kumpul coca cola malaysia - This site is an unofficial Coca-Cola site. This site is not sponsored by, supported by or affiliated with any Coca-Cola Company.
Wednesday, June 9, 2010
pelbagai variasi tin lama coca cola M
Monday, June 7, 2010
buy,sell & trade botologi
Ahli-ahli botologi dan korum mabuk teh Kuala Lumpur & Selangor telah bercadang menganjurkan satu perjumpaan/jualan yang dinamakan buy,sell & trade botologi di Amcorp Mall PJ pada satu tarikh yang belum ditetapkan." Jika boleh dalam masa terdekat sebelum bulan puasa".
Ahli kariah dari Utara , Selatan dan kawasan sewaktu dengannya adalah dijemput untuk menyertainya samada datang untuk menjual segala bentuk botol, datang untuk membeli -belah botol coke dan aerated, datang untuk membeli tingkap 'window shopping' atau datang untuk trade adalah diminta untuk mendaftarkan diri.
scenario pada minggu lepas , pihak Belanda 'belanda dapat tanah' en mat & en megat telah bergabung dan meletop, telah menawan meja en Ismail 'eis antique' semasa ketiadaan beliau 'dikhuatiri sedang menjember atau memburu rindu.'
korang bayangkan jika ahli botologi yang dari utara dan selatan bergabung lagi tak ingat....bayaran RM 80.00 untuk dua meja selama dua hari - hari sabtu dan hari ahad
by email from Sam Hew: Saw from ur website about the trading fair, do remember I am coming back in July and would love to be part of this event. Count me in and for sure will get lots of stuffs from my hometown to trade or sell later. Try to put the date around begining of august or mid august will be perfect. Let me know more info. Tks.
Sunday, June 6, 2010
cekik darah ke apa?
penghantar emel : hi boss, Malaysia coin can world cup 2006 [ trothy cup ] mahu ke , ada orang mahu jual.
balas en mat: berapa ringgit RM....
penghantar emel : RM150
balas en mat:...... tak reply 'balas' pun emel tersebut
cilakak...takde sentuh langsung perkataan ringgit..terus ratus je..
sekarang kalau dapat barang coke malaysia macam jumpa ketul emas..hmmmm
%5B1%5D.png)
kalau coin can world cup coca cola (M) 2010 agaknya berapa la harga merapu yang diorang akan offer?
Friday, June 4, 2010
tin sardin
tin sardin cap ayam ni popular dari dulu, kini dan selamanya "sedap kalau buat sandwich, ataupun pekena roti sardin kat mamak stall."
kalu dulu-dulu tahun 1987-88 naik bas mini no 33 pi kerja kilang Motorola kat sungai way, konduktor bas mini akan jerit... woi!!! masuk dalam lagi ...baris dua-dua..
pastu akan kedengaran la mamat atau brader mengomel...nak masuk macamana bro...dah padat/pack macam sardin... tak boleh selit dah.

2. ini tin sardin coca cola dari jalan FOSS, dah arwah dah kilang ni, la ni naik pejabat tapak tu.
coke
3. ini pulak tin sardin coca cola dari factory di bukit semambu , pahang.
kenapa tin coke di gelar tin sardin...ianya adalah kerana tin dolu-dolu zaman 1980 an tin minuman kebanyakannya diperbuat dari steel can, keras macam tin sardin. sebab tu lah tin coke dolu-dolu di beri gelaran tin sardin.
Thursday, June 3, 2010
rantai kunci coca cola CCFEL
dapat je rantai kunci ni,terus je en mat gunakan dgn meletakkan seberkas kunci dan setelah sekian lama geseran telah menyebabkan di bahagian hadapannya haus.
Tuesday, June 1, 2010
gelas plastik mek donel
6 kali khamis
Korang kalau taknak beli set makan dia pun takpe, minta beli gelas je sebijik lebih kurang RM 8.00 hinggit.

