Wednesday, August 17, 2011

kongsi raya 1 dozen/pack

Pek kongsi raya @ 1 dozen/pack ni keluaran 2002/2003, dapat masa flea market di anggerik mall tempohari dari blogger fit3.

Asal tak jual just isi tin kosong, tapi en mat telah mengechai .... apa yang menarik tentang 1 dozen/pack ini adalah sekarang semuanya 6 pack dan tidak menggunakan kertas lagi, semua kena balut dengan plastik.


boleh ke tangkai ni tahan kalau nak jinjing dgn berat 12 tin/pack? itu yg agaknya diorang tukar ke 6 pack/paper kot?


12 tin/pek chill

cuba try tahun 2002/2003

pandangan tepi

syarikat yg mengambil bahagian dlm promosi kongsi raya- oh yea utk tahun 2011, en mat tak nampak ada promosi raya/merdeka oleh air minuman ini.... promosi Rm 2.70 sebotol dan RM 2.50sebotol utk hari raya adalah.



Sunday, August 14, 2011

Pekerja kilang lelaki, sementara kat F & N River Valley Singapura pura


Ini adalah keratan dari akhbar New Straits Times, Singapore untuk mencari Pekerja kilang lelaki sementara , kat F & N (S) Pte Ltd, River Valley Singa pura pura. Kerja bancuh air coca cola kot?



tapi minta maaflah kerja kosong tu dah expired, kerana ini adalah keratan akhbar NST Singapore tahun 1980.

Kat bawah ni adalah satu lagi iklan kerja kosong dari akhbar NST Singapore tahun 1980 utk kilang F & N . Tapi permohonan yang ini kena hantar ke alamat Pej Pos Maxwell Road Singapore.


Thursday, August 11, 2011

Jejak kasih 3 beradik gemuk

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini, en mat telah mempertemukan 3 beradik si botol gemuk yang berasal dari SingaPura Pura di rumah en mat di Putra Height.

Sebelum ini en mat telah ada 2 botol gemuk dan yang ini jenis cam gini baru dapat ahad lepas. So buat masa sekarang ada 3 jenis botol gemok ini yg berasal dari Singa pura pura.

Sejarah coca cola antara negara Singa berpura pura dan malaya adalah sangat rapat , macam aur dengan tebing, terutamanya botol keluaran dari kilang River Valley dimana pernah suatu ketika dahulu air botol dikilangkan disana di pasarkan di Malaya, dan air botol yg dikilangkan di Malaya di pasarkan di sana.

1. Model GEMOK ini baru dapat ahad lepas.





2. tiga alamat berbeza yg ada dlm koleksi en mat.

a) River valley

b) KL & Singapore


c) Jln Ahmad Ibrahim ,Singapore.


3. Tiga jenis fat botol dari Singapore


yang kat belakang (enter frame tu adalah crate kadbod Minumlah, utk fat bottle)

so start hunting dan lengkapkan koleksi si gemok dari singapore ini

Friday, July 29, 2011

berbuka kat mana?

Selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada semua pembaca blog hobi en mat yang beragama islam.
Senyum gembira dengan coca cola

Thursday, July 28, 2011

rantai kunci siri 2


rantai kunci siri 2, kecil pada mata pembaca blog, tetapi besar pengertian kepada en mat,

Bertulisan melayu, Tanda Perniagaan Berdaftar, depan belakang design sama, utk kegunaan olimpik seoul 1988 or barcelona 1992.



Wednesday, July 27, 2011

bola oh bola - bayor tepi

tiket bolasepak piala dunia remaja 1997
(IXTH FIFA/COCA COLA WORLD YOUTH FOOTBALL CHAMPIONSHIP MALAYSIA 97.
GAME KAT SHAH ALAM STADIUM, SELANGOR, MALAYSIA.


INI TIADA KENA MENGENA DGN COCA COLA

Tiket bolasepak kelayakkan piala dunia 2014. Malaysia vs Taiwan - en mat pergi dgn anak en mat. Harga Rm 20.00 . Penonton lebih kurang 40,000 ribu orang.

Tiket bolasepak kelayakkan piala dunia 2014. Malaysia vs Singa berpura-pura - en mat tak pergi dgn anak en mat, dahlah tiket mahal, Black Market pulak tu.... Berapa harga ...nanti en mat cerita . Penonton 85,000 orang, tu belum yang masuk ' bayar kut tepi .....'


Pagi tadi dgr sinar FM...tiket msia vs spore dah sold 60,000..yg baki akan dijual di stadium sekian..sekian.... adusss...menyesal tak ambik tiket awal...

dapat sms dari fitri pagi ni, kalau pergi stadium shah alam, rembat dua tiket , en mat satu & fitri satu , so masa lunch pergi stadium shah alam, on the way buka sinar, mengatakan tiket pada jam 11.30 pagi dah tinggal satu ribu.... apa????? 1 ribu kalau kalau seorang beli 10, sekejap je licin...bukan apa ini dari pengalaman en mat sendiri... so en mat redah je, mana tau ada mamat jual black ke.... try je la,,,pergi dulu.

memang betul , sampai je stadium , orang dah bergerak nak balik , melambai tangan ...tiket dah habis... arghhh tengok LIVE kat TV je lah gamaknya nie.... tapi...jeng..jeng..jeng

sedang memperlahankan kenderaan, ada satu brader mengipas-ngipas tiket... ada dua tiket saya nak jual.... saya tanya berapa.... RM 60.00 hahhhh terkejut beruk...mahalnya brader ni jual tiket RM 30.00 jual RM 60.00 kata hati en mat.... tanpa berlengah (tak keluar dari kereta) terus bayar, tak pelah Malaysia punya pasal......waktu tu tak tanya pun nilai tiket tu harga berapa.... so bila dapat yahoooo rupanye tiket RM 50.00 brader ULAT TIKET tu jual cuma RM 60.00 ... dia makan untung RM 10.00 je... demi Harimau Malaya en mat korbankan jua RM 60.00.

