Tuesday, March 8, 2011

camana boleh jadik camgini ekkk

Camnilah ceritanya ...


Jika anda nampak sticker plastik ni tertampal di kedai mamak berhampiran tempat kediaman anda, pastikan dapat kebenaran dari kedai mamak terdahulu sebelum mencabutnya dari peti ais kedai beliau. Setelah dapat kebenaran inilah hasil yang di bawa pulang...

iklan promo plastik yang boleh melekap di cermin


kemudian search di Mudah kot kot ada seller yang menjual barangan yang sewaktu dengannya....
Camnilah, kalau anda bertuah kemungkinan ada dan besar kemungkinan tiada... tetapi dah rezeki en mat ... ada pulak seller yang menjualnya CD Camnilah, terimakasih en chua.. trade botol dgn CD.. nak trade pun kena minta persetujuan juga.


rentak optimis .. by dafi dan shila
ni kalu dapat sign bebudak dua orang ni mesti best nie... azam...

pastu kalu boleh frame kan dan dapatlah hasil seperti gambar mula diatas... Cd seolah didalam frame gambar. Tapi barang diatas belum hantar kedai frame gambar lagi.. just imaginasi en mat sahaja.

Sunday, March 6, 2011

ohh... tudung silver coke ni, macam yang aku dapat sekampit kat padang rengas tu..

statement dari seorang seller bila melihat tudung silver ni. Bang oiiii.. ini tak sama macam yang sekampit tu bang oiii.. aku berkata dalam hati. Ini lain dari yang lain.... Pada mulanya en mat pun beranggapan demikian, tetapi setelah merujuk kamus bergerak iaitu blog en mat... http://ahkaba.blogspot.com/2010/03/tudung-botol-bukannnya-tudung-saji.html sahih ini memang lain dari yang lain, kebetulan fitri old skool pun berada bersama teman semalam dan beliau pun mengesahkannya.

Coca Cola, Tanda Perniagaan Berdaftar, OLEH


Jalan FOSS

cap liner ada peraduan di dalamnya. drink

adakah ini penemuan terbaru atau memang tuan-tuan ada sekampit ... ha ha ha manalah tahu...pasal setakat ni setelah en mat ada helo-helo dan sms otai-otai dan mereka pun belum pernah nampak...

Friday, March 4, 2011

mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea...

Kodak oh Kodak, bukan Kodok oh Kodok. Zaman belum ada kamera digital, kita orang lama-lama nie gemor menggunakan perkataan Kodak bagi menggantikan negatif filim. "mat, nanti kalau pergi pekan batu 6, kirim aku beli kodak yea" lebih kurang cam gitu lah ayatnya. Tapi sekarang masa dah berganti masa bebudak sekarang sekarang mana nak mengenal negatif filem Kodak atau Fuji, ialah celik mata dah zaman digital, semua guna kamera digital.

Posting kali ini berkaitan dengan kodak juga, tetapi bukan berkenaan negatif Kodak, tetapi Kodak Can Malaysia yang pernah dicanangkan oleh en mat yang mana ianya dalam senarai top 5 pencarian tin malaysia yang en mat tiada lagi dlm simpanan.

Untuk rujukan en mat kebiasaannya akan mem fotostat barang yang en mat tiada dan menjadikan ia sebagai satu azam untuk memburunya...

Sebaris tin bersama kertas fotostat tin kodak malaysia

kertas rujukan ini akan diperonyokkan sebentar lagi kerana...... jeng jeng jeng

Alhamdullilah, en mat telah berjaya mendapatnya... terimakasih kepada bro misteri ...nama dirahsiakan kerana membantu en mat mendapatkannya, hasil tukaran tin coke kodak dengan botol error Malaysia 'maaf botol error malaysia en mat tak sempat ambil gambar'.


terimakasih bro misteri...., pasti ramai yang tertanya tanya , tak sayang ke bro lepaskan botol malaysia error. Mengikut kata-kata otai yang terdahulu dari en mat, tak salah kalau tolak atau trade barang dgn sesama collector asalkan jangan sampai pergi ke serata dunia misalnya kerana pasti barang yang kita tolak atau trade susah kita nak tengok kembali , tetapi jika tolak atau trade sesama kita pasti suatu hati nanti jika kita pergi membuat kunjungan atau lawatan ke rumah collector tersebut pasti kita masih lagi boleh tengok atau nampak barangan tersebut...


azam... ada satu lagi single can yang en mat sedang hunting... kalu ada rezeki tak kemana...

