Friday, June 4, 2010

tin sardin

1. gambar tin sardin nie en mat cilok dari blog spallan.

tin sardin cap ayam ni popular dari dulu, kini dan selamanya "sedap kalau buat sandwich, ataupun pekena roti sardin kat mamak stall."

kalu dulu-dulu tahun 1987-88 naik bas mini no 33 pi kerja kilang Motorola kat sungai way, konduktor bas mini akan jerit... woi!!! masuk dalam lagi ...baris dua-dua..

pastu akan kedengaran la mamat atau brader mengomel...nak masuk macamana bro...dah padat/pack macam sardin... tak boleh selit dah.


2. ini tin sardin coca cola dari jalan FOSS, dah arwah dah kilang ni, la ni naik pejabat tapak tu.


coke
jalan FOSS, kuala lumpur.


3. ini pulak tin sardin coca cola dari factory di bukit semambu , pahang.

coke

kawasan perusahaan semambu, kuantan , pahang,


kenapa tin coke di gelar tin sardin...ianya adalah kerana tin dolu-dolu zaman 1980 an tin minuman kebanyakannya diperbuat dari steel can, keras macam tin sardin. sebab tu lah tin coke dolu-dolu di beri gelaran tin sardin.
La nie tin minuman telah berevolusi dan digantikan dengan tin alumunium tetapi tin sardin masih mengekalkan identitinya 'masih mengunakan steel can.'
Ini sahaja dua tin sardin coca cola yang dapat di simpan dan di katalog oleh en mat...akan timbulkah/keluarkah dari dalam tanah siri /keluaran tin sardin dari kilang mengetin di negeri Bujang Senang atau dari kilang mengetin di negeri Di Bawah Bayu.
Bro Fright rice wakil dari sarawak dan Bro BG79 wakil dari sabah.... teruskan menjember dari kilang -kilang di sana.

Thursday, June 3, 2010

rantai kunci coca cola CCFEL

rantai kunci @ key chain coca cola quality sebesar ibu jari ni, en mat dapatkan dari anak seorang kakitangan CCFEL, yang mana bapa beliau pernah bertugas di kilang coca cola jalan foss, KL 10 tahun lepas.

dapat je rantai kunci ni,terus je en mat gunakan dgn meletakkan seberkas kunci dan setelah sekian lama geseran telah menyebabkan di bahagian hadapannya haus.

tulisan tak berapa terang, ... coca cola quality......
TCQSS the coca cola quality standard or service Certification
reiner becker , country manager
coca cola far east limited
reiner becker ni sebelumnya adalah Country Manager di Coca-Cola Malaysia dan sekarang menjawat jawatan sebagai Region Director Coca-Cola Philippines

Tuesday, June 1, 2010

gelas plastik mek donel

sebelum adanya gelas kaca super series kolabrasi antara mek donel & coke seperti atlanta 1996, beijing 2008 dan gelas contour berwarna yang berjenis-jenis, coca cola dan mc d ada juga berkolabrasi untuk mengeluarkan gelas plastik minumlah seperti gambor di bawah.


enjoy coke

minumlah coca cola


Korang kalau berminat kontek-konteklah che mat kerana gelas mek donel plastik ni en mat ada xtra. Siapa cepat dia dapat.
tak perlu nak menjember-jember , bank in RM hmm hmmm hmmm, pasti barang sampai depan opis.
NOTIS PEMBERITAHUAN
setelah 30 minit entry gelas coke , mek donel plastik di publishkan, maka bertalu-talulah sms dan panggilan masuk ke talian en mat untuk membuat pembelian terhadap gelas tersebut.
maka dengan ini diumumkan bahawa gelas plastik mek donel ini telah kehabisan....SOLD OUT... maka mereka yang terlepas peluang memilikinya, disyorkan supaya belajar- belajarlah menjember...

6 kali khamis

6 kali khamis dan 6 kali mentekedarah large mc value meal dgn sundae, dan boleh lengkaplah 6 biji gelas fifa world cup punya gelas, sori pasal lewat posting cite pasal gelas world cup, en spallan awal awal dah buat promotion.

