Wednesday, May 18, 2011

3 liter ayaq coke, kalau penuhkan dalam bekas straw gergasi




Bekas straw gergasi coke ni famous & banyak digunakan di premis perniagaan seperti restoran mamak, food court & pam minyak. Even kalau tuan pergi ke Stesen Minyak Shell batu 13 puchong pun masih lagi menggunakan bekas straw ini sebagai kaedah pelanggan utk mendapatkan straw.







Tetapi banyak kedai telah tidak menggunakan bekas straw ini kerana masalah HYGIENE atau masalah kebersihan, ialah bayangkan lepas pergi toilet, masuk kedai serbanika, beli air botol kemudian seluk bekas straw dgn tangan kiri, yg masih melekat dgn bakteria berbahaya, mana tak tercemarnya semua straw di dlm bekas tu.






Itu yg menyebabkan bekas straw ni dah tak popular dan digantikan dgn yg mesra alam seperti di Restoran Mekdi, tekan punat , maka straw pun gelongsor keluaq.