Saturday, February 26, 2011

poster world cup 2006

poster world cup ni keluaran tahun piala dunia tahun 2006, kalau tengok tendangan rooney macam dia buat first timer, tapi siapa tengok tiga minggu lepas dia buat bicycle kick...

cun...... bila lagi agaknya MU nak datang Malaysia , boleh lah usung giant poster ni suruh si mamat rooney ni sign autograph.



michael ballack
semasa tahun 2006 ni sebenarnya en mat dah slow collect barang coke ni, tu yang poster ni pun baru dapat bulan lepas, yalah main barangan hobi ni kan ada pasang surutnya... dan pada tahun 2008 en mat kembali aktif...

Sunday, February 20, 2011

cuba try test

mana ada test, en mat tambah je test tu... biasa la orang kita kalau sebut cuba try, mesti perkataan test terpacul sekali... cuba try test .... ha ha ha


Cd Cuba Try Coca Cola alaminya ni keluaran tahun 2002 dapat di pasar karat tersohor area PJ minggu lepas, sekali imbas tak ada yg menariknya , tetapi logo kecil di sebelah kanan bawah tu yang membuat en mat terus menyambarnya... positive music - positive tone, where music lives, Vol II.. mesti ada keluaran vol I ni...

CD ..



muka belakang - tajuk lagu dan artisnya.


tarikh penting - keluaran tahun 2002. apa maknanya tarikh penting... yalah kekadang member-member ada tanya eh en mat aaaaa ... cuba try ni keluaran /promosi pada tahun berapa ye.. sekurang-kurang ada rujukan la... oooo cuba try ni promosi pada tahun 2002.



Sunday, February 13, 2011

TAJUK BERITA MINGGU : BELUM BERAKHIR


Walaupun pada tajuk Berita Minggu 13.02.11 berbunyi Belum Berakhir tetapi pada geng botologi penantian kami utk muncul di akhbar TELAH BERAKHIR. Yalah .... pada minggu lepas saya ada ber sms dengan bro megat bertanyakan bila artikel botologi nak keluar di akhbar, entahlah... katanya lepas raya cina kata beliau.... Penantian Satu Penyeksaan


Nah... hari ini tercipta sejarah yang mana artikel Gila Botol Lama ini akan tertampal/terframe di setiap pelusuk rumah collector botol coke, soda & aerated, antik sejauh Penang, Kedah, Singapura, Johor, Selangor, Kuala Lumpur , Pahang & Perak serta seantero Malaya , kedai antik di Melaka dan Penang pun akan turut menampalnya, waima kedai nyonya di amcorp mall pun turut akan menjajanya.... ini dari pengalaman yang lepas-lepas.

Ayat skema pekedai antik... waaa ini botol manyak mahal maaa..ada keluar paper wooooooo....


Bro wadi dan codd botolnya, bro FR sedang memberi penerangan terperinci tentang katalog sinalconya pada ahli-ahli berdaftar yang hadir.... macam lakonan nak masuk paper je gambor nie he he he enter frame..

gila botol lama


botol tropi & schweppes tanah liat


trademark bro megat, posing maut tepi botol ... sambil senyum meleret... he he he lepas ni botol red lion aku boleh jual lagi tinggi ... tau tak per.... layannnnnnnnnn


ehh apa ni... carissa.. skandal ke???