So utk bro fitri melepas ler.....

pssstttt.... dengor khabor bro fitri nak try nasib esok...kot kot boleh masuk...dari pengalaman ....Boleh Bayor Tepi...teman pun ada pengalaman dulu-dulu masa di stadium merdeka,.... jumpa kat sana bro...he he he


Sunday, July 24, 2011

Pickers semalam di pasar pagi amcorp mall

i - sebiji gelas plastik Minumlah, boleh pair dgn rantai kunci... cunnn


ii - opener Have a coke (dpn & blkg)


Saturday, July 23, 2011

rantai kunci berbahasa melayu MINUMLAH


Rantai kunci menggunakan bahasa melayu Minumlah

Tuesday, July 19, 2011

reward your curiousity


akhbar the sun , vanilla coke, bertarikh Januari 2004.


Saturday, July 16, 2011

fakta tentang tray 3 serangkai

En mat pernah posting tentang tray 3 serangkai tersebut pada ogos 2009, pada masa tersebut fakta atau bahan bukti bergambar tiada lagi dan hanya sembang kosong dan pada kesempatan berkunjung kerumah otai Coke, Pok Mi di Bandar Sri Damansara, kami terpandang crate kertas 24 tin , mengandungi promosi Koleksi Dulang Coca Cola. Apalagi bro nazrin mohon izin utk snap photo utk dibuat rujukan.

Entry berkenaan Koleksi dulang coca cola malaysia.
http://ahkaba.blogspot.com/2009/08/tray-coca-cola.html

terimakasih pok mi atas fakta Koleksi Dulang Coca Cola 3 serangkai. Bukan apa kekadang ada orang tanya , dulang ni ada berapa jenis , macamana rupa 3 gambar tu, betul ke sini punya promosi, dlll.... so dengan adanya fakta...senang sikit kerja en mat... kau rujuk blog aku lah....

Tuesday, July 12, 2011

tak dapat poster dapat simpan baju pun jadi la...


khabarnya baju semacam gini pernah dipakai oleh penyanyi utama kumpulan Freedom 'Arwah Seha' semasa menjayakan satu sesi photo shoot utk iklan coca cola olimpik 1988 seoul versi Malaysia.

replika baju ragbi - jika arwah masih lagi hidup mau rasanya en mat redah pi cari tandatangan penyanyi seha nie...

label leher
butang emboss coca cola clothes


printing coca cola di hujung baju.


Saturday, July 9, 2011

pemukul kelawar

bhg belakang gambarajah pemukul kelawar

Rusel ding-bat
bhg hadapan

It's the real thing. Coke
Minumlah
MAHIR -SUPER
bhg bawah tempat pemegang.

Ini adalah kali kedua saya dapat memegang ding bat, dimana kali pertama adalah 7 tahun dahulu apabila ada collector yg pernah membawanya ke pasar pagi tersohor di Pj, selepas itu kisah ding-bat , hilang begitu sahaja dan timbul kemudian selepas 7 tahun pada minggu lepas.... terbaikkkk


Thursday, July 7, 2011

apa yg special tentang tin piala dunia 1998 ini?

Ianya sama seperti tin piala dunia 98 yg lain...tetapi...

ianya adalah koleksi tin separa siap, Minum , Buktikan dan Menang

tin yg belum di letakkan penutup/tudung dan belum diseal..

ouchhh.. berhati-hati , tajam tu en mat...

Bercakap tentang kelayakan Piala Dunia, pasukan Harimau Malaya akan berentap dgn Team dari Singa Temasek pada 23 Jul & 28 Jul. Apalagi ayuh gamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Jul.

Kepada pasukan olimpik, setelah undian dilangsungkan hari ini di AFC Bkt Jalil, Harimau Muda Malaya itu akan berada bersama dgn team Nippon, Bahrain dan Syria...

Pegang kepada prinsip , Apa Pun Tak Mustahil ....dan buang prinsip Apa Pun Tak Boleh (Kumpulan Jambu)

MALAYSIA BOLEH.... SATUUUUUU MALAYSIA he he he

Wednesday, July 6, 2011

barang yg lepas jangan dikenang


Lirik dan bait lagu serta gambar ini ditujukan khas kepada bro fitri.....

hai barang yang lepas , janganlah dikenang (seniman agung P.Ramlee)


dibawah ini adalah gambar hiasan sahaja.

Tuesday, July 5, 2011

nst december 26 , 1998


apa yg menarik di paper nst pada 26 dec 1998


iklan promosi setin coke hanya RM 1.00




terimakasih daun keladi



terimakasih daun keladi kepada penganjur (kak liza & suami -kedai ipoh loken) kerana berjaya menganjurkan garage sale di anggerik mall tempoh hari. Terimakasih kepada semua peserta yg mengambil bahagian yg datang dari jauh dan dekat.

Insyaalah jika ada masa kita berjumpa lagi, mungkin selepas ini event Garage Sale boleh diupgrade kepada event Flea Market, lebih komersial... jumpa lagi semua..

cikgu shafi AF9 pun ada autograph kat plak en mat...