selamattttt berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh negara.
kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Thursday, August 12, 2010
ucap selamat...
Tuesday, August 10, 2010
terimakasih, terimakasih dan terimakasih TANPA ANDA SIAPALAH KAMI
collector coke dari forum facebook, terimakasih kerana membantu mempromosi event...
Thursday, August 5, 2010
jom teka dan menangi sebiji pinggan coca cola
SOALANNYA MUDAH SAHAJA:-
diatas apakah tulisan Ice Cold ini di cetak.
Contoh jawapan yang diterima: dicetak di peti ais, dicetak atas basikal (ini bukan jawapan sebenar).
Jawapan seperti : dicetak diatas besi /zink akan ditolak.
Peraduan ini akan berakhir pada hari sabtu jam 12.00 tengahari 07.08.2010. hadiah boleh dituntut semasa trade fair pada 08.08.2010, dan bagi yang jauh akan di poskan secara percuma. Peraduan ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Semua jawapan hendaklah diberikan di dalam ruangan comment (jawapan melalui chat box akan dibatalkan). Cepat, siapa yang dapat jawab dengan tepat dan cepat akan menjadi pemenangnya.
tahniah kepada UJIE dan hadiah telah dituntut semasa trade fair pada 08.08.2010
Monday, August 2, 2010
jom kasi gegar amcorp mall ini minggu kebaboooo...pastinya lah
1. Berhadapan dgn kedai buku Book Excess Tkt 3.
2. Lokasi penempatan meja betul betul dibelakang abang berbaju hitam dan kakak berbaju kuning, di situ akan ditempatkan 4 set meja bersamaan 8 seller.
Panduan untuk peniaga:-
1. pastikan membawa kain alas meja berwarna maroon, kalau takda bawa lapik meja berwarna merah/apa saja ...janji alas meja, kalau ada alas meja coca-cola lagi bagus.
2. dilarang membawa mini kompo, dikhuatiri bunyi bising akan menggangu pelanggan kedai buku 'baca buku mana boleh bising-bising...kena diam-diam'.
3. datang awal bagi mengelakkan tiada tempat meletak kenderaan di B1 & B2 , kat bawah parking murah Rm 2.00 seharian, kalau parking kat luar harga ikut jam. Kalau tak nak bayar parking naik LRT, turun stesen Taman Jaya .
4. digalakkkan setiap seorang membawa, banner, bunting , poster atau apa saja bagi menghiasi meja, baru happening.
5. Diwajibkan memakai baju coca cola/ baju merah atau baju aerated/soda seperti pepsi, 7 up, sprite dsb... long chan pun boleh.
6. pastikan membawa DUIT BESAR mencukupi, byk barang best-best dengarnya.
PASTINYA.....LAH
Tuesday, July 27, 2010
Kemaskini status Trade Fair pada 08.08.2010
Wahai orang-orang kampung
Buy, Sell & Trade akan diadakan pada
Tarikh : 08.08.2010
Hari : Ahad
Waktu : 10.00 pagi - 5.00 petang.
Lokasi : Tingkat 3 (berhadapan Mc Donalds),
Amcorp Mall,
Petaling Jaya
Selangor
Senarai akhir seller pada tarikh tersebut:-
1) En Mat ( hobi En Mat)
2) En Chua (belum ada belog lagi)
3) En Freddie ( pun sama - belum ada belog)
4) En Sam (pun sama)
5) En Fitri (koleksi fitri old skool)
6) En Sham (sama tak serupa)
7) Joey Lee (satu-satunya seller wanita)
8) En Faizal Blurguyz (blurguyz79)
9) En Megat (mgtbobber)
10) En Zihan (ayer lamned)
11) Kroni En Zihan ...
bayangkan 11 seller coca cola dan air soda bergabung...mesti meletup ..... turun jangan tak turun.
Wednesday, July 21, 2010
poster siri (6) versi bahasa cina
oooo baru en mat tahu... rupanye ni poster peraduan Wire Your World tahun 2001. makacih pak sudin
Tuesday, July 20, 2010
piala dunia malaysia - indonesia 2026
Yehaaaa... akhirnya pasukan kebangsaanku Malaysia layak ke Piala Dunia...
Poster peraduan (5) piala dunia tahun 2002.
Monday, July 19, 2010
hey dato chua...nih baca nye apa macam nih...bacanye
Poster (4) coca cola dan F &N untuk promosi perayaan tahun nov 2000 hingga jan 2001. Siapa tahu , sila angkat tangan dan minta tolong translate...
Ros: Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah-tengah.
Ramli: Matanya ada satu saja ya cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Huruf mambang tanah!"
Kelas: Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim!
Ramli: Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh?
Kelas: Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha .....
Ros: Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja.
Ajis: Oooo .. dia tak ada mata? Sama sama jin? Ooo .. jin mata buta la cikgu.
Kelas: Mata buta!? Hahhahhahhahahha.....
Ros: Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa... sekarang Cik Sudin pulak .
Sudin: Saya, cikgu.
Ros: Aa.. kenal tak dengan huruf ini?
Sudin: Saya kenal cikgu.
Ros: Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.
Sudin: Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng !
Kelas: Tonceng?! Hahhahhahhahahha .....
Ros: Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat.
Pak Abu: Cikgu ...
Ros: Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.
Pak Abu: Yang mana?
Ros: Yang ini ...
Pak Abu: Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M
Ros: Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!
Pak Abu: Huruf Khaaa ?
Sunday, July 18, 2010
POster (3) sukan olimpik sydney 2000
Poster peraduan sukan olimpik tahun 2000 yang berlangsung di Sydney. Karektor atlet Malaysia yang tengah berlari sambil minum air coke Brrrr tu namanya Kenny.
Thursday, July 15, 2010
Poster (2) sukan sea KL 1989, menuju tahap keemasan
Atlet -atlet yang berjuang pada zaman tu, bersungguh-sunguh nak menang pingat emas dan mengharumkan nama negara. Itu atlet zaman dulu.
Kisah atlet sekarang , bukan nak menang pingat emas ...azam setakat nak pecah rekod kebangsaan je atau memperbaharui rekod sendiri, atau sekadar nak melayakkan diri.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga begitu bersemangat 2 bijik kereta ford laser tx3 dan 2 bijik motosikal RX Z
jam coca cola bersalut emas - siapa lah agaknya ada simpan jam ni lagi
Tuesday, July 13, 2010
Poster (1) : Japan GT Race Malaysia Round
poster japan gt kat sepang - experience the extreme at the 2001 japan gt