Tuesday, April 20, 2010

sikit sikit...hmmm lama-lama boleh ke jadi bukit....

h ha ha bukan menyindir perumpamaan orang dulu-dulu, en mat menyanjung pepatah dan perumpamaan alam melayu, tetapi yang dimaksudkan adalah dalam dunia koleksi .. apa jua barang yang kita kumpul , perumpamaan tersebut kadangkala boleh digunapakai tetapi jarang-jarang sesuatu barang yang kita kumpul ianya boleh menjadi bukit...kena pulak tu la nie ramai pulak collector yang mencari barang yang sama.

inilah yang berlaku kepada miniature botol coca cola malaysia, dah bertahun memburu miniature 6 biji botol beserta crate yang dikatakan digunapakai di malaysia pada suatu ketika dulu, katanya diberikan kepada pekedai sahaja, namun masih lagi belum dapat jodoh bertemu dengan satu crate penuh lengkap berisi enam biji botol 'dengar cerita ada 6 set berlainan script'.

Gambar bawah - botol miniature loose dari thailand...kesian lah pulak ..tudung pun hilang...untuk buat referance ok lah..
nak dijadikan cerita pada minggu lepas ternampak satu botol nie kat seller Azhar dari ipoh, ambik ingatan dari cikgu yang lebih otai ...katanya 'jangan silap sifir'... maka en mat pun membeli walaupun ianya tidak lengkap 'buat ibu' seperti mana yang berlaku sebelum-sebelum ini...Apa....Kereta hotwheels ferrari tu bukan koleksi en mat tetapi koleksi anak en mat 'Adi Hakim'.

Dipertontonkan di bawah ini senarai lengkap 6 biji botol beserta crate di rumah collector di selatan tanahair... Dapat tengok gambar pun jadi lah ..buat masa ini...


i) gambar ihsan - miniature & crate tulisan arab

ii) gambar ihsan - miniture & crate tulisan thai
iii) gambar ihsan - miniature & crate tulisan cina

iv) gambar ihsan - miniture & crate tulisan japang

3 comments:

  1. bro FR, setuju... berasap nak mencarinya bro..

    Mgt Bobber, besor susah nak dapat 'hanya ada kat orang bunian' la nie nak ubah haluan carik botol kecik pulok.. he he he ...oittt blog bila nak operasi FOLLOWER dah ada tu...

    ReplyDelete