Monday, November 16, 2009

battle of the 'top 10 malaysian old skool coke can'

battle of the 'top 10 Malaysian old skool coke can' now showing in ebay'

Dibawah ini link kepada ebay.com.my , peperangan collector utk mendapatkan top 10 Malaysian old skool coke can. Pada aku dah lama , hampir setahun dah tak tengok coke can malaysia yg rare rare ni listing di ebay, so mari kita saksikan siapa yang kena..... jawapannya pada pagi hari selasa 17.11.2009. Tungguuuuu....

1. Diet Coke, Coca-Cola ,Seoul 1988


http://cgi.ebay.com.my/Diet-Coke-Coca-Cola-Seoul-88-can-from-Malaysia_W0QQitemZ180430575462QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item2a02801766
dan keputusannya ......... RM 205.91


2. Coca Cola Seoul 1988


dan keputusannya RM 87.76


3. Coca Cola Italia 1990


http://cgi.ebay.com.my/Coca-Cola-Italia-90-can-from-Malaysia_W0QQitemZ180430577676QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item2a0280200c
dan keputusannya ............RM 236.29


dan keputusannya ..........RM 108.02
yang aku nak tunjukkan kat sini bukan nilai RM tetapi betapa bernilainya tin buruk Malaysia ni kan... so pikirkan -pikirkanlah dari sekarang...

Saturday, November 14, 2009

Coin Can Malaysia Sydney Olimpik 2000

dan kisah coin can malaysia sydney 2000 pun bermulalah...

Seperti hari-hari biasa aku meng'explore' lebai google dan FB utk mencari collector di malaysia. Tup tup tiba-tiba terpandang satu minah ni bgtau nak lepas coin can kat FB. Aku mcm biasa la berbalas -balas mesej, dan pada awalnya beliau menawarkan harga yg pada aku terlampau tinggi (hampir separuh gaji aku) utk coin can Malaysia, (aku ada satu harga anggaran utk coin can) tetapi setelah aku mengambil kira beberapa faktor:-



i) Coin can ni dah berusia hampir 10 tahun (keluaran tahun 2000)
ii) kat umah member collector pun tak pernah nampak
iii) dan yang paling terpenting, ia adalah coin set (set of 6-sydney 2000), yang pertama dikeluarkan oleh coke (m) ,


utk makluman member collector, barangan collectible especially yang ada set lengkap amatlah mahal di pasaran berbanding single can .

sepanjang ekskavasi, mengkatalog , membuat pentarikhan karbon dan memburu coke (m) aku belum pernah tengok coin set cam gini FYI (tahun 1992 ,12 tin - set olimpik barcelona tak pernah tgk ada coin can -maksud aku coin set, single gold can coin dah pernah tgk ).


Rujuk dari tahun 1986 kebanyakan adalah single can. Jadi aku mengambil keputusan utk menge CHAI sampai jadi.



Jadi....setelah berunding harga dan tawar menawar maka pada hari jumaat 2 minggu lepas aku pi ambil coin can ni kat bukit damansara. (siap ambil annual leave lagi )



pssst..
ada member collector yg mohon aku bertanyakan kot minah ni ada xtra coin set, jawapannya takde xtra, coin set ni hanya ada satu set je, no more.
Bak kat Alfred Amcorp ...mouth watering lagi la.....

Tuesday, November 10, 2009

KING DAUD BERAKSI

Minggu ni tak nak post gambar dan tak nak cerita apa-apa , tetapi aku nak beri penghormatan pada King Daud kerana menulis blog dan memperkayakan lagi info berkaitan botol dan segala barangan berkaitan 'collectible'. Semoga info dan pendapat beliau dapat kita kongsi bersama.

LONG LIVE THE KING DAUD

bersama kita beri sokongan pada blog King Daud http://malayaayerlamenet.blogspot.com/

Sunday, November 1, 2009

dekat tapi jauh ' fat bottle italia 1990'...mouth watering ..

Al-Kisah fat bottle italia 1990

Hari minggu 01 Nov. Pada kebiasaannya, setiap hari minggu yg aku free, aku akan meluangkan masa pergi ke Amcorp Mall. So pada minggu ni aku rasa nak off, lepak aje kat rumah. So dalam jam 12.00 tghari aku pun tarik getah paip dan terus cuci kereta. Tengah layan cuci kereta, tetiba handset berdering, ha ...Dato Chua called apahal ni, jeng jeng jeng...


Oiii ada kat mana??? aku cakap ada kat rumah??? dia tanya lagi ...hang ada cari fat bottle italia 90 kan...ye la aku kata...ni ha kat amcorp ada seller jual, tapi dia mau RM 2000 satu lot....Aku cakap kat dato Chua, satu jam lagi aku sampai Amcorp. Kisahnya dari nak melepak kat rumah terjebak gak pi amcorp.

Setiba di Amcorp terus menuju ke seller berkenaan, En Amir dari Kelang. Macamana cerita ni bang, aku bertanyakan kepada seller berkenaan...dia kata...kawan saya minta jualkan satu lot, Troli, gelas, tin , speaker semuanya RM 2000.00 satu lot . Apa barang aku nak beli satu lot sampai 2000...En Kamil punya target only FAT BOTTLE ITALIA 1990 tu je.

So aku start chai seller amir, bang kalau saya nak beli fat botol italia 1990 ni satu je boleh tak....huh..puas jugak lah aku menggOFFER dari RM 50.00 ke ratusan ringgit...jawapannya standard...kawan dia kata nak jual satu lot dan dia taknak jual loose. Lastly aku pesan kat seller amir tu , kot kawan abang tergerak nak jual italia 90 tu nanti jgn lupa contact En Kamil. sob sob sob sangat sedey....

