Sunday, September 9, 2012

Sign Minum-lah kerepot

Kekok rasanya dah lama tak menaip. Dah ramai kawan-kawan bertanya sejak bolan pose dah sampai hujung syawal, blog tak kemaskini, Apa cerita. Takde barang ke?

Bukan takde barang, sebenornya Musim open house yang buat teman lemah, pekena lemang , ketupat, nasi impit membuatkan teman  lagi lemah dan letih nak kemaskini blog.

Oh ya berbalik bercerita tentang Open House, semalam teman baru balik dari jemputan di Ipoh Station Antique Cafe, di Puchong,  yang menariknya ada pameran Merdeka di dalam kedai... dari 09-16 September, kalau korang lalu kawasan situ singgahlah pekena teh secawan sambil layan barangan Merdeka. Satu lagi korang jangan tanya pasai apa tokei kedai dia buat pameran selepas merdeka dan bukannya sebelum merdeka, korang tanyalah sendiri pada tokei kedai ha ha ha .....

Berkenaan entri ni, pada Jumaat lepas teman sms Sham, Megat & Nasir ajak layan teh kat Restoran Bunga di TTDI sebab dari posa sampai raya rasanya dah lama belum layan teh sekali dan update info botol. Sambil itu sebenarnya en mat pun nak pas barang pada Sham. Ok lah yang datang layan teh cuma Sham & Nasir je, bro megat ada orang datang beraya kat rumah... maaf diterima, jangan kena potong nama sudahlah.. ha ha ha ha . Bro Botol Malaya kau gelak sekali apahal, nama kau pun nak kena potong gak ni...  ha ha ha

.


Gambar atas:-
Korang perasan tak plastik hitam kat atas kerusi tu, itu adalah barang yang nak pas pada Sham dan barang kepunyaan en mat pun ada juga.

Gambar bawah:-
Setelah plastik dibuka, Sign kerepot Minum-lah dari Perak yang En Mat beli buat rujukan. Kalau ikutkan skala 1-10, Adusss takde dalam skala langsung. Muka depan.


Tapi takpelah , dalam tahun kebelakangan ni, berapa kali pernah nampak sign gambor cam gini, ekkk.Muka belakang. Kalau ada rejeki boleh upgrade. Yang kat bawah ni, gambar botol langsung terpadam.


............................................................................................................................................................
Gambor yang terakhir, kat bawah 'utk rujukan sahaja' ni en mat ambil dari Flea Market di PJ, minggu terdahulu dari meja Mr Rani, dan dengor khabornya dah bertukar tangan. Dah SOLD. Tokei jangan mara noooo. Minumlah Coca Cola 'ribbon bawah'.