en mat sebijik pun belum beli lagi, biasalah ...hari ni baru hari selasa ...esok.. lusa..hmmm sempat lagi..
pada jangkaan en mat yang kutu nak rush dan di jangka meletup adalah pada minggu depan VOLLEY... pink colour....masihkah kau ingat siri lepas PERKY PINK yang pernah mencecah RM 2-3 ratus di ebay....
apalagi jom serbu minggu depan...buat stok he he he kita buang jauh jauh -jauh perumpamaan ORANG TAMAK SELALU RUGI... selamat MEMBURU di mek donel.. oppssss selamat menJEMBER di mek donel
Wednesday, May 26, 2010
tahniah kat ipoh station, puchong
h) naik flyover, bagi signal ke kanan ke bandar bukit puchong/putra perdana.
i) turun dari flyover himpit kiri dan ambil simpang kiri sebelum traffic light pertama, nak senang lagi follow je sign balai polis bukit puchong.
Tuesday, May 25, 2010
sambungan cuti-cuti malaysia
on the way balik kami singgah di sebuah kedai kopi di tepi jalan di ulu dong. antara barang yang dapat di sambar adalah 3 peti coke crate merah 'plastik' dan satu peti botol kosong minumlah. botol jenama yang lain tu kami tinggalkan untuk orang belakang...
Sunday, May 23, 2010
kita mampu merancang
en mat ada menceritakan pada entry yang lepas hendak ke selatan untuk sesi korek/karau barang, tetapi telah mengubah haluan ke negeri Siti Nurhaliza atas sebab yang tidak dapat dielakkan:-
deretan kedai lama di pekan raub. nak tengok sign coke bukan main susah di pekan ni ,....pupus
on the dari raub ke kuala lipis , tayar kereta kancil en mat pecah kerana melanggar seketul batu yang melantun dari lori tanah. yang geramnya tayar tu dah tiga tahun tak tukar, so minggu sebelumnya ada sen sikit pergi ganti.... lepas seminggu pecah pulak ...geram betui la.. dugaan dugaan...
4. pekan kuala lipis
kami seterusnya tiba di pekan lipis dan sempat snap foto di SK clifford. Siti sekolah kat mana???
seterusnya masjid lama di tepi sungai lipis 1888, khabarnya semasa banjir besar di lipis, masjid ini tidak ditenggelami banjir....
kedai lama, dah naik semak samun... potensi.... usha .... tapi.... mangga besaq depan belakang macam penjara PUDU.
sign visit malaysia 1990, boleh pair dgn fitri punya tin pepsi..
seperti mana nombor di tiang tersebut begitulah juga dengan kami yang pulang dengan tangan kosong ke kuala lumpur.
moral of the story ...kalau runner datang bawa barang dan harga pun dah cantik , jangan pikiaq lagi la, rasa berbaloi hangpa belilah. bukan apa ,kalau takde rezeki hangpa ,pi korek barang beratus kilometer belum tentu hangpa dapat barang baik. ayat cover line bukan putus asa...
sekian, jumpa lagi pada sesi korek yang lain pula...
Tuesday, May 18, 2010
tin coke a.k.a anak gergasi
Menurut orang-orang yang tinggal di sini tin tersebut telah di recycle dan dibuat lokomotoif untuk monorel di Genting Highland.
Gambar bawah:- Inilah dia tin coke gergasi yg telah dibuat lokomotif monorel , gambar ini ehsan daripada Mr & Mrs Coke Malaya yang telah berpacaran ke Genting Highland baru-baru ini.

Berbalik kepada kisah anak gergasi, rupa-rupanya tin gergasi tersebut mempunyai dua orang anak. kedua -dua anak gergasi tersebut telah dijumpai dibuang di tempat barangan recycle di Bentong dan di jumpai secara tak sengaja semasa en mat dan otai megat melalui kawasan tersebut semasa proses ekskavasi di kawasan Pahang minggu lepas.
gambar bawah :- Otai megat sedang meninjau -ninjau keadaan sekeliling kot-kot ada anak gergasi lain di kawasan sekitar.
Kedua-dua anak gergasi ini ditinggalkan setelah kami tidak menjumpai cara atau kaedah bagaimana untuk mengangkut anak gergasi ni menggunakan kereta kancil en mat .
Di beritahukan juga kami tidak menjumpai tokei kedai tersebut untuk bertanyakan berapa wang hantaran untuk meminang. Amacam Mat Sidin .. tin ni kalau gantung kat kiri kanan pintu masuk rumah cun oooo.
Saturday, May 15, 2010
bang !! bayar kat mana - bayar di sini
Kedai antik si Teh ni kalau nak pi kedai dia kena pi hari khamis, pasai hari isnin atau selasa dia pi korek barang sana Singapura atau pekan-pekan lama, so korang kena ambush lepas dia balik.
kalau kena masa, korang bole dapat barang kepala atau barang GARANG kata orang johor...he he he orang johor semua apa khabor...
confident je en mat masa bayar sign tu, pastu termenung pikir camana nak bawa balik dengan modenas kriss. terbayang camna nak rempuh federal highway dgn LDP highway.
Kete banyak cam anak ayam...arghhhhh . che mat pi keje naik motor je ..kalau naik keta keluar jam 7.00 pagi jam 9.00 pagi belum tentu sampai opis.. tu belum kira time nak balik pulak... mau jugak berejam sangkut dalam jammed... tengah tunggu kerajaan buat highway terus dari kl ke putra height , baru bole naik keta pi kerja.
Sign nie, kalau ikut hati, nak tinggal je kat kedai teh , pastu lagi dua tiga hari atau nanti hari minggu ada flea market datang ambik dengan keta, kata en mat.
tapi ... keterujaan atau excited untuk membawa balik sign bayar di sini mengatasi segalanya, sebelum nie bukan tak pernah bawak tin sign naik motor....
nah ambik kau...tegakkan sign tu dalam bakul, start motor, bertolak jam 6.00 dari kedai teh, jam 7.00 baru sampai rumah.. 40 km sejam. Bukan apa , kalau bawa laju takut angin tiup nanti patah riuk sign tu.
pasni janji dgn diri sendiri, tak buat dah aksi stunt tu, membahayakan kesihatan.