Ceritanya.... pada hari ini 13 .02.2011 en mat telah pergi berjumpa dgn management amcorp bagi membincangkan lokasi trade fair. Di luar pintu en mat telah berjumpa dengan seorang lelaki yang bertugas di sana, staff baru.... dari nadanya beliau menyatakan tiada harapan utk en mat dapat membooking 10 tapak utk dijadikan lokasi trade fair kerana katanya apa kata orang lain/senior seller jika saya membenarkan ahli botologi book 10 tapak? Bla.. bla .. bla..bla.. bla..bla ...... bala ni dlm hati en mat.

Apa, u ingat u ahli botologi, ini hari keluar paper, suka-suka boleh booking 10 tapak, ingat u punya bapak ada share sini amcop ka? Ini ayat geram en mat je....

Dengan rasa hampa en mat berlalu pergi dgn perasaan bercampur baur ... habislah kali ini nak kena pikir lokasi baru trade fair la pulak... sedang en mat dilanda kesedihan tup tup ternampak ah moi carissa nie.... dlm hati risau juga kerana pada masa trade fair 08.08.10 hari tu kami melanggar peraturan berniaga.... tabur barang merata-rata, siap COO dia turun bagi warning kat en mat.... kalau u orang tarak kemas saya panggil MBPJ aaaaangkat u orang punya barang.... apalagi kelam kelibut la kami tolak barang rapat ke bawah meja... ini kisah benar.


Lain kali jangan harap kami akan bagi u orang botologi bikin trade fair sini lagi... terngiang -ngiang di telinga en mat jerkahan dari carissa nie... macam peluru sini tembak...sana tembak... kebaboommmmmm

Dari jauh ada sinar FM

En Mat:... ehhhhh tokei ada baik ka??? pasal nama ah moi tu en mat tak ingat ...hantam saja lah

Amoi a.k.a Carissa - aiyakkk u punya muka macam biasa kenal saja...

En Mat : Yalah , hari tu bikin coca cola/soda trade fair sana tkt 3

Amoi a.k.a Carissa : ada apa hat???

En Mat : errr... errrr... errr.. dengan perasaan terketar-ketar... saya mau bikin itu trade fair lagila..ada chance boleh book meja lagi ka???

Amoi a.k.a Carissa : haiyak... boleh tapi jangan bikin messy macam itu hari lagi tau...

En Mat : bila dia kata macam tu terus semacam ada air terjun masuk dlm dada en mat...sejuk, nyaman ...segar... terus minta no telefon.

Amoi a.k.a Carissa : bila mau buat, nanti datang ofis hari rabu kita bincang...

En Mat : Yahoooooo ...terus sms bro megat... cunnnnnnnn


So U Think U Can Dance... bukan ... so apalagi tunggu pengumuman /hebahan selanjutnya.. pssst start simpan duit/menabung dari sekarang.... dijangka pada penghujung bukan Mac 2011 Trade Fair 2 selanjutnya.

YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Apapun tahniah....botologi maju setapak lagi...

Saturday, February 12, 2011

piala dunia Perancis 1998


Banner 3 kaki ini adalah dari kempen makan bola , tidur bola, minum coca cola bagi promosi utk Piala Dunia Perancis 1998. Idea utk posting kisah Piala Dunia timbul, kerana pada sesi minum teh tempohari en mat ada memakai tshirt gambar budak dua orang dok menayang tin coca cola, yang mana pada awalnya en mat pun tak tahu tshirt yang dibeli dari Dato Chua ni tshirt promosi utk apa... sehinggalah... en mat terjumpa banner ini terperok di celah troli coke di umah en mat.


promosi bersama dgn adidas

apalah agaknye yang dikatakan bebudak dua ekor ni ekkk Kejor Yob Kejor kot...

tshirt utk piala dunia 1998 yang dipakai oleh en mat pada hi tea tempohari, baru kini ku tahu rupa-rupanya tshirt ini utk promosi piala dunia perancis 1998.

ini lah bagusnya kalau kita dapat linkkan sesuatu gambor dengan sejarah setiap barang itu.
ohhh mungkin ramai juga yang bertanya kenapa selepas satu posting en mat lambat akan posting entry baru... ini jawapannya

berokband kat umah cam hampeh...1 MB pun susah nak pergi.... nak upload gambor apa camgini... harap weekend pi cyber cafe je lah jawap nya baru dapat posting...
apa???? tukar UNIFI .....

kau ada??

