bagi para pengumpul botol 'ahli botologi' - pinjam ayat Fitri old skool, minat memburu botol terutamanya botol coca cola klasik dari malaysia tak pernah padam. Sentiasa sahaja ada cerita baru yang hendak dikongsi bersama terutamanya jika melepak dalam sesi ngeteh (minum teh) samada di Putra Height, The Mines, TTDI Jaya ataupun di Amcorp Mall.
Nasihat dari En Mat untuk para pengumpul botol yang baru (beginner), cukuplah sekadar memburu 12 biji botol asas dahulu dan bagi pengumpul hardcore anda bolehlah cuba mengumpul 16 biji botol (rujuk ... http://malayaayerlamenet.blogspot.com/2009/11/set-coke-malaysia.html ) dan bagi collector tahap DEWA boleh lah mula berkira-kira untuk memburu botol bunian no 17 ,
Pada firasat saya ada 4 biji botol agak sukar didapati.. seperti
1) Trade Mark Regd,
2) Trade Mark Registered,
3) Cina Pendek
4) Trade Mark Registerd 285ml
dan yang mana saya pun masih lagi belum complete 16 biji botol tersebut. sob sob sob nangis...missing sebijik lagi botol Trade Mark Regd.. apatah lagi botol bunian no 17.
berbalik pada kisah botol Trade Mark Registered Cont 290ml, pada bulan lepas seorang collector dari SELATAN tanahair memaklumkan telah menjumpai botol Coca Cola (depan belakang) dan tertulis Trade Mark Registered Cont 290 ml (depan belakang) dimana tiada seseorang pun dari kami mengetahui tentang kewujudan botol tersebut. iyelah setakat nie kami cuma tahu kewujudan 16 botol sahaja... itupun berdarah nak complete ...
Apalagi... kisah tersebut telah tersebar dengan meluas di kalangan ahli botologi..perdebatan , perbincangan dan sesi minum teh telah diadakan beberapa kali , bagi menentukan kesahihan penemuan botol tersebut disebabkan gambar yang di tunjukkan waktu itu agak kabur dan samar-samar dimana kami tidak boleh mengesahkan ianya botol malaysia yang ke 17, manakala tulisan dibadan botol pula tertulis GG , dimana sepanjang proses ekskavasi, pentarikhan karbon dan proses mencarigali dilakukan terhadap botol coca cola klasik malaysia, yang mengesahkan jika ianya botol m'sia/ spore adalah SG, MG ataupun KL. dan kisah nie pun dilupakanlah (kira macam tutup buku lah), maka lega seketikalah kami para ahli botologi kerana tak perlu memikirkan mana pulak nak korek botol nie....
Nak dipanjangkan cerita tup.. tup.. tiba tiba kami ahli botologi telah dikejutkan dengan penemuan botol tulisan coca cola di Shah Alam baru baru ini oleh seorang Ahli Botologi yang cukup berpengaruh di seantero malaya. Apalagi sesi menghadap dan menyembah duli pun dilakukan dengan serta merta dan setelah diperkenankan oleh semua ahli botologi, disini kami ingin mengesahkan bahawa botol ini digunakan di m'sia dan spore berpandukan cetakan emboss pada badan 5 SG X.
sahih la ianya botol coca cola malaysia klasik (white ACL) no 17. Coca Cola TRADE MARK REGISTERED CONT 290ML (DEPAN BELAKANG SAMA) berbalik pada tajuk cerita diatas.....apa yang berdarah dan apa yang bunian...
berdarah adalah istilah kepada kami para collector, mengenai betapa susahnya hendak mendapatkan botol tersebut, dan jika di selatan para collector akan makan Panadol sebelum tidur kerana memikirkan di mana hendak mendapatkan botol tersebut bagi melengkapkan set dan bagi para collector di lembah kelang kami akan minum teh bercawan-cawan (mabuk teh)bagi menghilangkan rasa tegang 'tension' kerana memikirkan di mana hendak mendapatkan botol bunian tersebut.
bunian pula adalah botol ini muncul pada tahun 2010 setelah 40 tahun menghilangkan diri dan disyaki telah disorokkan di alam bunian dan baru-baru ini telah di bawa keluar...he he he acah aje wallahualam
Selamat berburu para ahli botologi sekalian...dengar khabarnya di utara banyak botol pelik -pelik telah keluar dari dalam tanah...cerita selanjutnya nantikan pada posting seterusnya....dan adakah botol bunian turut serta muncul dari utara tanahair...JENG JENG JENG suspen nih....
mata aku pedih tengok bro....haa..haaa....
ReplyDeletesaya ada sebiji botol coca cola trade mark registered cont.290 ml.kol sy untuk pertanyaan.byk juga botol2 yg rare dan antik dlm simpanan sy.ijam.017 2692140
DeleteSalam Perkenalan.....semoga menjadi sahabat blog yang sama minat kumpul brg antik...My blog erisahanthiques.blogspot.com
ReplyDeletebro fitri, pedih mata, pakailah EYE MO...he he he
ReplyDeleten a a selamat datang
saya ada sebiji dibotol tertulis TRADE MARK REGISTERED CONT.290 ML.4 SGY .di bahagian BAWAH botol Y 18.
ReplyDeleteSalam,aku ada botol coke embossed arabic font. Botol tu pendek jer. Soalan aku...mcmm mana nk tahu asal usulnya.Hrp korang yg expert ni leh bagi pncerahan sikit.(trjumpa masa excavator korek parit).
ReplyDelete