Korang kalau taknak beli set makan dia pun takpe, minta beli gelas je sebijik lebih kurang RM 8.00 hinggit.


en mat sebijik pun belum beli lagi, biasalah ...hari ni baru hari selasa ...esok.. lusa..hmmm sempat lagi..

pada jangkaan en mat yang kutu nak rush dan di jangka meletup adalah pada minggu depan VOLLEY... pink colour....masihkah kau ingat siri lepas PERKY PINK yang pernah mencecah RM 2-3 ratus di ebay....

apalagi jom serbu minggu depan...buat stok he he he kita buang jauh jauh -jauh perumpamaan ORANG TAMAK SELALU RUGI... selamat MEMBURU di mek donel.. oppssss selamat menJEMBER di mek donel

Wednesday, May 26, 2010

tahniah kat ipoh station, puchong

kat sini en mat nak ucap tahniah kat Ipoh Station dan terima kasih kat tokei kedai kopitiam ni En Azlan kerana telah membesarkan lagi empayar perniagaannya.

ramai la jugak ahli botologi yg hadir pada petang tersebut.

terimakasih tak terhingga juga kerana telah menjemput en mat ke perasmian tambahan/sambungan kedai baru beliau, dapat juga bergesel bahu bersama selebriti Pak Sudin pelakon filem Bujang Lapok serta beberapa orang lagi seniman dan seniwati pada petang itu.

a) Gambar lot kedai lama 'tapak asal'

b) bar kedai asal


c) deretan talipon dan radio lama di tapak asal


d) bar kaunter di sambungan lot kedai baru. koleksi yang mantap...


...sebahagian koleksi botol...banyak lagi sebenarnya...


e) set up kopotiam yang menarik, tidak skema/stereotype berbanding kopitiam yang telah di francaiskan.


f) kerusi dan meja makan setting old skool, mengangkat nostalgia lama kedai kopi dulu-dulu, syabas bro. Diluar kedai tokei telah set up ala-ala kedai gunting rambut old skool.


g) bagaimana hendak ke sana, dari Puchong ke putrajaya duna LDP highway, jika nampak sign ni himpit kiri ke bandar bukit puchong.


h) naik flyover, bagi signal ke kanan ke bandar bukit puchong/putra perdana.


i) turun dari flyover himpit kiri dan ambil simpang kiri sebelum traffic light pertama, nak senang lagi follow je sign balai polis bukit puchong.

ambik kiri follow sign balai polis...

kopitiam ipoh station jalan BPU 6 , kat belakang balai polis bukit puchong . Selamat Menjamu Selera. Kalau korang cari & tak jumpa& dah lapar sangat, singgah je kat mapley/mamak...

Tuesday, May 25, 2010

sambungan cuti-cuti malaysia

disebabkan ramai yang tanya takkan balik kosong dari pahang. so untuk tidak menghampakan dipertontonkan juga sedikit barang yang dapat di bawa keluar dari negeri pahang.

on the way balik kami singgah di sebuah kedai kopi di tepi jalan di ulu dong. antara barang yang dapat di sambar adalah 3 peti coke crate merah 'plastik' dan satu peti botol kosong minumlah. botol jenama yang lain tu kami tinggalkan untuk orang belakang...

Sunday, May 23, 2010

kita mampu merancang

tapi tuhan menentukan...tak perlu di kisahkan... bait lirik lagu dari kumpulan WINGS.

en mat ada menceritakan pada entry yang lepas hendak ke selatan untuk sesi korek/karau barang, tetapi telah mengubah haluan ke negeri Siti Nurhaliza atas sebab yang tidak dapat dielakkan:-
ikuti perjalanan en mat dan krew rombongan cuti cuti malaysia ke negeri pahang darul makmur pada 2 jumaat yang lepas.

kami bertolak pada awal pagi menuju ke sasaran pertama, pekan bukit tinggi, kalau korang perasan , pekan ni berada di sebelah kanan, selepas kita keluar dari Genting Sempah.

setelah meronda ke pekan bukit tinggi dan menjalankan soal selidik terhadap apek dan nyonya yang menetap di sini nyatalah jawapan yang diberikan menghampakan. .

tiada tanda atau bayang botol utk dikutip dan di bawa pulang. sebagai tanda ingatan kami membeli buah-buahan tempatan utk di bawa pulang antaranya buah jambu madu & rambutan anak sekolah.
usha jugak apek jual madu kot dia guna botol aerated... hempeh...tak nampak bayang, mengikut kata orang disini madu terbaik datang dari air terjun Chamang.
1. pekan bukit tinggi

buah-buahan dan sayur-sayuran fresh dari ladang,

blind kayu dari jenama Pepsi yang masih lagi boleh dilihat berkeliaran dipekan bukit tinggi. kami belah dulu, pasal otai pakai singlet pagoda dari dlm kedai dah usha semacam....

dari pekan bukit tinggi kami meneruskan misi melalui jalan lama menuju ke bentong walaupun di nasihatkan oleh para penduduk di sini agar menggunakan highway.