Monday, January 31, 2011

setakat layan teh, korang sanggup datang beratus batu......

Dahsyat... Dahsyat... Dahsyat .... bak kata seorang peserta raja lawak musim ini.
Korang semua aku memang respek gile.. Asalnya projek ni utk Bebudak Klang Valley je, ialah nak minum teh aje, salam perkenalan bagi tahun 2011, tetapi di war-warkan menjadi projek mega. Dari Utara- Kulim,Kedah, Penang, Ipoh , Slim River, klang valley dan Selatan tanahair, Johor semuanya datang memberi sokongan.

1. Senarai hadirin seramai 53 orang yg berdaftar.


2. lagi

3. dan lagi
ramai juga yang datang tak join hi tea tapi tetap memberi sokongan, bravo...

terimakasih tak terhingga, dan yg sebenarnya bila sesuatu event tu menjadi satu kejayaan sebenarnya lagi beratlah bahu pihak penganjur. Ha ha ha ... maksudnya kami kena planning pulak lepas ni projek TRADE FAIR 2. Ialah berapa ramai orang sanggup buat kerja free kan, tak berbayor, tetapi bak kata Abang Hashim Penang, kalau kita buat sesuatu kerana minat, kita dapat kepuasan, dan paling penting semua orang happy, ialah Demam En Mat pun terus kebah, amazing betul la hi tea botologi.

Tapi yg pastinya minta maaf bebanyak pada orang selatan kerana rasanya next trade fair kali ni masih lagi di Klang Valley. Ampun beribu ampun. Kepada media cetak dan media elektronik yg hadir memberi kan liputan kami mengucapkan berbanyak terimakasih, moga bila tersebar berita/rencana hi tea botologi di akhbar/majalah maka akan berkembang biak lah lagi hobi mengumpul botol.

terimakasih sekali lagi kepada wakil selatan JAWS, terutama Zul Larkin dan anak buah, Putra Lop dan team PAIP nya, serta ahli ahli kariah botologi. korang memang superb. Di bawah ni en mat link kan beberapa blog bagi tuan tuan menatap gambar pada hari tersebut.







akhir sekali en mat ingin memohon maaf sekiranya perjalanan majlis pada hari tersebut terdapat cacat celanya, ampun dipinta.

Friday, January 28, 2011

demam, demam, demam

masuk hari ni Jumaat dah hari ke 3 en mat demam, makan obat, tidor, makan obat , tidor. Cam gini kalau sampai esok sabtu pun demam gak & tak larat drive, kena suruh orang jemput en mat ke ipoh station. THE SHOW MUST GO ON.

Kemaskini utk hari ini.

1. senarai yang akan sertai hi tea.

1. Bro Megat
2. Bro Amir
3. Bro Sham - sama tak serupa
4. Bro Kamil -tokei blog en mat
5. Bro Fitri - koleksi fitri old skool
6. Bro Judd hebat
7. Dato Chua
8. Frightrice
9. Blues Riders
10. Zul Kajang (1)
11. Zul Kajang (2)
12. Freddie
13. spallan
14.Rijal-photographer,member megat
15.Shamsarin - wartawan, kawan kepada rijal(utk makluman rijal adalah kawan kepada megat).
16. Acid welding 1
17. Acid Welding 2
18. Zulkis (Teratak Rimbun)
19.PAIP
25.PAIP
26. JAWS
31. JAWS

Senarai 31 orang ini adalah sebagai rujukan en mat dan Ipoh Station, angka tidak rasmi menunjukkan akan ada lebih dari 50-70 org akan turut hadir.. Tuan/puan, dato/datin boleh menyertai sesi hi tea kerana pihak Ipoh station akan menyediakan list di kaunter penerimaan bagi sesiapa yang akan hadir untuk join hi tea, bayar RM 10.00 boleh join hi tea . OPEN TO ALL.