Untuk pengetahuan bagi siri fat bottle , En Kamil sedang mencari fat bottle italia 1990, 285 ml .

Gambar bawah; satu lot coca cola yg berharga Rm2000.00


dekat tapi jauh... begitulah tragisnya kisah hari minggu aku dan aku rasa collector lain pun pernah kena kes yg sama.... DEKAT TAPI JAUH.

Friday, October 30, 2009

short bottle embossed

Short bottle embossed

Koleksi botol pendek emboss transparent( jernih) yang ada dalam simpanan En Kamil.


Botol pendek emboss transparent ni di kategorikan kepada beberapa jenis atau gred iaitu Gred A (botol frozen-very rare, aku takede botol ni, Gred B (seperti gambar di bawah, emboss yang timbul dan botolnya berat sedikit) dan Gred C (emboss tidak berapa terang dan botolnya agak ringan).
Mengikut collector yang senior, terdapat variation pada botol jika dilihat dengan teliti, ada yang botol emboss yang berwarna sedikit kekuningan, putih dan sedikit kehijauan tertakluk kepada kaca pada zaman dahulu sewaktu dibuat botol tersebut.
Value botol pendek emboss ni sepatutnya tidaklah tinggi sangat harganya kerana pada waktu tersebut dikeluarkan di kilang atau 'Large Scale Production'. Disebabkan ianya tidak disimpan dan hanya dijumpai tertanam dalam tanah atau di tangan collector maka sekarang harganya agak lumayan jugalah jika di jual di pasar karat atau flea market, bergantung pada byk faktor.

Botol Gred B


Botol Gred C


tanda 37 logo 57


Tanda B 51

tanda 57-37


tanda S 18


tanda SG 40 - botol yang digilai oleh ramai collector kerana digunakan di Malaysia dan Singapura pada tahun 60 an. aku ada sebiji je botol ni...

tanda queen



tanda D 45


tanda C 30


Tuesday, October 27, 2009

turun dari planet mana nie?

AUTA????

Minta bantuan dari otai-otai, pernah ka coca cola malaysia keluarkan botol KACA side of life cam gini...gambor ni diambil dari laman web e-bay , sorang seller dari negeri china menjualnya di ebay-
http://cgi.ebay.com.my/coca-cola-happniess-factory-bottle-malaysia_W0QQitemZ270474330902QQcmdZViewItemQQptZLH_DefaultDomain_0?hash=item3ef986c316


FAKTA

1. Pet botol side of life 500ml, yg dikeluarkan coca cola malaysia.


2. Limited Edition bottle side of life (M) 'come with side of life box'.


Monday, October 26, 2009

apa kaitan tangan makcik ni dgn coca cola

Gelas Mc d coca cola atlanta 1996.

Minggu lepas semasa membuat ekskavasi ke amcorp mall, ternampak satu seller mengeluarkan sedozen gelas coca cola atlanta 1996 warna hijau, kerjasama dgn mc d, so aku rasa baguih jugak buat setory pasal gelas coca cola nie.

Sepanjang aku mengkatalog jenis-jenis gelas yang aku tau jenis menatang gelas camni ada 3 jenis. Collector biasa sebut, jenis emas,perak dan gangsa, tak tau la pulak aku kot-kot ada orang lain simpan 4 jenis. Korang bgtau la ye kalau korang ada simpan bentuk atau gambar lain utk gelas atlanta 1996 ni.


3 jenis gelas yg biasa di kumpul oleh collector, emas , perak dan gangsa.


Sebelah sisi yg dicetak dgn logo Mc D


Atlanta 1996 dicetak logo coca cola.

Sunday, October 25, 2009

apa yg menariknye tempat nie

Flea Market Shah Alam kat sebelah stadium shah alam.

Dua frame gambar awek minum coca cola, aku snap kat pakcik khalid punya kedai di flea market shah alam. ni gambor ori, dia kopek dari majalah lame... rega aku tak tanye pulak brapa..

Pasar pagi shah alam atau Flea Market ni dah biasa bagi orang shah alam dan kl. kat sini aku just nak share info, kot kot ada orang yg tak pernah pegi, kasi tengok apa ada disini. 10 tahun dulu tahun 1999 asal memang old skool, betul-betul punya flea market, datang pagi park kereta, buka bonet, jual barang second hand, jap lagi datang orang MBSA kutip RM 20.00 bagi setiap tapak.....really old skool.
La nie kalu berani buat camtu tak pasal pasal kena angkut dgn lori pasal sekarang dah ada lesen.

Ada beratus gerai kat kiri dan kanan jalan...kalau boleh habis tawaf aku respek... yg belah sini gerai barangan kering..


Yang sini gerai pasar tani mega...



ha ha ha siapa punya chopper nie....jimat petrol, datang pasar pagi naik basikal...old skool



pinggan lama, mat gebu punya line...



En khalid punya kedai second hand, kekadang pakcik ni bawak byk barang coca cola.

gambar f & N old skool yg telah discan dan di framekan... bagus gak idea pakcik khalid ni kan.Barang melayu lama.... english breakfast set pun ade


kasut bundle... Monopoli kat sini ...baju bundle


Brrrrrr

Brrrrr

Pagi nie 25/10, on da way ke Stadium Shah Alam, kat simpang Coca Cola di Bukit Belimbing terpandang iklan baru Brrrr Coca Cola, rasanya untuk Piala Dunia 2010 kat Afrika Selatan la kot.


khas utk bro BG 79 kat kota singa

Evolution bottle

Khas utk bro BG79, evolution bottle ni masih lagi boleh didapati di Amcorp Mall - photo dari kedai alfred di amcorp mall -gambar diambil 25/10/2009.