Oleh kerana kedegilan para peserta cuti-cuti malaysia maka habuan yang diterima adalah kami terpaksa mengharungi lebih kurang 30 km jalan lama yang macam ular kena palu menuju ke Bentong.

dan dlm pertengahan jalan memang kereta kancil en mat melanggar seekor ular yang melintas jalan, gedeguk ... ingatkan langgar ranting kayu... bro megat bgtau ..hang langgar ular lah.. lantas menoleh ke belakang melalui side mirror ..isshhhh betullah ... maka berkuranglah seekor ular di daerah bentong.

2. Pekan bentong

mengikut legenda dari cerita runner tersohor dari ipoh, beliau mengatakan di pekan inilah beliau ternampak button coke lima kaki tergantung di tepi kedai kopi dan masih ada lagi hingga ke hari ini. entah betul entah tidak cerita legenda dari runner tersohor tu...
gambar bawah : kedai kopi yg masih lagi menggunakan sign coke lama Minumlah dan plastik blind coke.

di pekan bentong masih juga terdapat lima blind kayu coke, tak sempat nak chai, restoran tutup dan kalau sempat balik cuba chai . sasaran seterusnya pekan Raub.

3. pekan raub
kami meletakkan kereta berdekatan pasar raub dan berjalan kaki tawaf pekan koboi, setengah jam pusing habuk pun tarak. "dulu sini ada dealer air, sikalang suma suda pindah,"... statement apek kedai menjual rokok.

deretan kedai lama di pekan raub. nak tengok sign coke bukan main susah di pekan ni ,....pupus





on the dari raub ke kuala lipis , tayar kereta kancil en mat pecah kerana melanggar seketul batu yang melantun dari lori tanah. yang geramnya tayar tu dah tiga tahun tak tukar, so minggu sebelumnya ada sen sikit pergi ganti.... lepas seminggu pecah pulak ...geram betui la.. dugaan dugaan...

4. pekan kuala lipis

kami seterusnya tiba di pekan lipis dan sempat snap foto di SK clifford. Siti sekolah kat mana???




deretan rumah kolonial yang mungkin pernah didiami oleh residen british , gamaknya..



seterusnya masjid lama di tepi sungai lipis 1888, khabarnya semasa banjir besar di lipis, masjid ini tidak ditenggelami banjir....



kedai lama, dah naik semak samun... potensi.... usha .... tapi.... mangga besaq depan belakang macam penjara PUDU.


sign visit malaysia 1990, boleh pair dgn fitri punya tin pepsi..


seperti mana nombor di tiang tersebut begitulah juga dengan kami yang pulang dengan tangan kosong ke kuala lumpur.


moral of the story ...kalau runner datang bawa barang dan harga pun dah cantik , jangan pikiaq lagi la, rasa berbaloi hangpa belilah. bukan apa ,kalau takde rezeki hangpa ,pi korek barang beratus kilometer belum tentu hangpa dapat barang baik. ayat cover line bukan putus asa...

sekian, jumpa lagi pada sesi korek yang lain pula...

Tuesday, May 18, 2010

tin coke a.k.a anak gergasi

Minggu ni en mat nak berkongsi cerita tentang tin coke a.k.a anak gergasi. Pada posting yang lepas telah ada entry berkaitan tin coke gergasi di Genting Highland tetapi telah di tanggalkan iklan tin coke tersebut. http://ahkaba.blogspot.com/2010/04/tin-gergasi.html


Menurut orang-orang yang tinggal di sini tin tersebut telah di recycle dan dibuat lokomotoif untuk monorel di Genting Highland.

Gambar bawah:- Inilah dia tin coke gergasi yg telah dibuat lokomotif monorel , gambar ini ehsan daripada Mr & Mrs Coke Malaya yang telah berpacaran ke Genting Highland baru-baru ini.


Berbalik kepada kisah anak gergasi, rupa-rupanya tin gergasi tersebut mempunyai dua orang anak. kedua -dua anak gergasi tersebut telah dijumpai dibuang di tempat barangan recycle di Bentong dan di jumpai secara tak sengaja semasa en mat dan otai megat melalui kawasan tersebut semasa proses ekskavasi di kawasan Pahang minggu lepas.


gambar bawah :- Otai megat sedang meninjau -ninjau keadaan sekeliling kot-kot ada anak gergasi lain di kawasan sekitar.


Kedua-dua anak gergasi ini ditinggalkan setelah kami tidak menjumpai cara atau kaedah bagaimana untuk mengangkut anak gergasi ni menggunakan kereta kancil en mat .

Di beritahukan juga kami tidak menjumpai tokei kedai tersebut untuk bertanyakan berapa wang hantaran untuk meminang. Amacam Mat Sidin .. tin ni kalau gantung kat kiri kanan pintu masuk rumah cun oooo.