Macam biasa, kalau datang sekejap nak cuci mata pun boleh dan kalau nak ala carte pun boleh , maksudnya tiada apa-apa sekatan atau halangan. Nak bawa keluarga sekali pun dibenarkan.


2. agenda tidak rasmi utk event esok (tertakluk kepada perubahan).

2.30-3.00 ptg - Ketibaan para-para collector dan pendaftaran.
3.00 ptg - Ucapan dari tuan tanah.
- Ucapan dari wakil penganjur (BoM) , wakil Johor (JAWS) / Perak (PAIP).
- Perasmian sesi Botologi Hi Tea.(Announce, Bukak kain ada barang-barang display)
- Sesi suai kenal.
3.30 ptg - Makan dan perbincangan tarikh dan lokasi Trade Fair akan datang.
4.30 ptg - Tayangan dokumentari xpdc memburu botol.
4.45 ptg - Kuiz(ada hadiah).
5.15 ptg - Trade fair & car boot sale.
- Acara bebas.
6.45 ptg - Sesi fotografi dengan semua yang terlibat.(para collector, bloggers, etc).
7.00 ptg - Bersurai.

Semua aturcara di atas adalah tertakluk kepada pindaan.

So mari ramai -ramai kita meriahkan event Hi Tea Botologi.





Thursday, January 20, 2011

bahang bukan dah terasa....


Bak kata putra lop, bahang 29 hb dah terasa, tapi pada kami penganjur Hi Tea Botologi, rasa api macam membakar kulit rasanya, ialah lagi seminggu lebih lagi rasanya Hi tea akan berlangsung, panas!!!panas!!!,panas!!!.

Bilik berhawa dingin di Ipoh Station ini akan menjadi saksi hi tea dan slide show serta sembang sembang antara collector dari utara, selatan dan lembah kelang.
Malam tadi 19 hb kami penganjur tidak rasmi Hi tea botologi telah membuat perjumpaan 14 mata dengan tokei kedai bagi membincangkan beberapa perkara bagi merancakkan lagi hi tea tersebut, antaranya:-

1. berapa ramai yg akan terlibat menghadiri hi tea botologi.

jawapan - 17 yang telah confirm lebih awal dan 7 dari Perak & Penang serta 6 dari Johor. Keseluruhan 30. Kalau campur walk in / tak rasmi confirm/janji mulut /ala carte, lebih kurang 20 orang , terdapat lebih dari 50 org yang akan hadir, jom kita serbu.

2. ada ke slide show.

jawapan - akan terdapat slide show pengkisahan perjalanan ahli-ahli botologi ke negeri serambi mekah dalam misi hujung tahun mencarigali botol malaya yang telah pupus. Rugi siapa tak tengok slide ni, Majalah 3 pun tak pernah siar sebelum ni.Meletup !!! Jangan ada pulak lepas ni arahan dari pihak berwajib, mencarigali botol adalah satu kesalahan, kerana ia adalah khazanah negara. he he he

3. ada ke gerai jualan

gerai takde, tetapi kolektor akan membuka bonet bagi menjual barangan jualan yang berlebihan, yang tidak muat utk dimasukkan ke dalam almari masing -masing, kira ala-ala car boot sale botol , antik dll. Kami ada reservekan 10 petak kereta bagi sesiapa yang ingin membuka bonet kereta berdasarkan first come first serve, tapi yang pastinya 4 telah ditempah oleh kolektor dari klang valley, 2 dari johor dan 2 dari perak, ada dua lagi petak kosong. nak join ke just email en mat.

