain...kira kes melepas la ni...



nak ditakdirkan bertemu jodoh akhirnya...bulan lepas Fitri maklumkan pada aku pada sesi sidang mabuk teh di Putra Height, katanya...bro, aku ada nampak kalendar coke 1979 malaysia, di pasar karat ipoh hari tu... ada satu mamat jual... apalagi dgn cargas aku contact runner kat Ipoh, si azhar.... so azhar berjanji akan cuba mendapatkan dari seller yg berkenaan, itupun kalu orang belum beli...

so tunggu punya tunggu, azhar sms aku bgtau kalendar ada lagi...dan dgn harga yg dipersetujui RM 1** lebih dan dgn bantuan si azhar dapatlah aku bawa kalendar ni bersemayam dan bertuankan orang baru di Putra Height.

walaupun membayar dgn harga yg tinggi utk sekeping kalendar kertas berusia 31 tahun aku berasa puashati kerana barangan kertas collectible adalah barangan yg susah nak dijaga kerana mudah reput , koyak dsb....
dah lebih 31 tahun, agaknya awek hippies yg pegang botol ni pun dah jadi nenek gamaknya....

Sunday, February 7, 2010

sesiapa ada terjumpa botol dan gelas ni sila bgtau ...

kalu tuan puan ada xtra botol dan gelas ni bgtau teman, kisahnya teman pada hari sabtu ada pergi ke johor dan singgah ke rumah hj rahmat popia dan ternampak benda alah nie,so korang kalu ada xtra bgtau la..

botol : TRADE MARK REGD


gelas : DRINK COCA COLA (TULISAN PUTIH)



Thursday, February 4, 2010

cok* tambah nyawa

itu aku punya translation la, takde kena mengena dengan yg hidup atau yg mati. sebenarnya cok* menceriakan kehidupan.

ye la kalau aku dok layan langau, berlumut dan bersawang la blog aku ni. ha... dah lama tak posting, sibuk banyak bukannya sibuk sikit.... pada tahun 2010 telah berlaku satu anjakan paradigma pada diri en kamil dan itu menyebabkan blog bersawang...sori pada kengkawan yg melayari blog tapi takde info baru...

berkaitan opener coke adds life, kisahnya....


pada satu hari aku telah melayari ebay.sg dan terpandang opener coke adds life & dibelakang fraser and neave. so setelah merujuk kepada koleksi yg aku ada, opener ni masih lagi tiada dalam Katalog aku. pada firasat aku ianya digunakan di singapura dan tiada di market malaysia. memandangkan ianya tertera F & N so aku agak ianya adalah sepupu sepapat dgn coca cola pada waktu tu.. so apalagi roger la si faizal blurguyz yg berada di singapura utk mendapatkan bantuan...


dan inilah hasilnya..... terimakasih daun keladi bro bg.

Saturday, January 23, 2010

poyo betul, dulu punya contest hadiah BMW 320

PERADUAN MINUMAN HEBAT

bukan apa , saja nak share, compare peraduan dulu dgn sikalang, dulu punya present POWER... BMW bukan bas mini wilayah SPALLAN tau... ini BMW 320



dapat dari paper cutting majalah lama taun 1980 an..





BMW 320...



Friday, January 22, 2010

dari singapura pun datang nak ambil bahagian

Jutaan terimakasih dari aku kepada Faizal Blurguyz79 http://blurguyz79.blogspot.com/ kerana telah bersusah payah menghantar sebiji botol world cup france 1998 dari SINGAPURA utk turut serta mempamirkan barangan coca cola dlm Coca Cola Trophy tour di Mid Valley pada jumaat 29/01/2010 nanti.


juga kepada En Fitri http://mohdfitri.blogspot.com/ keran menyumbangkan sebijik can skrip World Cup Korea Japan 2002 ARAB juga utk dipamirkan di Mid Valley nanti.



sebagai tambahan, En Kamil juga akan turut serta membawa buku bolasepak AFC yg mana terdapat iklan coca cola piala dunia dlm bahasa arab.


juga iklan bolasepak dlm bahasa inggeris utk kempen piala dunia.

apa-apa saja tentang world cup kira boleh display lah nanti. ada siapa siapa lagi nak menyumbang, sila bgtau....