Saturday, May 15, 2010

bang !! bayar kat mana - bayar di sini

dapat dari kedai antik Teh di PJ, sign ni en mat biasa nampak ada dua jenis size M dan XL, dan yang cam gini saiz XL.

balik opis petang khamis, dua bulan sudah, pi riiky kedai teh kot ada barang dia baru dapat. cantik... kat celah celah kepingan sign board susu ada terselit iklan plastik nie, bayar disini , besar satu kaki setengah size XL..


Kedai antik si Teh ni kalau nak pi kedai dia kena pi hari khamis, pasai hari isnin atau selasa dia pi korek barang sana Singapura atau pekan-pekan lama, so korang kena ambush lepas dia balik.

kalau kena masa, korang bole dapat barang kepala atau barang GARANG kata orang johor...he he he orang johor semua apa khabor...

confident je en mat masa bayar sign tu, pastu termenung pikir camana nak bawa balik dengan modenas kriss. terbayang camna nak rempuh federal highway dgn LDP highway.

Kete banyak cam anak ayam...arghhhhh . che mat pi keje naik motor je ..kalau naik keta keluar jam 7.00 pagi jam 9.00 pagi belum tentu sampai opis.. tu belum kira time nak balik pulak... mau jugak berejam sangkut dalam jammed... tengah tunggu kerajaan buat highway terus dari kl ke putra height , baru bole naik keta pi kerja.

Sign nie, kalau ikut hati, nak tinggal je kat kedai teh , pastu lagi dua tiga hari atau nanti hari minggu ada flea market datang ambik dengan keta, kata en mat.

tapi ... keterujaan atau excited untuk membawa balik sign bayar di sini mengatasi segalanya, sebelum nie bukan tak pernah bawak tin sign naik motor....

nah ambik kau...tegakkan sign tu dalam bakul, start motor, bertolak jam 6.00 dari kedai teh, jam 7.00 baru sampai rumah.. 40 km sejam. Bukan apa , kalau bawa laju takut angin tiup nanti patah riuk sign tu.

pasni janji dgn diri sendiri, tak buat dah aksi stunt tu, membahayakan kesihatan.

Friday, May 14, 2010

radio buruk malaya, untuk menghibur hati yang lara

radio buruk malaya ni en mat pernah nampak di rumah seorang collector di kuala lumpur, berkenan juga di hati untuk mendapatkan satu.


so pada bulan januari yang lepas, semasa melayari ebay ternampak radio ni di laman web tersebut. memandangkan harga buy it now adalah munasabah dan barang tersebut boleh di beli dari seller di malaysia, selepas tolak campur kali bahagi, terus sambar.

Item parcel yang dihantar ke pejabat en mat.



enjoy COKE


enjoy coca cola
bahagian yang boleh dipisahkan

tudung

asal dari Hong Kong, bukan asal dari kampung...

radio ni buat menghibur hati yang lara - kerana en mat masih lagi belum berjaya mendapatkan i) botol coke malaya white ACL trade mark regd & ii) coca cola , coca cola 290 ml WHITE ACL botol berdarah depan belakang.
dengar ceritanya selepas munculnya BOTOL BERDARAH telah muncul pula TIN BERDARAH pulak dari melaka.... tin coca cola malaysia MERDEKA 1984, steel can.
en mat pun masih lagi menunggu info dan emel gambar yang sahih tentang berita ini, maknanya jika benar perkhabaran dan info serta gambar yang diterima ini, maka tin coca cola 100 years dan PATA 1986 bukanlah tin yang terawal.... jeng jeng jeng suspen nie.. lebih suspen dari perlawanan badminton malaysia lwn china malam nie...

Tuesday, May 11, 2010

sg 40

apa barang dapat minggu lepas - sudah tentulah botol pendek kesayangan Malaya '4 biji SG 40'.

i) 1 biji mula-mula dapat dari pekan komunis , sg ayer tawar, sitiwan hasil ekskavasi runner tersohor.

ii) 2 biji dapat dari anak Teh, si calvin

iii) 1 biji yg terakhir dapat 'dan masih panas ' dari korektor tersohor yg mencarigali di pantai timur.


setelah diselidiki dengan kawan kawan collector yang lain yang telah cukup set 24 biji botol sg 40 ni bersamaan satu crate, en mat ni antara collector yang lemah kerana masih belum dapat lagi 24 biji botol pendek SG 40 bagi mencukupkan satu crate. setakat ni baru ada 23 biji sahaja walaupun telah collect coke selama lebih 10 tahun.