4. trade fair seterusnya?

ia adalah antara topik terhangat yang akan dibincangkan, so lontarkan idea anda utk pemilihan lokasi Trade Fair seterusnya.

5. mungkin ada yang bertanya, kalau datang utk minum & order ala carte boleh ke?

sebenarnya anda semua adalah dialu-alukan tak kira apa saja barang yang anda collect, boleh juga berkongsi pengalaman dan walaupun ianya hi tea botologi, tak semuanya bercerita tentang botol, ada juga jualan barang antik dll. so jangan lepaskan untuk hadir ke hi tea tersebut.

6. ada ke free gift

dengarnya ada beberapa orarng kolektor yang akan mendermakan beberapa biji botol berdasarkan Kuiz, siapa yang boleh menjawab solan dengan pantas...

7. tshirt tak buat ke?

berkenaan dgn tshirt sila berurusan dgn bro megat, en mat semalam dah tengok sample design depan belakang tshirt tersebut 'tertulis Botologi Malaya' dan berasa amat bangga kerna semua pekerja kedai Ipoh Station akan memakai baju tersebut pada majlis hi tea nanti..salute to tokei kedai. Bro megat apalagi posting la kat blog.

pst...en mat pun dah tangkap selai, sais XL.

so apalagi....

JOM TURUN RAMAI-RAMAI ....MERIAHKAN HI TEA BOTOLOGI

dan jgn lupa bergambar dengan ahli ahli PAIP, JAWS dan BoM ..
nak tahu apa dia singkatan PAIP, JAWS dan BoM, jom datang pada 29 jan nanti.... bak kata ADA MACAM MACAM

korang ni ada macam macam gelaran daaa.......

LATEST NEWS

UNTUK MAKLUMAN, KESEMUA 10 PETAK UTK CAR BOOT SALE TELAH HABIS DITEMPAH.



Saturday, January 1, 2011

BOTOLOGI Hi Tea


Pembukaan tirai 2011 dirancakkan dengan sesi mabuk teh diantara korum BOTOLOGI & PEMINAT COCA COLA/SODA/AERATED. Lokasi dan tarikh akan diadakan adalah:-

Korum BOTOLOGI & Collector Coca-Cola/Soda/Aerated Hi Tea.

Tarikh : 29 Jan 2011 (sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg
Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.
Bayaran : RM 10.00 seorang
i) Setelah berjaya dgn jayanya event Trade Fair pada 08.08.2010 di Amcorp Mall tempohari terlalu banyak pertanyaan dari utara, selatan dan tengah Malaya bertanyakan en mat, bila lagi nak buat event Trade Fair, cer cerita, cer cerita bila.. bila...

So memandangkan en mat pun dah habis berpindah pejabat dan ada masa untuk Hobi bergiat aktif semula serta bagi memulakan langkah pertama di tahun 2011, en mat ingin menganjurkan sesi mabuk teh di kalangan pencinta BOTOLOGI Coca Cola /Soda/ Aerated.


ii) Setelah habis trade fair tempohari hampir setengah tahun dikalangan collector tidak berjumpa dan diharap dengan perjumpaan ini akan terus menghangatkan arena pengkoleksian bebarang coke/soda/aerated. Diharap semasa sesi sembang menyembang nanti akan dapat juga dibincangkan tentang:-

- Pemilihan Lokasi Trade Fair seterusnya kemungkinan pada bulan FEB??
- Penerbitan buku ....
- Pembabitan para collector coke pada Hari coca cola sedunia 'Mei 2011'
- Tayangan video Sesi Korek Botol 2010 di Kelantan (bro megat, boleh on ke off)
- bla bla bla, bla bla bla

iii) Para collector / keluarga juga dijemput sama utk hadir pada perjumpaan ini. Bayarannya sama (RM10) macam apa yang collector bayar. Kalau nak order ala-carte/lain dari yang hi tea hidangkan sila bayar berasingan di kaunter yg disediakan.

iv) Kalau korang ada xtra barang nak let go, bawa sekali, kita deal kat kereta. Amacam setuju....

Semua peminat COCA COLA/SODA/AERATED yang berada di lembah kelang dan di sekitaran malaya di jemput hadir. Yang jauh kita rapatkan , yang rapat kita rapatkan lagi dan yang penting jangan duduk regang-regang, 'moh duduk rapat-rapat' .

Sila hubungi en mat/masukkan nama di ruangan komen/chat box utk penyertaan. Bagi cara bayaran email kamil682000@yahoo.com utk mendapatkan no akaun bank. Sila sms jika bayaran sudah dibuat.

Nota

Tempat adalah terhad. BOOK NOW.Diwajibkan memakai baju Coca Cola / Soda/ Aerated pada hari tersebut.

Jom reramai kita meriahkan event pertama Botologi & peminat Coke /Soda/Aerated pada tahun 2011 ini.

Friday, December 31, 2010

ini bukan variasi la !!!!!

Ini gambar anak en mat dgn sepupunya tengah menjerit.....'ini macam" bukan variasi la!!!!

Coca cola ada mengeluarkan tin coke baru ...tak tau la utk apa... krismes ke, tahun baru 2011 ke atau chinese new year... pengajaran penting - lain kali kalau nak keluarkan sesuatu design keluarkan lebih sikit modal... mentioned kat tin ... utk keluaran perayaan apa... bukannya apa, di dalam blog, muka buku FB, laman lelong masing-masing ada teori tentang keluaran/versi tin coke yang sekor nie. Yang pastinya tin coke nie utk perayaan apa ni???? siapa nak jawab...

berbalik kepada tajuk asal variasi, ada banyak perdebatan/perbincangan berkaitan warna pada tin keluaran nie, ada yang terjumpa merah terang dan ada yang terjumpa merah pudar.. pada en mat itu , warna terang/pudar pada tin bukannya melambangkan VARIASI....

sebenarnya pada can world cup terdahulu en mat ada berjumpa dengan tin coke yang cam gini, ada yang pialanya terang dan ada juga yang gelap. Pada pendapat en mat mungkin mamat Bangla , pembancuh warna pada kilang pencetak terlebih bancuh warna hitam pada adunan warna, tu yg menyebabkan tin coke world cup ni gelap sikit... atau pun dia terlelap masa bancuh warna... wallahualam
gambar close up
kalau nak di takrifkan variation yang sebenarnya camgini

i) trade mark registered

ii) trade mark regd
haaa ... yang cam gini, betul-betul variation... trade mark regd vs trade mark registered

apapun bab bab variation ni terpulang pada diri individu masing masing utk buat penilaian , tapi yang pastinya en mat happy kerana terdapat banyak variasi dalam dunia pengkoleksian air coke/soda / dunia botologi pada tahun 2010 yang lepas. Semoga tahun yang mendatang 2011 akan terdapat pelbagai variasi bagi dunia botologi dan dunia koleksi secara amnya.


SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA!!!!!!!!!!

Thursday, December 23, 2010

cer cerita..cer cerita...cer cerita...

Dialog popular dari HKLBR . Dari minggu lepas dah start busy dgn anak-anak, layan wayang TRON kat The Garden , pastu layan Hantu Kak Limah Balik Rumah HKLBR kat Summit.

Minggu Krismas ni tambah lagi kebusyan dgn holiday ke Penang dari 25-27. Boleh la lupakan sekejap Jullian Assange dgn Wikileaksnye, Salji tebal kat airport Heathrow, Perang saudara di semenanjung Korea dan di M...... jangan fikir bukan-bukan Mindanao la... dan bolehlah release tension jap dgn korek barang kat kedai antik area george town, harap dapat jumpa barang Garang.

Tadi telefon dato chua, ropa-ropanya dato pun akan holiday ke penang pada tarikh yg sama, bezanya en mat akan gunakan penerbangan tambang murah, tetapi beliau drive sendiri. dan yg pastinya beliau telah mengarrange utk berjompa dgn collector penang, bro Yap, kali sesi teh tarik dgn dato di Penang la pulak. Cam biasa story mory akan menyusul sekembalinya en mat dari penang.

yang menariknya tentang penang, pasti akan ada barang yg best akan pasti dapat di bawa pulang, seperti kali terakhir en mat berkunjung dahulu. Harap kali ini pun akan berlaku perkara yg sama, walaupun org berkata penang dah takde barang.

So Selamat menyambut hari krismas kepada para kolektor dan pembaca blog en mat yang menyambut hari natal... Meri Krismes.


Sunday, December 19, 2010

Headphone radio malaya part 2

Headphone AM-FM ni teman beli dari kedai Jeanne tkt 3, amcorp mall beberapa tahun lepas. Teman biasa nampak yang terboleng (tiada kotak) tetapi yang teman teruja nak beli yang nie kerana masih lagi berkotak/mint kata org putih.

Radio nie sebenornya banyak dijual oleh seller-seller kerana org tidak menggunakannya kerana saiznya yang gedabak. Korang bayangkan pakai Headphone ni semasa Jogging atau di Gym, sah sah di label org tak betul, pasal la ni org pakai yg cenonit/comel je.

i) Ada logo fanta - Senyum gembira dengan coca cola. Kotak tertulis MINUMLAH, plastik bubble pun masih ada lagi beserta dgn wayar.

ii) di side yg lain pun ada logo fanta tapi tertulis bahasa penjajah- Have a coke and smile.


iii) tuner AM-FM, adjust volume & adjust siaran


iv) headphone ni menggunakan bateri saiz .....saiz apa ni ha???? punat dua dua di atas.


iv) harga masa teman beli dulu dulu baru RM 68, dan tuan puan masih lagi boleh membelinya di MUDAH.MY radio nie, tapi harganya tiga kali ganda la ye.

Sesiapa ada info/poster atau yg tahu asal usul radio nie, boleh la share..

Monday, December 6, 2010

selamat bersiaran kembali - radio malaya part 1

Jari ni dah keras rasanye bila memegang papan kekunci nak menaip kat blog, ialah dah 2-3 bulan tak menaip kat blog, sejak kali terakhir en mat posting entry terakhir, pasal hi tea yang dicanang-canang kan tempohari 'insyaallah kalau takde aral kita buat yang lain'- takkan lari gunung dikejar .... ye tak???.

Sekarang En mat dah boleh menarik nafas lega apabila sesi berpindah pejabat of the year dah habis. Mana taknya bhg operasi dari Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi dan Seremban semuanya berkumpul di satu tempat, letih lah nak set up dan nak mengorganize ye tak?

En Mat sengaja memilih tarikh Maal Hijrah 1432 untuk membuat posting dan temanya radio kerana harapan kita berhijrah dari perkara yang baik kepada yang lebih baik dan simboliknya radio kerana ada banyak siri radio yang akan diposting selepas ini dan kena dgn tajuk nya 'BERSIARAN'.

i) Radio berbentuk tin/can JALAN FOSS, MALAYSIA nie en mat ada 3 unit, tetapi yang ini condition agak baik berbanding 2 yang tidak diposting, walaupun yang ini ada berkarat skit kat speakernya, tetapi masih lagi berbunyi.


ii) Coca Cola Coke - Tanda Perniagaan Berdaftar.
yang terjojol macam ada gerigi tu tempat volume dan switch on/off.


iii) FRASER AND NEAVE, JALAN FOSS

iv) RM 88 hinggit sahaja - harga 10 tahun dulu.


bercerita tentang radio yang dua biji yang rosak
a) yang pertama dan bertampal kerana ada bahagian badan radio dah koyak
b) tempat bateri dan wayar dah putus.

sekian- salam maal hijrah 1432